Now Reading
10 Resepi Kerang Sihat

10 Resepi Kerang Sihat

Resepi kerang sihat

Bagi penggemar kerang, biasanya kerang bakar sangat enak dinikmati di restoran tepi pantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Namun, banyak lagi resepi kerang sihat yang sedap dan anda boleh cuba di rumah.

Kerang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga. Ia adalah sejenis makanan laut bercengkerang yang boleh dimakan. Kulitnya berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya.

Secara umumnya, ia mempunyai nilai yang sangat tinggi sebagai sumber makanan dan banyak disimpan dan diternak sebagai kegiatan akuakultur. Ia sangat popular sebagai makanan laut di sekitar kawasan Asia khususnya Asia Tenggara. 

Di Malaysia, ia sangat terkenal sebagai makanan laut yang boleh dimasak dengan pelbagai cara. Sama ada distim, direbus, dipanggang, dimakan mentah atau dimasak bersama kuah atau sup, ia terpulang kepada cita rasa individu. Haiwan laut ini juga selalu digunakan dalam masakan identiti negara kita seperti “laksa”, “char kuey teow” dan steambot.

Jom lihat 10 resepi kerang sihat seperti di bawah yang diambil daripada pelbagai sumber.

Kerang Rebus Air Asam

Masakan yang dimasak dengan cara merebus pastinya adalah pilihan menyihatkan kerana tidak menggunakan minyak atau bahan-bahan berkalori yang lain. Jadi, resepi kerang sihat ini amat sesuai diambil bagi mereka yang sedang menjaga makan dan sebagainya. Jom lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan:

  • Serai
  • Garam
  • 8 biji bawang kecil hiris nipis
  • 3 ulas bawang putih (direbus dan ektuk)
  • Air asam jawa
  • Belacan bakar
  • Cili
  • Gula
  • Ketumbar

Cara penyediaan:

  1. Rebus kerang bersama serai dan geram (untuk hilangkan baunya).
  2. Kopek dan buang cengkerang sebelah.
  3. Satukan semua bahan di dalam satu bekas (kecuali air asam jawa, tomato dan ketumbar).
  4. Masukkan sedikit air asam jawa, kemudian masukkan potongan cili, belacan dan bahan-bahan lain.
  5. Masukkan air asam jawa sehingga habis dan gaul rata semua bahan.
  6. Masukkan kerang ke dalam bekas dan tuangkan campuran tadi di atas keras.
  7. Masukkan tomato dan taburkan daun ketumbar kemudian kacau rata.
  8. Hidangan kerang rebus and sedia dihidangkan!

Kerabu Tauge Kerang

Resepi ini mungkin tidak begitu sesuai bagi mereka yang tidak memakan kerabu, tetapi jika anda adalah penggemar kerabu dan kerang, apa kata anda gabungkan kedua-duanya sekali? Ia bukan sahaja ringkas dan mudah disediakan, malah anda juga tidak akan puas meratahnya bersama nasi. Jom lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan:

  • 250gram taugeh (dicelur dan toskan)
  • 500gram isi kerang
  • Kacang kelisa/ kacang botol (dihiris)
  • Sedikit belacan (ditumbuk)
  • 10 biji cili padi – kurangkan atau tambahkan ikut selera (ditumbuk)
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai (dihiris halus)
  • 2 batang bunga kantan (dihiris halus)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan taugeh, kerang, kerisik, bahan-bahan yang telah dihiris (kacang kelisa/ kacang botol, bawang besar, serai dan bunga kantan) serta bahan tumbuk dalam mangkuk.
  2. Gaul bahan-bahan tersebut dengan sebati.
  3. Perahkan sedikit limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul hingga sebati sekali lagi dan hidangan kerang anda siap dihidangkan!

Kerang Masak Kicap Pedas

Jika anda menyukai hidangan kerang yang berkuah dan pedas, apa kata anda cuba resepi ini? Jom lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1kg kerang (dibersihkan)
  • 8 sudu makan kicap manis (kurangkan jumlahnya untuk pilihan lebih sihat)
  • 1 tangkai daun saderi (dihiris)
  • 1 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 1 batang cili merah (dihiris)
  • 125ml air
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis (gunakan pilihan minyak lebih sihat seperti minyak kelapa, minyak sayuran dan sebagainya)

Bahan kisar:

  • 11 biji cili padi – kurangkan atau tambahkan ikut seleran anda
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. (Jangan gunakan terlalu banyak minyak agar hidangan anda tidak terlalu berminyak)
  2. Masukkan kerang, kicap manis dan air secukupnya.
  3. Tutupkan kuali dan biarkan selama 3 hingga 4 minit.
  4. Besarkan api buat seketika.
  5. Buka penutup dan masukkan air asam jawa.
  6. Perasakan hidangan anda secukupnya.
  7. Taburkan daun bawang, daun saderi dan cili merah.
  8. Hidangan kerang anda sedia dihidangkan!

