Now Reading
10 Punca Eye Bag Dan Bagaimana Menghilangkannya

10 Punca Eye Bag Dan Bagaimana Menghilangkannya

eyebag

Kantung mata atau kebiasaannya dipanggil ‘eye bag’ merupakan masalah yang dihadapi hampir semua orang tidak kira jantina. Secara perubatan, pakar mendapati eye bag tidak memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Namun, bagi wanita terutamanya, kehadiran eye bag di wajah pasti mencacatkan sedikit penampilan. Mari baca artikel ini selanjutnya untuk mengetahui punca-punca eyebag dan cara menghilangkannya.

Punca Eye Bag

1. Tidak Cukup Tidur

Ini adalah punca yang paling selalu kita dengar. Ya betul, kekurangan tidur dan rehat boleh menyebabkan eye bag muncul pada wajah anda.

2. Alahan

Jika seseorang itu mengalami alahan, dia cenderung mendapat eye bag. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui jenis alahan yang anda alami. Walaubagaimanapun, keadaan ini bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.

3. Faktor Genetik

Sesetengah individu memang sudah ada eye bag tanpa ada punca yang lain. Hal ini kerana faktor genetik yang mungkin menyebabkan eye bag ini ada pada setiap ahli keluarga.

4. Penggunaan Produk Kecantikan Wajah di Sekeliling Mata

Bahan-bahan seperti salicylic acid, retinol dan glycolic acid berfungsi untuk memperbaiki struktur kulit. Namun ia juga mampu menyebabkan terjadinya kerengsaan pada kulit terutamanya apabila digunakan pada kawasan mata. Anda akan cenderung menggosok-gosok mata anda untuk melegakannya. Tetapi saluran darah bawah mata mudah bocor dan menyebabkan kawasan bawah mata kelihatan lebam dan bengkak.

5. Tidak Mencuci Muka dan Rambut dengan Bersih

Bagi anda yang memakai alat solek seperti maskara, jika tidak dibersihkan dengan sempurna mampu menyebabkan eye bag. Malah, jika anda tidak mencuci sisa syampu atau perapi rambut dengan bersih juga boleh menjadi punca eye bag. Bagaimana? Sisa-sisa bahan tersebut yang terperangkap pada kelopak mata atau kawasan mata boleh menyebabkan dermatitis pada kelopak mata. Ia adalah sejenis keradangan yang menyebabkan anda menggosok mata. Apabila anda menggosok mata, mata akan mula kelihatan bengkak dan kehitaman.

6. Kandungan Garam yang Tinggi dalam Tubuh

Kandungan garam yang berlebihan juga akan menyebabkan air berlebihan disimpan di bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya seperti di kawasan bawah mata. Mungkin garam yang berlebihan ini datangnya dari diet anda yang tidak seimbang.

7. Turun Berat Badan secara Mendadak

Menurut Dr. Rushmini, lemak yang terdapat pada muka penting untuk membentuk wajah. Jika kehilangan lemak, pipi cenderung kelihatan cengkung. Kehilangan lemak pada kawasan tersebut juga boleh menyebabkan mata bawah kelihatan berlekuk.

8. Ubat

Sesetengah boleh memberikan kesan sampingan kepada diri kita. Ubat yang menyebabkan terjadinya eye bag kebiasaannya ialah asid lemak Omega-6. Ia digunakan untuk membantu melancarkan peredaran darah dan menyeimbangkan hormon.

9. Masalah Kesihatan

Masalah kesihatan seperti anemia juga boleh menyebabkan eye bag. Hal ini berpunca daripada kekurangan zat besi dalam darah.

10. Umur

Ini adalah faktor yang akan dihadapi oleh hampir semua orang. Apabila umur mula menjangkau 30-an, kulit akan semakin hilang keanjalan kerana lapisan kolagen yang menipis. Kulit di bawah mata akan cenderung kelihatan gelap dan lebam.

5 Cara Berkesan Menghilangkan Eye Bag

1. Tidur Mencukupi

Apabila salah satu punca eye bag ialah tidur yang tidak cukup, pastinya cara yang terbaik ialah untuk memastikan anda mendapatkan rehat dan tidur yang cukup. Elakkan mengambil kafein sebelum tidur supaya tidak berdepan masalah sukar untuk tidur.

2. Tinggikan Bantal

Bagi mengelakkan cecair berkumpul pada bahagian mata ketika tidur, anda boleh tinggikan sedikit bantal anda. Tapi pastikan juga tidak sehingga menyebabkan sukar tidur atau ketegangan pada leher.

3. Uncang teh

Ini ialah petua yang paling selalu kita dengar. Ini kerana teh mengandungi kafein yang tinggi antioksida untuk membantu aliran darah. Caranya, sejukkan uncang teh yang telah digunakan dalam peti sejuk selama 20 minit. Perah lebihan air pada uncang dan sapu pada bawah mata. Tekapkan pula uncang teh pada mata selama 15 ke 30 minit.

4. Pemampat Sejuk

Anda boleh sejukkan sudu besi atau timun di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit. Kemudian, secara perlahan, tekan sudu besi atau timun tersebut pada bawah mata.

5. Krim Mata

Sudah tentu tidak salah untuk memasukkan krim mata ke dalam rutin penjagaan kulit anda. Selain bahan-bahan yang dijamin selamat dan lembut untuk kulit mata, kesannya juga cepat. Banyak krim mata mampu milik yang boleh diperoleh di ‘drugstore’ dan farmasi.

SUMBER

https://www.webmd.com/beauty/ss/slideshow-banish-the-bags-under-your-eyes

https://www.healthline.com/health/eye-health/how-to-get-rid-of-puffy-eyes#:~:text=One%20of%20the%20main%20causes,rest%20in%20your%20lower%20eyelid.

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bags-under-eyes/symptoms-causes/syc-20369927

https://www.medicalnewstoday.com/articles/325989

error: Content is protected !!