Mempunyai kulit yang kering bukan sahaja menyusahkan, malah ia juga mungkin boleh menyebabkan luka terutama jika anda memakai produk yang kasar atau tidak sesuai dengan keadaan anda.
Justeru itu, keadaan kulit kering perlu diberi perhatian kerana tidak semua produk boleh dipakai serta kadangkala terdapat bahan di dalam produk yang boleh memburukkan lagi masalah kulit kering anda.
Jadi, dalam artikel ini, kami telah kumpulkan beberapa pilihan sabun badan bagi menangani masalah kulit kering anda itu!
1. Rosken Skin Repair Dry Skin Wash
RM28.40
Produk ini sememangnya berkesan dalam melembapkan kulit sambil membersihkan kulit anda pada masa yang sama. Ia mengandungi kandungan vitamin C serta bahan berasaskan tumbuhan yang disebut Glycerine bagi mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari. Jika anda mempunyai kulit badan yang sensitif serta kering pada masa yang sama, cubalah produk ini sekarang!
Anggaran harga: RM27.90+
2. Dove Derma Series Dry Skin Relief Gentle Cleansing Body Wash
RM59.80
Individu dengan masalah ekzema pasti susah mencari sabun badan yang baik bukan, justeru itu jenama Dove telah mengeluarkan produk sabun yang sesuai untuk kulit yang sensitif, gatal ataupun dengan keadaan ekzema. Kandungan yang berasaskan tumbuhan, glycerin dan bahan semula jadi yang lain membolehkan kulit anda kekal selasa dan tidak gatal.
Anggaran harga: RM59.90+
3. CeraVe Salicylic Acid Body Wash
RM119.00
Produk ini diformulasikan untuk membantu individu membersihkan badan dengan bersih walaupun dengan keadaan kulit badan yang kasar dan berjerawat. Ia juga bukan hanya berfungsi sebagai sabun badan, malah juga membantu ‘exfoliate’ bagi membuang sel kulit mati pada badan. Badan anda kekal lembap 24 jam, jadi anda tidak perlu risau memakai krim pelembap setiap masa lagi.
Anggaran harga: RM112.00+
4. St. Ives Oatmeal Shea Butter Body Wash
RM14.00
Apa-apa produk yang mengandungi oatmeal sememangnya membantu dengan masalah kulit kering. Justeru itu, produk St. Ives ini sememangnya sangat bagus bagi mereka dengan masalah kulit kering yang melampau atau kulit seperti berkerak kerana kandungan oatmeal serta ‘shea butter’ akan membantu melembutkan kulit di samping memulihkan kelembapan semula jadi kulit anda.
Anggaran harga: RM12.50+
5. Cetaphil Restoraderm Body Wash
RM58.50
Ini adalah salah satu lagi produk sabun badan terbaik bagi mereka dengan masalah ekzema. Ia dihasilkan dengan minyak yang melembapkan di samping membersihkan kulit anda dengan lembut. Jadi, kulit anda tidaklah merengsa atau menjadi lebih kering. Di samping itu, ia juga membantu mengembalikan kelembapan kulit secara semula jadi dan sesuai juga digunakan pada bayi.
Anggaran harga: RM65.60+
6. Sebamed Baby Liquid Cleanser
RM48.10
Jika anda mencari produk sabun badan bagi bayi anda, cuba produk daripada Sebamed ini. Memandangkan bayi mempunyai kulit yang lembut dan mudah meradang, pemilihan produk yang baik adalah sangat penting agar tidak merengsakan kulit mereka. Diperbuat daripada ‘Chamomile Recutita’, produk ini membantu untuk melembap serta melindungi kulit si bayi daripada menjadi kering. Ia juga telah diuji secara klinikal, jadi anda tidak perlulah risau jika ia selamat untuk si bayi atau tidak.
Anggaran harga: RM53.90+
7. Fresh Life Bath and Shower Gel
RM122.00
Dengan kandungan ‘cocoa butter’ dan minyak kastor di dalamnya, inilah yang menjadikannya antara sabun badan bagi kulit kering yang disukai ramai. Malah, ia juga membantu dalam mengatasi masalah tona kulit tidak sekata dengan kandungan vitamin C. Di samping itu, kulit badan anda juga akan terasa lebih segar dan sihat selepas menggunakan produk ini.
Anggaran harga: RM86.00+
8. The Soap Cellar – Organic Handcrafted Soap for Eczema Relief
RM25.00
Jika sebelum ini anda hanya melihat sabun jenis cecair, kali ini kami bawakan sabun buku yang sangat sesuai bagi mereka dengan masalah ekzema. Keadaan ekzema pastinya satu hal yang merimaskan kerana ia menyebabkan kulit anda kering, gatal serta seperti mengelupas. Justeru itu, gunakan sabun buku ini yang dibuat dengan bahan semula jadi untuk menangani masalah-masalah sebegitu.
Anggaran harga: RM25.00+
9. Cetaphil Gentle Cleasing Bar
RM29.40
Sabun badan Cetaphil juga akan didatangkan dalam bentuk sabun buku. Jadi, jika anda menyukai sabun sebegini berbanding sabun cecair, anda boleh dapatkan ini di kedai ‘drugstore’ berdekatan. Ia bagus untuk kulit kering serta sesuai bagi kegunaan individu daripada pelbagai umur atau jantina. Tidak menyebabkan keradangan, produk ini juga sesuai untuk membersihkan kulit dengan sebersihnya.
Anggaran harga: RM33.90+
10. Sebamed Liquid Face and Body Wash
RM70.50
Produk ini mempunyai kandungan pH pada tahap 5.5 bagi melindungi kulit daripada toksin di samping mencegah kehilangan air yang berlebihan. Ia juga sering disyorkan oleh doktor dan pakar dermatologi memandangkan ia boleh digunakan pada wajah dan badan anda. Jadi, satu produk dengan dua jenis penggunaan yang sangatlah efektif, bukankah itu sangat menakjubkan?
Anggaran harga: RM28.30+