Now Reading
8 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Telur Setiap Hari (#5 Memang Tidak Boleh Percaya)

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Makan Telur Setiap Hari (#5 Memang Tidak Boleh Percaya)

Manfaat telur

Jika anda selalu bimbang dengan kesan sampingan makan telur dalam diet anda setiap hari, kini anda sudah boleh bertenang. Sebenarnya, telur itu mempunyai banyak manfaat jadi tidak hairanlah sekiranya ia menjadi makanan kegemaran serta snek kegemaran ramai sewaktu sarapan pagi.

Teruskan membaca artikel ini sekiranya anda ingin mengetahui berapa biji telur yang diambil setiap hari beserta kelebihan yang ada pada telur yang tidak pernah anda ketahui selama ini.

 

1. Telur merupakan antara makanan semula jadi yang paling sempurna

Fakta ini memang sudah tidak dapat dinafikan lagi kerana telur merupakan salah satu makanan nutrisi yang ada di sekeliling kita. Secara purata, telur ayam mengandungi banyak vitamin dan mineral termasuk vitamin A, folat, fosforus, selenium, kalsium, zink dan juga pelbagai vitamin B termasuk vitamin B5, B12, B6 serta vitamin D, E dan K. Jadi, bayangkan betapa banyak vitamin dan mineral yang dapat anda peroleh semasa makan telur yang hanya mempunyai 77 kalori.

Selain itu, terdapat juga beberapa nutrisi yang terdapat dalam telur terutamanya jika anda makan telur yang kaya dengan Omega-3 kerana ia sangat baik buat anda! Biasanya, telur yang mempunyai kandungan Omega-3 ini diperoleh daripada pelbagai jenis ayam dan apa yang menariknya, asid lemak Omega-3 ini mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi daripada vitamin A dan E.

 

2. Telur adalah makanan yang bagus untuk otak

Kita sering mendengar tentang khasiat kalsium dan zat besi, namun tidak ramai yang pernah mendengar mengenai choline yang merupakan sejenis vitamin yang termasuk dalam kumpulan vitamin B yang penting untuk kesihatan. Kompaun ini kebanyakan digunakan oleh otak untuk membina molekul isyarat dalam otak serta membina sel-sel membran yang baharu.

Dengan kekurangan jumlah choline dalam badan inilah yang menjadikan pengambilan telur itu menjadi lebih penting! Ini terbukti kerana telur merupakan sumber choline terbaik kerana setiap satu biji telur yang dimakan mengandungi 100mg choline! Maka, sekiranya anda ingin mendapatkan perkembangan otak yang baik, telur adalah jawapannya!

 

3. Telur boleh mengurangkan risiko penyakit jantung

Umum mengetahui bahawa mempunyai kandungan kolesterol LDL ‘jahat’ yang tinggi dapat dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk menghidapi penyakit jantung. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu bahawa kolesterol ‘jahat’ ini mempunyai cabangnya yang boleh datang dalam saiz yang berbeza-beza.

Satu kajian yang dibuat mendapati bahawa mereka yang mempunyai kandungan kolesterol LDL dalam saiz kecil lebih berisiko untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang mempunyai kolesterol LDL dalam saiz yang lebih besar. Telur dikatakan dapat meningkatkan jumlah kolesterol LDL yang ada dalam badan sesetengah individu dan sekiranya ia berlaku, kandungan dalam telur mampu mengubah saiz kecil kolesterol LDL yang berbahaya menjadi saiz yang lebih besar dan kurang berbahaya. Isi mengenai kolesterol akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada bahagian lain selepas ini.

