Now Reading
10 Serum Kulit Berminyak Yang Paling Dikehendaki

10 Serum Kulit Berminyak Yang Paling Dikehendaki

serum kulit berminyak

Siapa perlukan serum kulit berminyak ? Serum wajah adalah produk kecantikkan yang melembabkan, menyuburkan dan menghidratkan kulit anda agar kelihatan lebih sihat.

Beberapa titisan serum sebelum membantu menjadi kulit anda lebih baik. Pilih serum yang betul, terutama bagi anda yang mempunya kulit berminyak agar ia tidak membuatkan kulit anda bertambah berminyak.

Garden of Eden Rosa Serum

RM41.50

Garden of Eden Rosa Serum merupakan serum antiseptik yang membantu menyingkirkan jerawat dan mengurangkan parut jerawat. Ia kaya dengan Vitamin E yang membantu memudarkan parut jerawat untuk penampakan kulit yang lebih lembut.

Meskipun ia dengan 3 kali tindakan seperti melawan bakteria jerawat, penghalang penghasilan sebum pada wajah dan merawat kulit anda, ia kekal lembut dan tidak melembapkan kulit anda tanpa keperluan.

Malah anda tidak perlu menggunakan gel jerawat apabila anda mempunyai  Garden of Eden Rosa Serum. Ia sangat efektif dan boleh memberikan anda kulit yang jernih.

The Some By Mi Miracle Serum

RM79.00

Jika anda mempunyai kulit kombinasi dengan jerawat, ini merupakan serum yang anda perlukan. The Some By Mi Miracle serum membantu menyempitkan pori dan mengawal jerawat.

Ia juga mencerahkan wajah anda dan mengurangkan parut jerawat. Diperbuat daripada ekstrak centella asiatica, bahan yang menenangkan kulit manakala AHA, BHA dan PHA menyingkirkan sel mati pada kulit.

Bougas Beauty Advanced Serum

RM75.00

Jika mengalami masalah kulit yang teruk, mempunyai parut jerawat, Bougas Beauty Advanced Serum bukan boleh membantu anda memperbaiki masalah jerawat anda.

Ia diformulasi secara botani dengan 4 ekstrak tumbuhan termasuklah aloe vera yang berfungsi menenangkan kulit anda dan menghalang pertumbuhan bakteria jerawat.

Terdapat juga bahan yang mesra kulit seperti asid hialuronik dan ekstrak daun zaitun yang membekalkan nutrien pada kulit agar montok dan tegang.

Pengambilan sedikit serum daripada Bougas Beauty Advanced Serum boleh menjauhkan anda daripada masalah jerawat.

Dr Wu Intensive Renewal Serum

RM149.00

Kadang-kadang lelaki tidak mahu memberikan perhatian pada kulit mereka, kerana sukar untuk mencari yang mana paling sesuai untuk mereka.

Diformulasikan dengan asid mandelik dan bahan yang mengunci kelembapan, serum ini membersihkan pori, membuang bintik hitam, memutihkan dan menegangkan kulit anda.

Anda hanya perlu menggunakannya 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya yang luar biasa.

Ordinary Niacinamide Face Serum

RM95.00

Ordinary Niacinamide Face Serum yang kaya dengan 2 bahan hebat iaitu niacinamide dan zat besi membantu anda membersihkan kulit dan memutihkan kulit wajah anda.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, kulit anda akan bersinar pada tengah hari dan menampakkan kulit yang berminyak.

Namun begitu dengan adanya serum ini membantu anda mengawal sebum, menjadikan kulit anda kurang berminyak. Ia membantu menyasarkan pigmentasi dan mencerahkan tona kulit anda.

SKINMISO Pore Cors

RM78.00

SKINMISO Pore Corset Serum bertindak untuk mencapai keseimbangan kelembapan dan minyak pada kulit anda. Pada masa yang sama ia membersihkan pori tersumbat anda mengurangkan bengkak pada wajah anda.

Ia juga membantu mengurangkan penampakan pori dan melembutkan kulit anda. Dengan daun hazel, teh hijau dan ekstrak portulaca Oleracea di dalam formula ini sangat sesuai untuk mengawal penghasilan sebum dan membantu mengurangkan pori tersumbat.

Jika anda mempunyai kulit berminyak dan pori tersumbat, dengan adanya SKINMISO Pore Corset Serum, ia dapat memantu anda mengatasi masalah kulit yang anda hadapi.

AMAXMALL Remedy Radiance Skin Cell Repair Serum

RM79.00

Diformulasikan dengan ekstrak sel stem epal swiss, dengan campuran asid amino dan 2 peptida berbeza meningkatkan hasil yang baik.

Bahan-bahan ini mencegah penuaan dengan merawat sel kulit, mengurangkan penampakan garis halus pada wajah agar kekal awet muda. Malah, ia membantu mengurangkan parut dan mengecilkan pori wajah.

Cosmoderm Tea Tree Oil Control

RM19.90

Jika anda mempunyai kulit berminyak, tiada salahnya untuk memilih produk ini kerana ia mengandungi minyak tea tree. Memandangkan kulit berminyak menyebabkan jerawat, masalah itu tiada lagi dengan serum ini.

Ia membantu anda mengawal minyak dan boleh mengurangkan jerawat serta membersihkan pori untuk membuang bintik hitam dan bintik putih.

Selain itu, ia juga mengawal pengeluaran minyak muka agak tidak kelihatan berminyak dan bersinar.

Olay Regenerist Revitalising Serum

RM110.00

Olay terkenal dengan keunikkan biosains teknologi melibatkan penjagaan kulit. Produk terkenal ini mampu menembusi dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit.

Malah dengan bahan didalamnya, ia membantu menegangkan dan mengangkat kulit anda serta mengekalkan kelembutan dan kelembapannya.

Skin1004’s Madagascar Centella-Asiatica 100 Ampoule

RM79.00

Skin1004’s Madagascar Centella-Asiatica 100 Ampoule mempunyai formula yang ringan dan lembut. Asiaticoside memastikan kelembapan dan tahap minyak pada wajah tidak menyebabkan kulit anda berminyak.

Manakala asiatic dan asid madecassic merawat kulit yang rosak. 2 bahan ini berfungsi untuk menguatkan kulit menentang penceroboh luar yang menyebabkan penuaan tak matang.

Selain itu, ia membantu mengurangkan penampakan parut jerawat serta kemerahan pada wajah anda. Hasilnya pasti membuatkan anda gembira.

SUMBER

https://productnation.co/my/beauty/27452/best-serum-oily-skin-malaysia

https://findgoodbuy.com/best-serum-malaysia/

error: Content is protected !!