Sekali sekala singgah di Cyberjaya tapi anda tak tahu tempat makanan hipster untuk makan? Singgah sahaja di Glaze Eatery, Cyberjaya.
Terletak di Tamarind Square, Glaze Eatery sudah tidak asing lagi dalam kalangan golongan hipster Cyberjaya. Rekaan dalaman yang santai dan moden membuatkan ianya sangat Insta-Worthy! Kalau anda orang Selangor tapi tak pernah makan disini, sangat merugikan.
Info Tentang Glaze Eatery
- Glaze Eatery adalah sebuah restoran yang dimiliki secara persendirian.
- Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2018.
- Objektif penubuhan adalah untuk pelanggan menikmati ketenangan dan mengingatkan anda tentang suasana di rumah.
- Sejak awal pembukaan, restoran menyajikan sarapan, makan siang dan makan malam.
- Terdapat juga hidangan pilihan seperti kek dan pastri, kopi dan minuman hipster yang lain.
- Semua menu yang terdapat disini adalah inspirasi daripada kepelbagaian makanan yang terdapat di Malaysia.
- Lokasinya terletak di A-03-03A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, Cyber 11, 63000 Cyberjaya, Selangor. Restoran ini dibuka pada setiap hari bermula dari 11 pagi hingga 11 malam.
- Anda boleh mengikuti perkembangan mereka di Facebook: Glaze Eatery dan Instagram: @glazeeatery.
Menu di Restoran Glaze Eatery
Saat anda pertama kali melangkah masuk ke restoran ini, anda akan curi-curi pandang pada pelbagai jenis kek yang dipamerkan di hadapan kaunter.
Sebelum itu, pastikan anda membuat pesanan menu yang paling ramai gemari di Glaze Eatery berdasarkan permintaan di atas talian (sepanjang PKP/PKPD).
1. Buttermilk Chicken Rice Set
Hidangan ini adalah hidangan utama dan paling digemari oleh pelanggan disini sebagai hidangan tengah hari. Apa yang paling menarik di Glaze Eatery ini ialah hidangan utamanya ini serendah RM10 set iaitu terdapat main course dan segelas air teh ais. Hidangan ini juga bertukar-tukar setiap minggu.
Jangan pandang rendah dengan harganya yang murah kerana anda pasti berpuas hati dengan rasa dan kualiti hidangan ini yang sempurna. Dihidangkan dengan ayam goreng yang disalut tepung, rangup di luar dan lembut di dalam beserta rempahnya yang sebati.
Bukan itu sahaja, kuah buttermilik yang memenuhi segenap pinggan dengan kepekatan dan rasanya yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu berlemak membuatkan ianya sesuai untuk dimakan oleh golongan. Tidak kira muda atau tua.
Hidangan ini juga dipadankan dengan nasi putih, keropok dan salad segar. Ramai yang datang kesini pasti tidak akan terlepas mencuba hidangan yang enak dan lazat ini!
2. Soy Glazed Chicken Rice Set
Adakah anda peminat ayam goreng kicap? Jika ya, anda wajib mencuba menu ini di Glaze Eatery. Apa yang membezakan hidangan ini dengan hidangan ayam kicap biasa adalah dari segi kepekatan kuah kicapnya yang tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair adalah rasanya juga sedikit berempah.
Dan, tidak sempurna hidangan tengah hari anda jika tiada rasa padu dari sambal balado yang menyengat seakan-akan sambal penyet. Jika anda penggemar makanan pedas, anda boleh cuba set ini. Hidangan ini juga didatangkan dengan set nasi putih, keropok dan salad segar dengan harga yang sama seperti Buttermilk Chicken Rice Set. Boleh juga ditambah dengan telur mata dan extra sambal.
3. Salted Egg Chicken Rice Set
Hidangan Salted Egg Chicken ini juga turut popular di Glaze Eatery. Jika anda ingin merasakan kelainan dalam hidangan tengah hari, anda boleh cuba ini. Sama seperti Buttermilk Chicken Rice Set cuma kali ini rasanya lebih umphh dengan ayam goreng yang disaluti dengan limpahan kuah telur masin yang benar-benar menggiurkan.
Harga asal RM13, jika promosi harganya juga RM10. Set ini didatangkan dengan nasi putih, keropok dan salad segar. Makan seorang mesti terduduk kekenyangan sambil menikmati pemandangan yang estetik disekeliling.
