Now Reading
10 Sunscreen Kulit Berminyak Di Pasaran

10 Sunscreen Kulit Berminyak Di Pasaran

sunscreen kulit berminyak

Anda yang mempunyai sebum berlebihan di wajah pun wajib pakai sunscreen tahu. Sekarang ada banyak sunscreen kulit berminyak di pasaran.

Penggunaan sunscreen sememangnya penting walaupun ia mungkin membuatkan kulit anda kelihatan lebih berminyak. Disebabkan itulah, ianya penting untuk memilih produk yang bersesuaian dengan kulit agar kulit anda masih dilindungi dan kekal lembap.

Jom kita lihat 10 suncreen yang sesuai bagi anda yang mempunyai kulit berminyak.

1. Neutrogena Ultra Sheer Dry-Touch Sunscreen SPF50+

RM45.50

Produk Neutrogena sememangnya terkenal dan mudah didapati di ‘drugstore’ berdekatan anda. Selain mempunyai perlindungan SPF50+, ia juga mudah diserap kulit untuk mendapatkan hasil yang ringan dan segar. Mereka dengan masalah kulit berminyak pasti merasakan hasil yang baik dengan suncreen ini terutama bagi melindungi dan melembapkan kulit setiap hari.

2. Innisfree Perfect UV Protection Cream

RM52.00

Bagi mereka yang senang berpeluh, wajah anda pasti kelihatan seperti bersinar disebabkannya, jadi gunakan produk sunscreen ini untuk mengurangkan masalah itu. Selain menghalang sinaran matahari berbahaya, ia juga boleh mengurangkan reaksi alergi kerana perlindungan kulit yang terhasil daripadanya. Malah, ia juga kalih air dan peluh dan boleh bertahan pada kulit pada waktu siang untuk memberikan kesan perlindungan mataharinya dengan baik.

.

3. Eucerin Sun Gel-Cream Oil Control

RM88.00

Produk sunscreen kulit berminyak daripada Eucerin ini membantu menghalang kulit anda daripada kelihatan bersinar dengan mengawal pengeluaran sebum di samping mengekalkan kelembapan wajah. Ia juga berkesan dalam jangka masa panjang jadi anda tidak perlu memakainya dengan kerap. Malah, ia juga tidak meninggalkan kesan putih yang biasanya menjadi kebimbangan apabila menggunakan sunscreen. Cubalah produk ini dan lihat perbezaannya nanti.

4.  Laneige Watery Sun Cream

RM75.30

Selain menghalang sinaran matahari yang berbahaya, ia juga boleh melembapkan dan mengekalkan kelembapan kulit anda. Sunscreen ini juga masih terasa ringan pada wajah disebabkan formula yang hebat dan sangatlah sesuai digunakan bagi mereka dengna masalah kulit berminyak atau kulit kombinasi. Jadi, selepas ini kulit anda pasti terlihat sihat tanpa rasa begitu berminyak atau bersinar.

sunscreen kulit berminyak

5. Biore UV Perfect Milk Non-(Sunscreen Kulit Berminyak)

RM15.30

Dengan harga yang berpatutan, ini adalah antara suncreen kulit berminyak terlaris di pasaran. Selain melembapkan kulit, ia juga tidak meninggalkan kesan putih pada wajah. Walaupun ada yang mengatakan bahawa produk ini boleh menyebabkan pori yang tersumbat, namun lebih ramai yang memberi pandangan positif mengenainya. Setiap kulit adalah berbeza jadi apa yang tidak berkesan pada orang lain mungkin berkesan pada anda. Justeru itu, cuba dahulu produk ini dan lihat keberkesannya sebelum anda membuat keputusan.

6. Yadah Oh My Sun Protection Milk SPF50+ PA++++

RM57.80

Jika anda mempunyai kulit sedikit gelap, apa kata anda cuba produk ini, kerana ia tidak meninggalkan kesan putih jadi kulit anda akan kelihatan sekata. Selain itu, ia diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan dan sangatlah sesuai untuk menghalang sinaran UV yang buruk pada kulit. Malah, tahukah anda bahawa produk ini juga diiktiraf selamat digunakan bagi seluruh keluarga, termasuklah kanak-kanak.

7. Naruko Tea Tree Anti-Acne Sunscreen SPF 50

RM40.50

Produk ini sememangnya disukai ramai kerana formulanya yang sangat ringan. Ia adalah pilihan terbaik jika anda menginginkan kulit yang sihat tanpa masalah pori tersumbat. Selain itu, dengan kandungan asid salisilik, minyak tea tree, sunscreen ini boleh melindungi kulit anda dengan efektif daripada sinaran matahari yang berbahaya. Tapi, ketahui juga bahawa ia mungkin meninggalkan kesan putih jika digunakan secara berlebihan, jadi gunakannya dengan jumlah yang mencukupi sahaja.

8. L’Oreal Paris UV Perfect Matte & Fresh

RM26.00

Produk ini menghasilkan kesan ‘matte’ walaupun dalam persekitaran yang lembap seperti di negara kita. Malah, ia juga mengawal pengeluaran minyak agar kulit anda tidaklah kelihatan begitu bersinar terutama jika disinari dengan cahaya matahari. Ini adalah produk dengan formula bukan ‘comodogenic’ jadi ia tidak mengandungi sebarang minyak dan menghalangnya daripada menyebabkan pori anda tersumbat.

9. Heliocare 360 Gel Oil Free

RM119.00

Ini sememangnya boleh dianggap antara sunscreen termahal dengan saiz yang kecil, namun ia merupakan produk terbaik tanpa kandungan alkohol dan parabens. Selain itu, walaupun ia mungkin menyebabkan keradangan jika anda mengalami kulit berminyak dan sensitif, pastikan anda menggunakannya sedikit demi sedikit dahulu dan lihat kesannya selepas itu. Ia dikatakan bagus kerana mempunyai kesan pengeringan yang cepat jadi kulit wajah anda tidak terlihat lembap disebabkan minyak.

10. Supergoop! Unseen Sunscreen SPF 40

RM77.00

Jika anda suka ke Sephora, cuba cari produk ini yang dikatakan merupakan antara produk sunscreen terbaik untuk menghalang peluh atau air pada wajah terutama dalam suhu yang lembap dan panas di Malaysia. Ia juga sangat ringan dan sesuai digunakan untuk aktiviti luar. Tapi, apa yang penting, ia tidak meninggalkan kesan putih pada wajah anda jadi anda tidak perlu bimbang jika warna kulit anda kelihatan lebih putih daripada sepatutnya.

error: Content is protected !!