Hidangan berasaskan nasi pastinya sangat sinonim dengan masyarakat di Asia termasuklah negara kita. Nasi boleh dikatakan sesuai diambil pada bila-bila masa sahaja kerana variasi dan fleksibiliti yang anda. Sebagai contoh, ia boleh dijadikan nasi lemak, nasi goreng, asas kepada sushi dan banyak lagi!
Namun, penggunaan rice cooker yang baik adalah penting agar beras anda dimasak dengan sebaiknya. Jika dulu, memasak nasi menggunakan periuk di atas api adalah kaedah yang ada, tapi sekarang tidak lagi. Tekan sahaja butang memasak, dan anda hanya perlu tunggu nasi anda dimasak dengan baik sahaja.
Sekarang, jom lihat 10 rice cooker terbaik yang anda boleh dapatkan dan ini semestinya adalah senarai yang penting terutama bagi mereka yang baru berkahwin, baru berpindah rumah dan yang berkaitan dengannya.

1. Panasonic Rice Cooker SR-E28A
RM150.00
Rice cooker ini pastinya sudah biasa dilihat kerana reka bentuknya yang biasa dan hampir sama dengan rice cooker lain yang ada di pasaran. Tapi, ia berkebolehan untuk menghangatkan nasi dengan baik dengan fungsi ‘keep warm’. Malah, anda juga boleh menggunakannya untuk membuat sup atau hidangan kukus kerana saiznya yang besar iaitu dengan kapasiti 2.8L. Jadi, jika anda berkeluarga besar, inilah periuk nasi yang anda harus dapatkan!
Anggaran harga: RM125.90+

2. Philips Daily Collection Jar Rice Cooker HD3115
RM129.00
Dengan fungsinya yang mampu mengekalkan kehangatan nasi sehingga 5 jam, anda tidak perlu lagi memanaskan nasi dengan kerap selepas ini. Malah, ia juga sangat sesuai bagi keluarga besar kerana mempunyai kapasiti sebesar 1.8L. Rice cooker ini juga membolehkan nasi anda dimasak dengan elok kerana habanya disebarkan secara rata bagi setiap butir beras.
Anggaran harga: RM119.00+

3. Faber Rice Cooker FRC-210
RM48.40
Walaupun ia mempunyai reka bentuk yang sama seperti rice cooker lain, namun dengan badan yang ‘stainless steel’, ia pasti boleh digunakan buat tempoh yang lama. Malah, ia juga mempunyai ciri ‘keep warm’ yang membolehkan anda memasak nasi dahulu sambil menyediakan hidangan lain dan lain-lain. Jadi, jika anda menginginkan sesuatu yang mudah dan tidak perlu menekan banyak butang yang berbeza, pilihlah produk ini.
Anggaran harga: RM60.00+

4. Milux Mini Rice Cooker MRC-703
RM49.95
Berdasarkan istilah ‘mini’ dalam namanya, pastinya ini adalah rice cooker bersaiz kecil dan sangatlah sesuai jika anda tinggal berseorangan seperti di asrama atau baru berkahwin dan hanya tinggal bersama pasangan. Malah, anda juga boleh menggunakannya untuk memasak bubur, mi, sup atau mengukus daging dan sayuran di dalamnya juga. Jadi, dengan satu harga dan saiz yang kecil, pelbagai hidangan lazat masih boleh disediakan!
Anggaran harga: RM49.00+

5. Electrolux Rice Cooker ERC1300
RM94.00
Jika anda mencari rice cooker dengan warna dan kelihatan lebih menawan, apa kata dapatkan produk ini daripada jenama Electrolux? Ia juga mempunyai ciri ‘non-stick’ bagi memudahkan pembersihan selepas digunakan serta mempunyai penutup yang ‘see-through’ jadi anda boleh melihat perkembangan proses memasak nasi anda dengan baik. Serta, dengan kapasiti besarnya, anda boleh memasak untuk kumpulan yang besar. Hanya dengan satu sentuhan butang, nasi anda dapat disiapkan dengan mudah dan cepat.
Anggaran harga: RM68.00+

6. Russell Taylors ERC-30
RM99.99
Ini adalah rice cooker yang tidak melekit, jadi ia senang dibasuh serta dengan kapasiti yang besar, ia boleh menyiapkan hidangan nasi bagi kumpulan individu yang besar. Di samping itu, ia juga mempunyai 6 program berbeza bagi membolehkan anda memasak sup, hidangan nasi berlainan dalam satu periuk sahaja. Ciri ‘pre-set timer’ dan paparan digitalnya membolehkan anda menetapkan masa bila anda mahu nasi anda untuk siap dimasak. Bukankah ini sangat memudahkan terutama bagi anda yang sibuk bekerja dan perlu menyediakan hidangan di rumah?
Anggaran harga: RM150.00+

7. Midea Rice Cooker MB-FSE10
RM139.00
Ini adalah antara periuk nasi biasa di pasaran tetapi masih menjadi pilihan ramai kerana saiznya yang besar dan boleh tahan lama. Di samping itu, penutupnya diperbuat daripada bahan ‘stainless steel’ jadi anda tidak perlu risau jika ia terjatuh atau pecah lagi. Harganya juga sangat berpatutan berbanding periuk nasi lain di pasaran. Jadi, ini sememangnya sesuai jika anda tidak mempunyai bajet begitu tinggi tapi perlu memberi makan pada keluarga yang besar.
Anggaran harga: RM57.00+

8. Panasonic Rice Cooker SR-HB184
RM1779.00
Ini adalah antara rice cooker premium terbaik di pasaran Malaysia di mana produk ini menggunakan kaedah ‘induction heating’ menggunakan kuasa elektromagnetik untuk memanaskan hidangan dengan rata. Malah, ia juga mempunyai ‘5-layer induction heating’ serta ‘7-layer inner pan’ dengan salutan ‘diamond ceramic’ iaitu kombinasi terbaik bagi menghasilkan masakan dengan kualiti bagus.
Anggaran harga: RM1,300.00+

9. Tefal Mini Fuzzy Logic Rice Cooker
RM199.00
Jika anda tinggal berseorangan, baru berkahwin atau tidak memerlukan periuk nasi yang besar, apa kata dapatkan produk ini kerana ia sememangnya ‘compact’ dan mudah untuk disimpan kerana saiz tidak begitu besar. Bukan itu sahaja, ia ternyata membolehkan anda masak pelbagai hidangan nasi serta mempunyai 11 program yang boleh ditentukan bagi membolehkan anda masak beras perang, bubur mahupun mi segera dengan mudah!
Anggaranharga: RM189.00+

10. MMX-Orito 1.8L Rice Cooker
RM70.00
Selain rekaan yang menarik, ini adalah rice cooker yang semakin dikenali ramai kerana memberikan kepuasan terhadap hidangan nasi yang disediakan. Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan anda menyiapkan makanan untuk sekitar 10 orang pada satu masa serta sangat mudah digunakan tanpa proses yang remeh. Ia juga dilengkapi dengan beberapa lapisan seramik serta terbukti memberi kepuasan kepada pelanggan dengan fungsinya yang efektif.
Anggaran harga: RM70.00+