Now Reading
10 Resepi Turun Temurun Masakan Melayu Sedap

10 Resepi Turun Temurun Masakan Melayu Sedap

melayu sedap

Masakan Melayu sedap memang banyak sangat di Malaysia. Dari kuih-muih, lauk-pauk, mahupun pencuci mulut, terlalu banyak masakan yang sedap.

Koleksi resepi masakan Melayu sedap dan ringkas merupakan matlamat utama artikel ini. Masyarakat melayu memang terkenal dengan kepelbagaian resepi dari zaman dahulu lagi, ada yang telah diolah mengikut peredaran masa.

Namun, ada resepi yang kekal asli. Tahukah anda, resepi asal yang asli inilah kunci utama masakan Melayu yang sedap dan digilai ramai.

Jom kita belajar cara memasak masakan Melayu sedap menggunakan resepi turun temurun seperti di bawah.

1. PUCUK UBI MASAK LEMAK

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk pucuk ubi
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 3 ulas bawang merah – tumbuk
  • Sedikit ikan bilis – tumbuk
  • Cili padi – tumbuk
  • Air
  • Santan
  • Garam
  • Kiub ayam

Kaedah penyediaan:

  1. Pucuk ubi dicuci dan dipulas-pulas hingga agak kecil atau hancur
  2. Dalam periuk masukkan air dan bahan tumbuk. Biarkan mendidih seketika dan boleh masukkan pucuk ubi.
  3. Bila pucuk ubi telah lembut masukkan santan dan garam serta sedikit kiub ayam.
  4. Biarkan mendidih seketika.
  5. Sesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan.

2. KANGKUNG GORENG BELACAN DENGAN IKAN BILIS

Bahan-bahan:

  • 1 ikat kangkung (potong pendek-pendek)
  • 1 sudu besar minyak bawang putih
  • 2 sudu besar sambal belacan ikan bilis Adabi
  • 1 biji cili merah (potong halus)
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Masukkan minyak bawang putih dan sambal belacan ikan bilis.
  2. Buka api kecil dan tumis sekejap sahaja.
  3. Masukkan kangkung, cili merah dan perasa.
  4. Kacau sebati. Siap!

3. MASAK LEMAK CILI PADI PUCUK PAKU

Bahan-bahan:

  • 1 ikat pucuk paku (potong dan cuci bersih)
  • 3 biji cili padi siam
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis halus
  • 1 ulas kunyit hidup sebesar ibu jari
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 200 ml santan kotak
  • 2 cawan air
  • 2 sudu maggie cukup rasa
  • Secubit garam halus jika perlu
  • Beberapa keping asam gelugur

Kaedah penyediaan:

  1. Cili padi, bawang kecil dan bawang putih ditumbuk halus bersama kunyit hidup. Serai diketuk-ketuk sehingga pecah-pecah sahaja.
  2. Dalam periuk, tuang santan, air dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Masukkan asam gelugur, Maggie cukup rasa dan garam. Kacau sehingga mendidih.
  3. Setelah mendidih masukkan pucuk paku. Kacau sehingga sedikit layu.
  4. Matikan api. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

4. ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Bahan-bahan:

  • Ikan jenahak (dipotong kecil)
  • Pes asam pedas adabi
  • Asam keping 4 keping
  • 1 batang serai
  • Daun kesum
  • 2 gelas air
  • Secukup rasa 2 sudu

Kaedah penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecuali serbuk perasa. Biarkan mendidih.
  2. Apabila mendidih masukkan serbuk perasa. Biarkan seketika.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

5. SAMBAL TUMIS SOTONG DENGAN PETAI

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk sotong – hiris kecil
  • 3 ulas bawang – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • Cili kisar
  • Gula
  • Garam
  • Asam keping
  • Petai

Kaedah penyediaan:

  1. Sotong goreng sebentar dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan gula.
  3. Bila sambal dah cukup masak, masukkan asam keping dan sotong tadi.
  4. Letak garam. Kemudian, sesuaikan rasa dan sedia untuk disajikan.

6. SAMBAL MEMPELAM DAN ULAM RAJA

Bahan-bahan:

  • 7 biji mempelam
  • 9-11 biji cili padi thai*
  • 1 cawan ikan bilis*
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 1/2 inci belacan*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 5 pucuk ulam raja

Kaedah penyediaan:

  1. Kupas kulit mempelam dan cincang kasar. Basuh ikan bilis dan tumbuk lumat bahan-bahan bertanda *.
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mempelam dan gaul rata. Masukkan ulam raja yang telah dibasuh dan ditoskan serta dicincang kasar. Gaul sebati bersama garam dan gula.
  3. Sejukkan dahulu ke dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

7. SINGGANG IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol (250g)
  • 2 batang serai
  • 150 g lengkuas muda
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 6 biji cili api
  • 4 asam keping
  • Garam
  • Air secukupnya

Kaedah penyediaan:

  1. Potong nipis lengkuas dan rebus sampai lembut.
  2. Satukan semua bahan dan rebus sampai ikan masak.
  3. Sedia untuk dihidang.

8. MASAK LEMAK LABU

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji labu kuning (dibuang biji dan dipotong kecil)
  • 250 ml santan
  • 2 cawan air
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 helai daun kunyit (dicarik)
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

Kaedah penyediaan:

  1. Satukan labu, air dan udang kering. Rebus sampai labu empuk.
  2. Masukkan santan, cili merah, bawang besar, gula dan garam. Biarkan mendidih sekejap.
  3. Masukkan daun kunyit dan masak hingga mendidih sekejap sahaja. Siap!

9. AYAM PERCIK

Bahan-bahan:

  • 2 ketul paha ayam
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 8 bawang merah (dihiris)
  • 1 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • 1 cawan santan (1/2 biji kelapa)
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukupnya

Kaedah penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih.
  3. Kacau rata sehingga pekat dan pecah minyak.
  4. Angkat ayam dan bakar secara berasingan sehingga nampak garing sambil percikkan.
  5. Sedia dihidangkan. 

10. SAMBAL TEMPE MELAYU SEDAP

Bahan-bahan:

  • 5 bungkus tempe
  • 3 sudu besar bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil puri asam jawa
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis

Kaedah penyediaan:

  1. Tempe dipotong tebal. Goreng hingga garing.
  2. Kemudian, goreng sekali ikan bilis dan daun kari.Hiris bawang, halia dan bawang putih.
  3. Panaskan minyak dan tumis. Masukkan cili kisar, tambahkan gula, garam dan asam jawa. Masak hingga pekat.
  4. Matikan api. Masukkan bahan yang siap digoreng. Gaul sebati.
  5. Siap.

Masakan Melayu memang tidak ada tolak bandingnya. Rasanya yang enak menepati selera dan tekak orang Melayu menjadikan resepi ini kegemaran setiap orang. Bakat memasak boleh diusah sekiranya ada minat. Selamat mencuba koleksi resepi Melayu sedap turun temurun ini!

Sumber:

1) https://cookpad.com/my/recipes/15201948-sambal-tempe?ref=search&search_term=masakan%20melayu

2) https://listikel.com/resepi-masakan-kampung/

3) https://saji.my/makanan-tradisional-melayu/

error: Content is protected !!