Jenama Veet yang berasal dari negara India ini menjanjikan kulit halus dan lembut. Oleh itu, anda kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kesakitan dan kesabaran semasa proses waxing, threading, tweezing dan kemungkinan terdapat torehan dan luka akibat mencukur.
Produk-produk veet ini mempunyai banyak variasi dan fungsi yang berbeza. Jom kita lihat produk terbaik Veet dan alternatifnya dalam memiliki kulit yang bebas rambut, lembut, halus, yang penting harganya yang berpatutan.
Veet Hair Removal In Shower Normal Skin (150g)
RM37.75
Veet In Shower Hair Removal Cream ini selamat digunakan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berfungsi dekat dengan akar walaupun pada rambut pendek di samping melembutkan kulit sehingga empat hari. Direka untuk menyesuaikan dengan rutin sibuk anda: dengan kombinasi unik bahan yang water-resistant. Diperkaya dengan Susu Lotus yang terkenal dengan sifatnya yang melembutkan, dan ia sangat wangi dengan wangian Jasmine. Dengan menggunakan produk ini, anda bukan sahaja dapat memiliki kulit halus, lembut, berkhasiat, tetapi pertumbuhan rambut juga terasa lebih lembut.
Qiansoto Aloe Vera Hair Remover Cream Normal Skin (125ml)
RM36.00
Qiansoto Aloe Vera Hair Remover Cream ini sangat efektif dalam menghilangkan bulu di wajah, badan dan private parts yang lain seperti bulu dibahagian miss v dan alat sulit dengan cepat. Di samping itu, ia juga melambatkan pertumbuhan bulu, menghaluskan dan melindungi kulit daripada luka, panas dan gatal-gatal. Ia dilengkapi dengan pemutih yang membuatkan kulit kelihatan cerah, lembut dan halus. Produk ini sama sekali tidak panas, tidak gatal-gatal dan tidak akan membuatkan kulit anda rasa pedih serta tidak mendatangkan kesan sampingan.
Veet Hair Removal In Shower Sensitive Skin (150g)
RM37.75
Veet Hair Removal In Shower ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitive. Ia dapat menanggalkan rambut lebih dekat ke akar di samping telah direka khas untuk mereka yang sibuk supaya dapat menghilangkan rambut semasa mandi. Produk ini meninggalkan kulit licin dengan pertumbuhan semula rambut yang lebih lembut. Selain itu, ia membantu mengembalikan tahap penghidratan kulit dan mengandungi 1 span dua sisi yang membantu untuk digunakan semasa penyingkiran rambut.
Nair Hair Removing Cream Sensitive Skin (75g)
RM40.00
Nair Sensitive Hair Removal Cream ini telah diformulasikan khas untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan dapat menghilangkan rambut yang terdapat di seluruh anggota badan dengan lembut dan cepat. Ia juga sangat lembut untuk digunakan di mana sahaja termasuk betis, private parts, ketiak dan muka. Ia diperkaya dengan Sweet Almond Oil dan Baby Oil yang membantu mengekalkan tahap kelembapan kulit dan mencegah kegatalan. Produk ini sentiasa melembabkan kulit anda sehingga lembut dan licin.
Veet In Shower Dry Skin (150g)
RM37.75
Veet In Shower Hair Removal Cream ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Ia mempunyai ciri-ciri seperti berfungsi dekat dengan akar walaupun pada rambut pendek serta dapat melembutkan kulit sehingga empat hari. Diperkaya dengan Susu Lotus, yang terkenal dengan sifatnya yang melembutkan dan ia hadir dengan wangian Jasmine. Dengan menggunakan produk ini, anda bukan sahaja dapat memiliki kulit halus, lembut dan berkhasiat tetapi pertumbuhan rambut juga terasa lebih lembut.
Fem Hair Removal Cream Aloe (120g)
RM19.90
Fem Hair Removal Cream ini mempunyai ekstrak aloe yang dapat meremajakan kulit, melembutkan Kulit, menenangkan kulit di samping melembabkan kulit. Produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan kulit kering. Biasanya hair removal cream di pasaran meningkatkan pH kulit menjadi 7-8.5 yang menyebabkan kerosakan kulit, kerengsaan, kekasaran dan kulit kering. Tetapi, Fem Hair Removal Cream yang hadir dengan Losion Soothing Moisture Lotion yang unik telah diperkaya dengan minyak Jojoba dan Aloe Vera untuk mengembalikan kulit anda ke tahap pH yang sihat.
Veet Electric Trimmer Sensitive Touch
RM28.00
Dengan Sentuhan Sensitif Veet baru, anda kini dapat mencapai penampilan sempurna yang selalu anda inginkan dengan mudah. Ia memotong dan membentuk rambut anda dengan cepat dan lembut di kawasan badan yang sensitif dan halus seperti muka, private parts dan ketiak. Kebaikan Veet Electric Trimmer Sensitive Touch ini adalah ia cepat, lembut dan mudah menanggalkan rambut yang tidak diingini sekaligus tanpa melukakan kulit.
Ckeyin Mini Hair Removal
RM35.87
Ckeyin Mini Hair Removal ini mempunyai fungsi pemotong 3 dalam 1. Saiznya yang portable, ringan dan mudah dibawa membuatkan anda boleh membawa produk ini ke mana sahaja. Anda boleh menyimpannya di dalam beg tangan, beg galas, atau bilik tab mandi, bilik mandi tetamu, flat atau hotel untuk digunakan pada bila-bila masa. Di samping itu, produk ini telah direka dengan bentuk yang mesra pengguna. terdapat satu kawalan butang, ukuran pegangan sebelah tangan, penampilan lekukan lancar, dan reka bentuk penunjuk pengecasan menjadikannya senang dan mudah untuk digunakan. Yang penting, ia selamat dan tidak menyakitkan.
Veet Hair Removal Wax Strip Dry Skin (20s)
RM36.70
Veet Hair Removal Wax Strip ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Ia dapat mengeluarkan rambut dari akar di samping dapat melembutkan kulit sehingga 4 minggu. Hanya dengan waxing seperti biasa, pertumbuhan semula rambut akan lebih halus dan lembut sekiranya anda menggunakan produk ini. Ia mempunyai varian berbeza yang tersedia untuk pelbagai jenis kulit seperti normal, kering atau sensitive. Wax strips ini turut sesuai untuk menyingkirkan rambut yang terdapat pada kaki atau lengan.
Green Earth Wax Strips Aloe Vera & Lotus for Dry Skin
RM22.90
Green Earth Ready To Use Wax Strips ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering. Ia diperbuat daripada jalur lilin berkualiti premium dengan tambahan Aloe Vera & Lotus agar kulit sentiasa lembut semasa proses penyingkiran rambut dijalankan. Wax strips ini sesuai digunakan hanya pada kaki, lengan, ketiak dan garis bikini. Sebelum digunakan, sila uji pada bahagian kecil kulit anda terlebih dahulu untuk memastikan tidak ada reaksi buruk setelah 24 jam. Sila baca keterangan lengkap dan arahan pada kotak sebelum digunakan.