4. Honey Chicken Chilli Rice Set
Kedengaran agak unik, namun jika sekali anda menikmati hidangan ini anda pasti jatuh cinta dengan rasa manis sos cilinya dan dimakan bersama dengan ayam goreng yang siap dipotong kecil-kecil. Juga dipadankan dengan kombinasi nasi putih, keropok dan salad segar bersesuaian dengan saiz hidangan dan harganya yang tak masuk akal.
Jika anda datang bersama dengan anak-anak kecil, anda boleh mengambil hidangan ini kerana rasanya tidak terlalu pedas dan boleh asingkan sos cili jika tidak menggemarinya. Glaze Eatery juga mesra kanak-kanak kerana menyediakan sudut permainan kecil yang comel untuk kanak-kanak.
Kini, anda boleh menikmati hidangan dengan anak-anak anda seronok bermain di tempat permainan tanpa risau.
5. Set Masak Lemak Cili Api
Masak lemak cili api merupakan antara menu terbaharu yang boleh di dapati di Glaze Eatery. Sekiranya anda merindukan masakan kampung, anda boleh mencuba hidangan bersantan itu disini.
Pasti menggamit memori zaman kanak-kanak. Nikmatinya panas-panas denga nasi putih, keropok dan salad segar yang pasti menyelerakan anda. Bagi anda yang tidak berapa sukakan hidangan nasi, anda boleh memilih pasta di Glaze Eatery.
6. Mac & Cheese
Kalau anda dah jemu makan nasi, boleh cuba Mac & Cheese. Hidangan pasta ini sesuai untuk anak-anak yang sukakan hidangan berkeju. Sedap jika dimakan panas-panas dengan rasa berlemak susu segar dan lelehan keju.
Harganya mengikut kepada jenis lauk Mac & Cheese yang berbeza seperti ayam, daging dan makanan laut. Bermula dari harga RM14 hingga RM17.
7. Spaghetti Carbonara
Siapa je yang tak suka spaghetti carbonara, betul tak?
Dengan limpahan kuah carbonara dipadankan pula dengan lauk sampingan seperti ayam membuatkan seluruh rongga mulut anda tidak berhenti mengunyah. Jika anda menginginkan rasa spaghetti carbonara yang berlemak dan cukup rasa, boleh datang ke Glaze Eatery. Pasti puas hati!
8. Kinder Bueno Affle
Pernahkah anda mencuba pencuci mulut yang istimewa seperti Kinder Bueno Affle tanpa ‘W’ ini? Jika belum, pesanan pertama yang anda perlu pesan adalah pencuci mulut ini.
Dengan ketulan aiskrim Vanila, salutan coklat Nutella Ganache dan 2 keping bar Kinder Bueno diletakkan di atas sebagai topping, anda pasti menikmatinya kemanisannya hingga ke titisan yang terakhir. Hanya terdapat di Glaze Eatery!
9. S’mores Toast
Tidak lengkap persinggahan anda di Glaze Eatery sekiranya tidak mencuba roti bakar ini. Dipadankan dengan Nutella yang dicalit, marshmallow yang dipanggang dihiasi dengan Nutella ganache dan serbuk krim dan seketul ais krim membuatkan hidangan ini cukup sempurna untuk ditayangkan di media sosial.
10. Burnt Cheese Cake
Ada pelbagai jenis kek untuk anda pilih ketika berada di Glaze Eatery, tetapi burnt cheese cake disini adalah yang terbaik. Rasanya yang tidak tidak terlalu manis and tidak muak membuatkan anda tidak sedar menjamahnya hingga ke suapan yang terakhir.
Anda boleh menikmati hidangan kek sambil menikmati pemandangan indah dan suasana yang nyaman ketika berada di Glaze Eatery.
Bagaimana dengan 10 menu terbaik di Glaze Eatery? Yang mana satu anda berkenan untuk mencubanya? Kami pasti anda tidak akan menyesal mengajak kawan atau mengadakan parti di sini kerana tempatnya luas dan sangat sesuai bagi anda yang sukakan suasana estetik dan romantik!
Sumber:
https://eatdrinkkl.blogspot.com/2020/05/glaze-eatery-cyberjaya.html?m=1
https://www.instagram.com/glazeeatery/?hl=en
http://fifa3290.blogspot.com/2019/08/glaze-eatery-tamarind-square-cyberjaya.html