Somtam Kerang Ala Thai

Jika anda menyukai makanan Thai yang pedas dan sedikit masam-masam, jadi resepi kerang somtam ini pasti sesuai dengan selera tekak anda. Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan taugeh
  • 5 batang kacang botol
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 cawan udang kering
  • 1 cawan isi kerang (direbus)
  • 1 atau 2 biji limau nipis
  • Sedikit kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan kacang botol dan hiris nipis.
  2. Bersihkan taugeh kemudian celur kacang botol dan taugeh dalam air panas selama 5 saat.
  3. Mayang bawang besar nipis-nipis.
  4. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah hingga lumat.
  5. Perahkan limau nipis ambil jusnya.
  6. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata serta perasakan dengan garam dan gula.
  7. Hidangan kerang anda sedia dihidangkan!

Kerang Masak Tumis Pedas

Resepi ini adalah hampir sama dengan resepi hidangan tumis yang lain cuma bahan utamanya ialah kerang. Malah, resepi ini juga tidak menggunakan cili kisar seperti kebiasaannya. Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1kg kerang
  • 4 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 helai daun limau
  • 2 helai daun salam
  • Tomato (dihiris)
  • Daun bawang
  • Daun saderi (tabur)
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis:

  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 4 biji bawang putih (dihiris)
  • Halia
  • Lengkuas
  • Cili padi merah (dihiris)
  • Cili padi (dihiris)

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan kerang dan toskan airnya.
  2. Tumis bahan tumisan hingga naik bau.
  3. Masukkan kerang dan sedikit air. Tutup kuali anda buat seketika.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap dan garam.
  5. Gaul masakan hingga rata.
  6. Masukkan cili hiris, daun bawang dan tomato.
  7. Masak hingga semua sebati.
  8. Taburkan daun bawang dan hidangan kerang anda siap dihidangkan!

Kerang Masak Serai

Serai sememangnya banyak digunakan dalam hidangan masakan Asia kerana baunya yang harum. Malah, serai juga boleh membuang bau hanyir kerang dengan baik. Jom kita lihat resepi kerang masak serai dan cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 kg kerang
  • 2 batang serai
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah/ cili kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 sudu sos tiram
  • 50 ml air
  • Sedikit halia
  • Minyak untuk menumis (gunakan minyak yang sihat seperti minyak kelapa, minyak sayuran dan sebagainya)
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan kerang terlebih dahulu dan toskan airnya.
  2. Kisar serai, halia, bawang besar dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  4. Masukkan daun limau purut dan tumus lagi hingga bau wangi.
  5. Masukkan kerang dan gaul rata buat seketika.
  6. Masukkan cili kisar dan biarkan ia sebati dengan kerang.
  7. Masukkan sos tiram dan tuang sedikit air.
  8. Tambahkan garam secukup rasa.
  9. Masak kerang hingga terbuka kulitnya.
  10. Setelah masak, hidangan kerang anda siap dihidangkan!

Masak Lemak Cili Api bersama Kerang

Hidangan lemak cili api sangat sesuai dicampur dengan pelbagai bahan seperti ayam, daging serta kerang juga! Dengan rasanya yang berlemak dan pedas, ini adalah hidangan yang digemari ramai. Jadi, jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk ubi (daun sahaja)
  • Santan kelapa secukupnya (kurangkan penggunaan santan bagi versi sihat)
  • 2 – 3 cawan isi kerang
  • Asam keping
  • Kunyit hidup (ditumbuk lumat)
  • 10 biji cili api – boleh tambah atau kurangkan ikut selera (ditumbuk lumat)

Cara penyediaan:

  1. Bersihkan pucuk ubi dan ambil bahagian daunnya sahaja.
  2. Rebus daun pucuk ubi sehingga empus dan toskan airnya.
  3. Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili api.
  4. Masukkan bahan ditumbuk ke dalam kuali/ periuk bersama santan pekat (jangan gunakan terlalu banyak santan), isi kerang dan asam keping.
  5. Kacau hingga kuah mendidih.
  6. Masukkan semua pucuk ubi dan garam secukup rasa dan kacau buat seketika.
  7. Biarkan kuah mendidih dan apabila pucuk ubi sudah masak, tutup api dapur.
  8. Hidangan kerang anda siap dihidangkan!

