Menyediakan pancake sihat tidak sinonim dengan budaya kita, namun tidak salah mencuba resepi baru yang mudah dan mengenyangkan perut.
Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.
Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.
Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.
Jom lihat resepi pancake sihat di bawah.
Pancake Sihat Keto
Bagi individu yang sedang menjalani diet keto iaitu diet rendah karbohidrat dan tinggi lemak, apa kata anda cuba resepi pancake sihat keto ini dalam diet harian anda? Ia sangat mudah disediakan dan pastinya memenuhi keinginan anda.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan tepung badam
- 4 oz krim keju (lembut)
- 4 biji telur (saiz besar)
- 1 sudu parutan lemon
- Sedikit mentega
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk bersaiz sederhana, kacau tepung badam, krim keju, telur dan parutan lemon sehingga ia sebati.
- Gunakan kuali tidak melekat yang dipanaskan pada suhu sederhana-rendah dan cairkan 1 sudu mentega.
- Tuangkan sekitar 3 sudu campuran tadi dan masak sehingga berwarna keemasan (sekitar 2 minit).
- Terbalikkannya dan masak selama 2 minit lagi.
- Hidangkan di atas pinggan dan teruskan memasak dalam kuali sehinggalah campuran habis.
- Hiaskan pancake anda dengan buah-buahan segar atau sedikit sapuan mentega.
Pancake Yogurt Greek
Bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang sihat, tambahkan sahaja yogurt greek ke dalam resepi kerana yogurt ini mengandungi kurang kalori dan lebih menyihatkan. Begitulah yang dilakukan dalam resepi ini. Jom lihat cara penyediaannya.
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 2 biji telur
- 1 2/3 cawan yogurt greek
Cara penyediaan:
- Campurkan tepung dan serbuk penaik dalam satu mangkuk besar.
- Dalam mangkuk yang berlainan, kacau telur dan yogurt greek bersama.
- Campurkan semua bahan bersama sehingga menjadi adunan yang tebal.
- Tuangkan adunan ke dalam kuali tidak melekat dan masak dengan suhu sederhana-rendah.
- Pastikan anda menjaga suhu dan biarkan ia masak sekitar 1-2 minit bagi setiap bahagian.
- Ulang langkah sama sehingga kesemua adunan habis digunakan.
- Hidangkan pancake anda dengan hiasan atas mengikut kesukaan.
Pancake Pisang Gebu
Pisang pastinya menjadi salah satu bahan yang harus ada bagi membuat pancake yang sedap. Bukan sahaja mudah, tapi ia juga murah dan tidak memerlukan banyak proses yang rumit.
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan tepung serbaguna
- 3 sudu kecil serbuk penaik
- 2 sudu gula perang
- 1 sudu kecil garam kosher
- 1/2 cawan susu (pilih susu rendah lemak)
- 1/2 cawan krim masam
- 2 biji telur (saiz besar)
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla
- 1 biji pisang (dihiris)
- Mentega
Cara penyediaan:
- Dalam mangkuk yang besar, gaulkan tepung serbaguna, serbuk penaik, gula perang dan garam bersama.
- Dalam mangkuk asing, kacaukan susu dan krim masam sebelum menambahkan satu biji telur pada satu masa.
- Tambahkan ekstrak vanilla.
- Kemudian, tambahkan pula bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul dengan rata.
- Cairkan mentega pada kuali tidak melekat dengan suhu sederhana-rendah.
- Tuangkan sedikit adunan pada satu masa dan hiaskan atasnya dengan beberapa potongan pisang.
- Masak sehingga gelembung mula terbentuk (sekitar 3 minit bagi setiap bahagian).
- Ulang langkah sama sehingga keseluruhan adunan habis.
- Hidangkan pancake anda mengikut kreativiti dan pilihan anda.
Pancake Gandum
Ia mungkin adalah agak sukar untuk menghasilkan pancake gandum yang sempurna tetapi ia tidak mengapa, kerana anda hanya perlu berlatih sehinggalah mendapat hidangan akhir yang menarik. Tidak seperti pancake biasa, resepi ini tidaklah begitu gebu, lembut dan ringan. Tapi, ia masih sedap dan patut dicuba!
