Jika anda melihat ke dalam cermin dan mula risau pada penampakan kedutan pada wajah anda, serum Anti Penuaan mampu menghilangkan kegusaran anda! Ia pastinya berita paling baik yang anda pernah dengari!
Tiada sihir magik yang boleh memutarkan masa jadi anda perlu memilih serum anti penuaan yang tepat di pasaran untuk membantu anda mengatasi penuaan pada kulit anda.
Clarins Double Serum
RM316.00
Clarins Double Serum mengandungi jenis cecair yang memberikan kelembapan mendalam pada kulit anda dan mencegah kesan penuaan daripada berlaku.
Apabila anda menekan keluar produk, kedua-dua serum akan dikeluarkan pada satu masa memberikan anda dua kebaikan iaitu melembapkan dan mengawal penuaan.
Anda akan dapat melihat perubahan baik pada kedutan dan garis halus menjadi tekstur kulit yang halus serta menjadi lebih baik.
Olay Regenerist Micro Sculpting Serum
RM109.90
Jika anda mencari sesuatu yang menjimatkan tetapi sangat berharga, ia adalah pilihan serum yang tepat. Olay Regenerist Micro Sculpting Serum diperbuat daripada kompleks amino-peptida unik yang telah dipertingkatkan.
Ia berfungsi dengan ekstrak buah karob untuk menyuburkan kulit dengan bahan-bahan anti penuaan. Formula ini menyerap pantas ke dalam lapisan kulit menjadi kulit lebih cerah, hidrat dan tidak menyumpatkan pori.
Bioaqua 24K Gold Anti Ageing Serum
RM20.00
Bioaqua 24K Gold Anti Ageing Serum mengandungi kepingan nano emas 24K dengan serum yang melembapkan, untuk meningkatkan penghasilan kolagen elastin.
Ia membantu mengembalikan keanjalan kulit dan menegangkan kulit menjadi awet muda dan anjal. Serum ini melembap dengan mendalam dan meningkatkan pertahanan kulit untuk membantu mengekalkan kelembapan pada kulit.
Jika kulit anda kering dan kusam, serum anti penuaan ini akan mempertingkatkan rupa kulit anda dan pastinya ia mengembalikan seri wajah anda supaya kelihatan muda.
First Aid Beauty – Skin Lab Retinol Serum
RM260.00
Kenyataannya, mereka pada usia 20-an juga mengalami masalah kedutan dan tanda penuaan kelihatan pada wajah. Sama ada anda ingin mengurangkan penampakan kulit matang atau mengekalkan kulit yang awet muda, anda boleh lakukannya dengan serum daripada First Aid Beauty ini.
Mengandungi pelbagai bahan melembapkan kompleks yang membantu menyelamatkan kulit anda. Serum ini menyuburkan dan melembapkan kulit meskipun kulit yang paling sensitif. Pada masa yang sama, ia menggunakan retinol untuk menghilangkan penampakan garis halus dan kedutan tanpa iritasikan kulit anda.
NUTOX Advanced Serum Concentrate
RM78.90
NUTOX Advanced Serum Concentrate mengandungi ekstrak sarang burung sebagai bahan utama dalam menentang penuaan kulit.
Serum ini mengalakkan pengeluaran elastin dan kolagen pada kulit anda, membantu mengekalkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.
Dengan penggunaan berterusan, anda akan dapati bahawa kulit kelihatan awet muda. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya 7 hari untuk menampakkan hasilnya pada tekstur dan rupa kulit anda.
NUTOX Advanced Serum Concentrate sangat berpatutan dan tidak akan menghabiskan duit anda dalam sekelip mata.
SKIN INC – Collagen Serum
RM185.00
Kolagen adalah komponen penting dalam pembentukan kulit wajah anda. Serum ini mempunyai kolagen dan elastin yang cukup untuk menganjalkan kulit anda.
Kemudian mengurangkan sebarang garis halus dan kedutan pada wajah serta mengekalkan penghidratan untuk rupa paras yang berseri, tegang dan anjal apabila disentuh.
Anda akan dapat lihat kulit yang awet muda serta liang pori mengecil dengan mengamalkan SKIN INC dalam rutin kecantikan anda.
BREYLEE Vitamin C Whitening Serum
RM26.70
BREYLEE Vitamin C Whitening Serum ia dipenuhi dengan vitamin C yang sangat aktif untuk menghalang kulit anda daripada menjadi tan.
Dengan menghalang pembentukan melanin, anda akan dapati kulit anda bertambah cerah. Serum ini juga berfungsi untuk mengurangkan penampakan kedut pada wajah anda.
Vitamin C juga merupakan bahan yang bukan sahaja menyuburkan kulit wajah anda menjadi lebih sihat tetapi juga menegangkannya.
Ia sangat sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan merupakan serum anti penuaan yang sangat bagus.
Mary Kay Timewise Replenishing Serum
RM264.00
Mary Kay Timewise Replenishing Serum dipenuhi dengan vitamin C yang menguatkan kulit dengan nutrien penting untuk mencegah kesan penuaan. Ia juga sangat melembapkan.
Dengan penghasilan kolagen dan elastin kulit yang meningkat, kulit anda lebih berseri dan anda akan dapati tiada lagi kedutan dan mula menghilang.
Pada masa yang sama kulit anda menjadi anjal dan berseri serta sihat. Lihatlah kulit anda berubah dan wajah anda menjadi awet muda dengan Mary Kay Timewise Replenishing Serum.
SK-II Facial Treatment Essence
RM539.00
Merupakan esen paling hebat di pasaran kecantikan, SK-II Facial Treatment Essence dengan nilai harga yang sangat tinggi. Tetapi harganya sangat berbaloi!
Pitera iaitu bahan utama memberikan banyak faedah terutama meningkatkan rupa kulit dan mengembalikan seri wajah anda. Ia mencegah kesan penuaan dan membuatkan kulit anda kekal tegang dan ajal.
Ia berbaloi untuk anda habiskan duit pada air ajaib ini yang diberi nama sebagai SK-II Facial Treatment Essence. Pastinya kulit anda akan berterima kasih kepada anada!
True Island Honey Bee Serum
RM55.90
True Island Honey Bee Serum mengandungi 5% racun lebah yang membantu menghidupkan semua kulit anda dan menggalakkan kulit yang diperbaharui.
Tambahan lagi, ia menyuburkan kulit agak kulit anda kekal lembap dengan menggunakannya. Terdapat juga royal jelly dan madu di dalam formula ini yang membantu mencegah kesan penuaan pada kulit anda.
Jika anda mempunyai kulit kusam dan tekstur kulit tidak sekata True Island Honey Bee Serum adalah sangat sesuai untuk anda kerana ia direka untuk mengembalikan kesihatan kulit anda.
SUMBER
https://productnation.co/my/beauty/25785/best-anti-aging-serum-malaysia