Sambal Kerang

Biasanya, sambal kerang amat disukai jika diambil bersama nasi lemak di hujung minggu. Dengan rasa sambalnya, hidangan ini pasti menjadi kegemaran anda selepas ini. Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1kg kerang
  • 7 tangkai cili kerang (dikisar)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulang bawang putih (dikisar)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis (gunakan pilihan minyak yang sihat seperti minyak kelapa, minyak sayuran atau sebagainya)

Cara penyediaan:

  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih hingga halus.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumis hingga kekuningan.
  3. Masukkan bahan yang dikisar tadi.
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam serta kacau dengan baik.
  5. Masak semuanya hingga pecah minyak.
  6. Masukkan kerang dan kacaukan.
  7. Masukkan hirisan bawang besar dan masak hingga bawang layu.
  8. Masak hingga kulit kerang sedikit terbuka.
  9. Hidangan kerap anda siap dihidangkan!

Kerang Sambal Hijau

Ada yang mungkin menggemari sambal merah, serta ada juga yang mungkin lebih menggemari sambal hijau. Jika anda menyukai pilihan kedua, apa kata anda cuba resepi ini bersama kerang? Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 500gram isi kerang
  • 1/2 cawan minyak untuk menumis (gunakan pilihan minyak yang sihat seperti minyak kelapa, minyak sayuran dan sebagainya)
  • 1 sudu sos plum
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 biji bawang besar (dihiris)

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 15-20 biji cili padi hijau – tambah atau kurangkan ikut selera

Cara penyediaan:

  1. Kisar halus bahan yang perlu dikisar.
  2. Gaul isi kerang dengan sedikit garam dan goreng hingga ia separuh masak.
  3. Buangkan airnya dan ketepikan buat seketika.
  4. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak kali pertama.
  5. Masukkan serai yang diketuk, asam keping dan biarkan ia pecah minyak lagi.
  6. Masukkan sos plum dan sedkit gula.
  7. Masukkan isi kerang bersama hirisan bawang besar.
  8. Besarkan api dan biarkan kerang masak.
  9. Perasakan dengan garam jika perlu.
  10. Tutup api apabila bawang sudah layu dan isi kerang telah masak.
  11. Hidangan kerang anda sedia dihidangkan!

Kerang Masak Paprik

Biasanya, hidangan paprik menggunakan bahan-bahan seperti ayam dan daging, tapi apa kata kali ini, gantikan bahan-bahan itu dengan kerang pula? Hidangan ini amat sedap dan pastinya memikat selera anda. Jom lihat cara penyediaannya seperti di bawah.

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus kerang
  • Beberapa batang serai
  • 1 labu bawang besar (ditumbuk kasar)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • Hirisan halia
  • 3 helai daun limau purut
  • Segenggam cili kerang (dikisar halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sos cili dan tomato
  • Minyak untuk menumis (gunakan pilihan minyak yang sihat seperti minyak kelapa, minyak sayuran atau sebagainya)

Cara penyediaan:

  1. Rebus kerang bersama sedikit air dan beberapa batang serai.
  2. Setelah kerang masak, toskan airnya dan buang serai.
  3. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  4. Tumis semua bahan tumbuk dengan baik.
  5. Masukkan daun limau purut serta cili kisar dan biarkan seketika.
  6. Masukkan garam dan gula serta sedikit sos cili dan sos tomato.
  7. Masukkan kerang dan kacau seketika sehingga semuanya sebati.
  8. Hidangan kerang anda sedia dihidangkan!

Dengan semua resepi kerang yang sihat ada di atas, anda pasti dapat mencuba pelbagai hidangan berasaskan kerang dengan mudah selepas ini.

Selamat mencuba!

Toshiba Blender

RM135.00

Bagi sesiapa yang gemar menjus buah-buahan dan sayur-sayuran segar, menggabungkan minuman yoghurt mereka sendiri, atau membuat koktel buah segar, pembuat smoothie dianggap sebagai bahagian penting dalam rutin ini . Dengan pembuat smoothie yang direka khas, anda dapat dengan cepat menyediakan buah-buahan, yogurt dan bahan-bahan campuran yang lazat untuk makanan keluarga, pada bila-bila masa sepanjang hari.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

SUMBER

https://fazillahabdulghani.blogspot.com/2014/02/resepi-kerang-masak-kicap-pedas.html

https://jasminshahab205.blogspot.com/2015/06/senarai-resepi-masakan-kerang.html

https://resepi-popular.blogspot.com/2014/07/resepi-kerang-sambal.html

https://akuman999.blogspot.com/2017/12/resepi-kerang-masak-paprik.html

https://www.bidadari.my/resepi-kerang-rebus-air-asam/

https://www.resepi.my/resepi-kerabu-taugeh-kerang/

https://sedapfood.com/resepi-masak-kerang-masak-tumis-pedas/

https://www.mingguanwanita.my/resepi-sedap-kerang-masak-serai-mak-mak-wajib-cuba/

https://daridapur.com/resepi-kerang-sambal-hijau/

error: Content is protected !!