 

4. Telur baik untuk kesihatan mata

Apabila usia kita meningkat, mata juga menerima perubahan usia yang sama dan menjadi semakin kabur. Malah ada juga yang mendapat penyakit mata pada usia sebegitu. Terdapat beberapa nutrisi yang boleh bantu kita mendapatkan mata yang sihat dan ada juga yang boleh membantu mengatasi penyakit degenaratif yang menyerang mata. Antara dua nutrisi terpenting dan paling efektif adalah dua antioksidan yang dikenali sebagai ‘zeaxanthin’ dan ‘lutein’. Kedua-dua antioksidan tersebut boleh dijumpai pada retina mata dan mampu untuk melawan penyakit berkaitan kematangan usia seperti ‘macular degeneration’. Satu penyelidikan yang dibuat juga mendapati bahawa dengan memakan 1.3 telur setiap hari selama empat setengah minggu mampu meningkatkan paras kandungan kedua-dua antioksidan yang penting untuk kesihatan mata kita sebanyak 142 peratus!

 

5. Telur mengurangkan risiko strok dan penyakit jantung

Sejak berkurun lamanya, masyarakat sering percaya bahawa kandungan telur yang mempunyai kolesterol mampu menyebabkan arteri tersumbat yang seterusnya menyebabkan berlakunya penyakit janting dan strok. Ini adalah fakta yang tidak benar memandangkan banyak kajian yang dibuat telah membuktikan perkara sebaliknya.

Dalam satu pemantauan berdasarkan 17 kajian yang dibuat dan merangkumi lebih 263,000 subjek mendapati bahawa pengambilan telur tidak mempunyai kaitan langsung dengan penyakit jantung mahupun strok. Ia juga tidak membantu dalam meningkatkan risiko kepada individu untuk menghidap penyakit jantung dan strok.

 

6. Telur meningkatkan paras kolesterol HDL (baik)

Jika anda kurang pasti berkaitan istilab ini, HDL adalah kolesterol yang ‘baik’. Jadi, lebih tinggi kadar HDL dalam badan anda, maka lebih rendahlah risiko anda untuk menghidap penyakit strok, penyakit jantung dan bermacam-macam lagi.

Telur mampu membantu menaikkan paras kolesterol HDL ini secara semula jadi. Ada kajian yang dibuat mendapati bahawa mereka yang mengambil 2 biji setiap hari selama 6 minggu boleh meningkatkan paras kolesterol HDL mereka sebanyak 10 peratus!

Jadi, anda bolehlah buang maklumat yang mengatakan bahawa telur itu adalah makanan yang tidak elok untuk paras kolesterol anda. Malah, ia sebenarnya mampu membantu anda mendapatkan kolesterol baik buat badan. Jadi, sekarang anda boleh mengambil telur tanpa risau!

 

7. Telur mengandungi protein berkualiti tinggi

Protein merupakan antara bahan yang dapat membantu dalam tumbesaran badan manusia. Maka, adalah penting untuk anda mendapatkan protein yang secukupnya kerana kajian ada mengatakan bahawa paras protein yang disarankan untuk diambil buat masa kini adalah terlalu rendah sebenarnya.

Dengan mengambil kadar protein yang secukupnya dapat membantu meningkatkan jisim otot, mengurangkan tekanan darah, membantu mendapatkan berat yang seimbang, mengoptimumkan kekuatan tulang serta mampu memberikan banyak manfaat lain buat badan anda.

Satu biji telur sederhana besar sahaja sudah mengandungi 6gram protein! Memandangkan telur juga mengandungi kandungan asid amino yang secukupnya, jadi badan kita boleh menggunakan protein yang ada dalam telur itu dengan sebaiknya.

 

8. Telur membantu mengurangkan berat badan

Makan telur ayam memang mengenyangkan. Ia tinggi dalam protein menjadikannya antara makanan makronutrisi yang mengenyangkan. Berdasarkan indeks yang mengira keupayaan makanan untuk membuat kita berasa kenyang dan puas hati, telur dapat memberi skor yang tinggi. Apabila kita sudah merasa kenyang dan puas hati, kita lebih cenderung untuk makan dengan lebih sedikit selepas itu.

Dalam satu kajian yang dibuat bersama 30 wanita yang mengalami berat badan berlebihan, mereka diberikan sama ada telur atau roti gulung sewaktu sarapan pagi. Meskipun kedua-dua makanan ini mempunyai kalori yang sama, namun kajian mendapati bahawa mereka yang mengambil telur mampu menghilangkan berat badan dalam tempoh lapan minggu berbanding mereka yang mengambil roti gulung.

