Now Reading
10 Sleeping Mask Terbaik Untuk Kulit Yang Segar Di Pagi Hari!

10 Sleeping Mask Terbaik Untuk Kulit Yang Segar Di Pagi Hari!

10 Sleeping Mask Terbaik Untuk Kulit Yang Segar Di Pagi Hari!

Penjagaan kulit wajah adalah sangat penting dan perlu dilakukan dengan tetap. Kulit kita memerlukan kelembapan agar ia tidak kering atau bermasalah di kemudian hari. Jadi, apa kata anda tambahkan penggunaan sleeping mask pula dalam rutin penjagaan kulit anda selepas ini?

Dengan tujuan yang sama seperti krim pelembap kulit, ia sememangnya berfungsi untuk melembapkan kulit wajah dengan efektif. Tapi, ia adalah lebih daripada itu kerana sleeping mask membantu menembusi kulit anda dengan lebih mendalam dan cekap agar kelembapan kulit dapat dikekalkan dengan baik.

Sekarang, jom lihat 10 sleeping mask yang anda boleh dapatkan!

1. Innisfree Green Tea Sleeping Mask

RM57.90

Dengan kandungan ekstrak teh hijau, produk ini membantu dalam menjaga keseimbangan pH pada kulit. Jadi, anda bolehlah mendapatkan kulit yang lebih sihat, lembap dan bersinar. Di samping itu, kandungan teh hijau juga sangat efektif dalam melawan masalah kulit seperti jerawat selain membantu memudarkan parut jerawat.

2. Dior Hydra Life Jelly Sleeping Mask

RM270.00

Ini adalah sleeping mask termahal dalam senarai, tapi adakah ia berbaloi untuk dicuba? Sebenarnya, produk ini adalah antara produk terbaik bagi mereka dengan masalah kulit kering dan kulit kombinasi kerana ia berfungsi seperti krim pelembap wajah. Tapi, apa yang istimewanya adalah anda boleh merasai perbezaanya dalam semalaman sahaja! Ia tidak meninggalkan kesan melekit pada wajah serta memberikan segala kelembapan yang diperlukan oleh kulit dengan serta merta.

3. Garnier Yoghurt Sleeping Mask

RM43.90

Jenama Garnier juga telah mengeluarkan produk sleeping mask yang efektif dan mudah didapati di ‘drugstore’ berdekatan anda. Ia membantu mencerahkan kulit di samping membersihkan segala sel kulit mati pada wajah. Dengan kandungan semula jadi yang banyak seperti probiotik, vitamin C dan intipati lemon, produk ini sememangnya efektif dalam melembapkan kulit dan memperbaiki sel kulit yang rosak.

4. Freeman Feeling Beautiful Honeydew & Chamomile Sleeping Mask

RM32.90

Jika anda mempunyai kulit wajah yang kering, cubalah sleeping mask daripada Freeman ini. Formulasinya berkesan dalam melembapkan kulit yang kering serta mengelupas. Ia juga kaya dengan antioksida dan chamomile yang mempunyai kesan melembutkan serta boleh mengembalikan kelembapan semulajadi kulit anda.

5. Wardah White Secret HydraGlow Sleeping Mask

RM55.90

Didatangkan dalam bentuk bekas kecil, anda hanya perlu memakainya seperti krim muka biasa buat seketika. Ia dikatakan berkesan dalam mencerahkan kulit di samping memberi kesan yang bersinar pada kulit anda anda. Di samping itu, jika kulit anda menjadi merah akibat sinaran UV, cubalah produk bagi mengurangkan kerengsaan tersebut yang boleh menyebabkan masalah kulit jika tidak dirawat.

6. Cosrx Ultimate Moisturizing Honey Overnight Mask

RM49.00

Penggunaan madu dalam kandungannya mempunyai kesan yang menenangkan dan sangatlah sesuai bagi mereka dengan kulit wajah yang merengsa. Konsistensinya adalah lebih kurang seperti madu dan pemakaiannya pada malam hari boleh mengurangkan bengkak pada wajah agar wajah anda kelihatan segar apabila bangun pagi keesokan harinya!

7. L’oreal Paris White Perfect Total Recover Sleeping Mask

RM22.90

Diformulasikan dengan vitamin B3+CG bersama antioksida ‘encapsulated’ atau vitamin E, produk ini sememangnya menjanjikan kesan yang efektif dalam beberapa minggu sahaja. Ia bagus untuk mengurangkan kesan parut, memudarkan tompokan hitam serta membantu mengembalikan tona wajah yang sekata. Jadi, jika kulit anda mempunyai parut jerawat yang mengganggu penampilan anda, cubalah produk ini sekarang!

8. Etude House Moistfull Collagen Sleeping Pack

RM58.90

Untuk individu dengan kulit sensitif, produk ini mungkin berfungsi bagi anda kerana ia mengandungi kandungan ‘super collagen water’ dan ‘Baobab water’ yang mana kedua-duanya sangatlah efektif dalam melembapkan kulit. Bukan itu sahaja, ia juga boleh merawat tekstur kulit yang kering agar kulit anda terlihat lebih sihat dan lembap. Salah satu kebaikan produk ini juga adalah ia tidak terasa berat atau melekit pada wajah apabila digunakan.

9. DR. JART+Vital Hydra Sleeping Mask

RM111.00

Dengan kandungan ‘hyaluronic acid’, ‘soothing phytoncide’ dan ‘Aqua soothing complex’, produk ini boleh memberikan perlindungan dan kelembapan tambahan pada wajah anda. malah, ia juga mengelakkan kekeringan apabila anda tidur di malam hari. Walaupun harganya agak mahal, namun ia sememangnya terbukti menjadi antara produk sleeping mask terbaik di pasaran!

10. Banila Co. Dear Hydration Sleeping Mask

RM85.00

Produk sleeping mask ini adalah sangat sesuai bagi mereka dengan kulit yang kering atau mudah merengsa. Kandungan ekstrak lotusnya membantu menenangkan kulit yang sensitif sementara ekstrak buluh pula menawarkan kelembapan tahap tinggi pada wajah. Di samping itu, ia juga dilengkapi sistem ‘Urban Water Guard’ bagi melindungi kulit daripada kehilangan kelembapan gara-gara sinar UV yang berbahaya.

error: Content is protected !!