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum keseluruhan
- 1/2 cawan oat
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1 biji telur (bersaiz besar) atau 2 biji telur kuning
- 1 cawan susu (rendah lemak)
- 2 sudu gula perang
- 1/2 cawan yogurt greek
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla
Cara penyediaan:
- Campurkan tepung, oat, garam, serbuk penaik dan serbuk kayu manis dalam satu mangkuk besar.
- Dalam mangkuk berbeza, pukul telur dan susu bersama.
- Tambahkan gula perang dan yogurt dan kacau hingga tiada ketulan, kemudian campurkan ekstrak vanilla.
- Buat bahagian kosong di tengah mangkuk bahan kering, dan tuangkan bahan basah di dalamnya.
- Campurkan perlahan-lahan sehingga semua sebati. (jangan gaul dengan berlebihan kerana ia akan membuatkan pancake keras)
- Panaskan kuali dan cairkan mentega atau gunakan ‘cooking spray’.
- Tuang 1/2 adunan dan masak sehingga bahagian tepi kelihatan sedikit kering.
- Kemudian, terbalikkan dan masak selama 2 minit lagi.
- Ulang langkah sama sehingga semua adunan habis.
- Hidangkan pancake anda dengan hiasan mengikut selera.
Pancake Sihat Biji Chia Beri Biru
Mesti anda tahu kan betapa berkhasiatnya biji chia ini kepada kesihatan kita? Jadi, jom tambahkannya pada resepi pancake sihat anda pula. Bukan itu sahaja, jom jadikan ia lebih menarik dengan adanya beri biru yang manis dan menarik.
Bahan-bahan pancakes:
- 1 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 biji telur
- 1 sudu madu
- 3 sudu yogurt kosong
- 1/2 susu badam atau susu mengikut pilihan (pilih jenis rendah lemak)
- 2 sudu biji chia
Bahan-bahan hiasan atas:
- 2 sudu yogurt kosong
- Jus daripada 1 biji lemon
- 1 sudu kecil parutan lemon
- 1/2 cawan beri biru
Cara penyediaan:
- Kacau telur, madu, yogurt dan susu bersama kemudian tambahkan tepung, serbuk penaik dan biji chia pada mangkuk yang sama.
- Gaulkan mereka sehingg menjadi adunan yang sebati.
- Panaskan kuali tidak melekat, cairkan sedikit mentega dan gunakan pengukur dengan ukuran ¼ cawan bagi setiap pancake anda.
- Tuangkan adunan dan biarkan ia masak sekitar 1-2 minit. Masak pada kedua-dua belah bahagian dan ulang hingga semuanya habis.
- Bagi hiasan atas, campurkan yogurt dan kacau sekali jus dan parutan lemon sekali. Letakkannya di bahagian atas pancake dan ia sedia dihidangkan!
Pancake Cip Coklat Rendah Karbohidrat
Susah nak cari orang yang tak makan coklat kan? Apa kata kali ini, kita gunakan cip coklat pula dalam pancake sihat anda. Jika anda tak suka makan coklat sebegini, gunakan coklat putih pun boleh juga.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum penuh
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat (baking soda)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan yogurt greek
- 1 cawan susu
- 2 biji telur (besar)
- 2 sudu minyak (pilih minyak sihat)
- 3 sudu madu
- 1 sudu kecil ekstrak vanilla
- 1/2 cawan cip coklat
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali dengan suhu sederhana dan semburkan dengan spray minyak masak tidak melekat.
- Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, sedikit cip coklat dan garam.
- Dalam mangkuk berlainan pula, gaulkan yogurt greek, susu, telur, madu dan ekstrak vanilla.
- Tambahkan bahan kering ke dalam bahan basah dan gaul sehingga sebati.
- Menggunakan pengukur dengan sukatan ¼ cawan, masak adunan di atas kuali sehingga bahagian atas kelihatan menggelembung serta bahagian tepi sudah kukuh.
- Terbalikkannya dan masak selama 1-2 minit lagi.
- Hiaskan bahagian atas dengan cip coklat lebihan atau buah-buahan segar.
Pancake Vegan
Vegan adalah diet di mana pemakanan anda berkisarkan makanan tumbuhan utuh seperti buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan kekacang. Jadi, ini adalah resepi pancake sihat terbaik buat pengamal diet vegan di luar sana!