Dalam kajian lain pula, wanita yang makan telur berbanding roti gulung lebih mudah berasa kenyang menyebabkan mereka mengurangkan pemakanan mereka dalam tempoh 36 jam seterusnya.

Memandangkan banyak kajian telah berjaya membuktikan bahawa telur tidak memberi sebarang keburukan kepada kesihatan malah sebenarnya memberi lebih banyak nutrisi dan manfaat pada kesihatan kita, maka mengapa anda masih mahu mengelak daripada memakannya? Ada sebabnya mengapa ini dipanggil sebagai makanan yang berkhasiat dan kini anda sudah tahu mengapa ia dikatakan sedemikian!

 

Telur dan kadar kolesterol

Anda mungkin sudah terbiasa mendengar bahawa telur merupakan makanan yang mengandungi kadar kolesterol yang tinggi dan kenyataan itu memang benar. Kadar kolesterol yang perlu diambil bagi individu dalam sehari adalah sebanyak 300mg. Kandungan kolesterol yang ada pada telur pula hanyalah sebanyak 212mg. Jadi, tidak mengapa sekiranya anda mengambil dua biji semasa sarapan kerana kesihatan anda tidak terjejas.

Namun, anda juga perlu tahu bahawa walaupun anda mengambil makanan yang mengandungi kolesterol, ia tidak semestinya akan meningkatkan paras kolesterol dalam darah anda. Sebenarnya, hati andalah yang meningkatkan jumlah kolesterol dalam badan anda setiap hari. Bagaimana ini terjadi? Apabila kita makan makanan yang mengandungi kolesterol, hati kita akan berfungsi dengan lebih perlahan daripada yang sepatutnya dan ini menyebabkan kita mudah didedahkan dengan risiko yang berkaitan dengan kolesterol.

Hati setiap manusia berfungsi dengan cara yang berbeza-beza mengikut keperluan badan individu itu. Dalam 70 peratus populasi manusia tidak mengalami apa-apa masalah pada paras kolesterol mereka apabila mereka mengambil telur namun bagi 30 peratus yang selebihnya, mengambil telur boleh meningkatkan paras kolesterol LDL serta kolesterol. Namun, ia bukanlah suatu isu yang berbahaya kerana kandungan dalam makanan ini boleh mengubah saiz partikel LDL daripada kecil menjadi besar dan ini juga membantu dalam paras kolesterol anda.

 

Jadi, berapa banyak telur yang perlu diambil?

Inilah soalan yang selalu kita fikirkan bukan? Ramai di kalangan kita yang cuba mengelak daripada mengambil makanan ini dalam kuantiti yang banyak kerana ingin mengurangkan kolesterol yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit jantung. Namun begitu, kini kita sudah tahu bahawa ia mampu memberikan banyak manfaat pada kesihatan kita. Persoalannya sekarang, berapa banyak yang boleh diambil dalam masa sehari atau seminggu?

Para saintis percaya bahawa sekiranya anda mengamalkan pemakanan diet yang sihat berserta dengan gaya hidup yang sederhana, makan telur sebanyak 3 biji setiap hari dapat membantu anda untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

Dalam kajian lain pula, mereka mendapati bahawa memberi pesakit yang menghidap penyakit jantung koronari makan telur sebanyak 2 biji setiap hari selama lebih lapan minggu tidak memberi kesan sampingan mahupun peningkatan pada paras kolesterol dalam darah.

Fakta-fakta ini mungkin susah diterima sekiranya anda sering mengelak makan sebegini tetapi percayalah bahawa sekarang, anda boleh makan telur dalam kuantiti yang banyak! Jadi, mulalah mengambilnya sewaktu sarapan pagi dan makan yang telah direbus sebagai snek pada waktu malam tanpa ragu!

SUMBER

https://www.healthline.com/nutrition/10-proven-health-benefits-of-eggs

https://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/ingredient-focus-eggs

https://www.medicalnewstoday.com/articles/283659

https://www.webmd.com/diet/ss/slideshow-eggs-health-benefits

error: Content is protected !!