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung serbaguna
- 1 sudu gula (halus)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan susu badam (atau susu bukan tenusu lain)
- 2 sudu minyak kelapa
- Sedikit minyak sayuran atau minyak kelapa
Cara penyediaan:
- Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung, gula, serbuk penaik dan garam.
- Tambahkan susu dan minyak kelapa dan kacau hingga sebati.
- Panaskan minyak pada suhu sederhana dan tuangkan ¼ cawan adunan.
- Masak selama 2-3 minit dan terbalikkan apabila anda melihat gelembung di bahagian tepi pancake.
- Masak dalam tempoh sama pada bahagian satu lagi dan ulang langkah sama sehingga adunan habis.
- Hidangkan pancake sihat anda mengikut pilihan.
Pancake Pisang Oat Sihat
Biasanya, bahan-bahan pancake akan digaul secara manual kan, tapi apa kata anda guna pengisar pula untuk memudahkan kerja anda? Bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya juga sangat sedap.
Bahan-bahan:
- Pisang
- Telur
- Susu badam
- Ekstrak vanilla
- Oat (tanpa gluten)
- Serbuk penaik
- Serbuk kayu manis
- Sedikit garam
- Sedikit minyak
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga ia halus (sekitar 1 minit)
- Biarkan adunan rehat selama 2 minit dalam pengisar sementara anda panaskan kuali.
- Tambahkan minyak zaitun atau minyak kelapa pada kuali dan panaskan ia dengan suhu sederhana.
- Masak adunan sekitar 1/3 cawan pada satu masa.
- Masak selama sekitar 2-3 minit sehingga bahagian tepi kelihatan keperangan.
- Terbalikkan dan masa buat 2 minit lagi.
- Hidangkan pancake anda dengan hirisan buah segar dan sirap maple.
Pancake Sihat 2 Bahan
Dengan 2 bahan yang mudah didapati, pastinya ini menjadi resepi pancake yang paling mudah dan menyihatkan untuk anda. 2 bahan sahaja, dan anda sudah boleh menyediakan sarapan pagi buat diri dan keluarga anda.
Bahan-bahan:
- 2 biji pisang
- 2 biji telur (saiz sederhana)
Cara penyediaan:
- Tanggalkan kulit pisang dan bahagikannya ke dalam potongan besar dalam satu mangkuk.
- Lenyekkan pisang dengan lembut menggunakan garfu.
- Tambahkan telur ke dalam campuran dan gaul sehingga anda mendapatkan konsistensi seperti kastard.
- Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega.
- Tuang adunan sekitar 2 sudu dan masak dengan sekata.
- Masak selama 1 minit atau lebih sehingga bahagian tepi keperangan.
- Terbalikkan pancake dan masak seketika di bahagian sebelah lagi.
- Hidangkan pancake anda dengan hiasan atas mengikut pilihan.
Pancake Tepung Kelapa Paleo
Sama seperti resepi pancake biasa, resepi ini juga memberikan pancake sihat yang gebu dan ringan. Bezanya hanya pada bahan-bahan sahaja, tapi masih memberikan rasa yang menyelerakan.
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung kelapa
- 4 biji telur
- 1 cawan susu badam
- 1 sudu madu
- 2 sudu kecil serbuk penaik
- 1/2 sudu minyak kelapa
Cara penyediaan:
- Panaskan satu sudu minyak kelapa dalam kuali dengan suhu sederhana.
- Kacau 4 telur bersama dalam satu mangkuk bersaiz sederhana.
- Tambahkan susu dan madu kemudian gaul lagi.
- Tambahkan tepung kelapa perlahan-lahan berserta serbuk penaik dan kacau sehingga sebati.
- Gunakan penyukat dengan ukuran 1/2 cawan untuk setiap pancake.
- Masak satu bahagian selama lebih kurang 4 minit sehingga ia keperangan.
- Terbalikkan dan masak sebelah lagi selama 3-4 minit sehingga ia masak sepenuhnya.
- Hidangkannya mengikut kreativiti dan selera anda.
Perkakas Untuk Pancake Anda !
Tefal Cookware Natura Frypan 20cm
RM54.00
Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tak melekat pancake sihat anda lepas ini!
Kenwood Blender
RM149.00
Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.
Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.
SUMBER
https://www.delish.com/cooking/g3734/healthy-pancake-recipes/?slide=1