Now Reading
10 Vitamin B Complex Yang Popular Di Malaysia

10 Vitamin B Complex Yang Popular Di Malaysia

B Complex

Vitamin B Complex adalah kumpulan nutrien yang memainkan banyak peranan penting dalam tubuh anda. Sebilangan besar orang mendapat jumlah vitamin yang disyorkan melalui diet sahaja namun, faktor seperti usia, kehamilan, pilihan makanan, penyakit, genetik, ubat-ubatan dan penggunaan alkohol meningkatkan permintaan tubuh untuk vitamin tersebut.

Suplemen B complex biasanya mengandungi kesemua lapan vitamin B yang dibungkus ke dalam satu pil. Suplemen ini mempunyai banyak fungsi penting dalam penjagaan kesihatan. Ia dapat menghilangkan tekanan, meningkatkan prestasi kognitif dan mengurangkan gejala kemurungan dan kegelisahan.

B Complex ini merupakan makanan tambahan yang mempunyai beberapa jenis vitamin B yang diperlukan. Antaranya ialah B1(thiamine), B2(riboflavin), B3(niasin), B5(pantothenic acid), B6, B7(biotin), B9(folat), dan B12. Vitamin B complex ini memainkan peranan penting dalam fungsi tubuh badan kerana banyak membantu menukarkan makanan kepada tenaga untuk badan seseorang. Vitamin B Compleks ini mempunyai banyak kelebihan untuk semua golongan.

B Complex

B Complex 21st Century

RM23.90

30 kapsul

Formula B-Complex 21ST Century sangat istimewa kerana selain daripada vitamin B1, B2, Niacin (B3), Pantothenic acid (B5), Pyridoxine (B6), PABA, Folic acid dan B12, ia mengandungi tiga nutrien penting untuk kesihatan hati lipotropik  – Methionine, Choline & Inositol.

B Complex

Bio-Life Executive B Complex

RM50.00

100 tablets

Supplemen ini bertindak sebagai anti-stress, mengurangkan keletihan, meingkatkan kepekaan. Menyediakan gabungan vitamin kumpulan B yang diperkaya dengan vitamin C & mineral terpilih. Formula ini adalah gabungan kaya dengan  B complex dan mineral.

Blackmores Executive B

RM50.00

30 tablets

Blackmores Executive B adalah gabungan vitamin kumpulan B dan mineral magnesium dan zink yang dirumus khas  nutrien penting untuk membantu memenuhi keperluan harian. Formula ini sesuai untuk orang yang menjalani gaya hidup yang sibuk. Tubuh manusia mempunyai keperluan yang tinggi untuk vitamin, dan mineral semasa tekanan meningkat. Semasa tekanan (stress), nutrien seperti vitamin C, vitamin B6, vitamin B5, zink dan magnesium penting untuk menyokong fungsi adrenal.

NUTRILITE Natural B Complex

RM85.00

250 tablets

Gaya hidup tertekan, penuaan dan diet yang tidak betul memberi kesan kepada keihatan anda. Oleh yang demikian, anda memerlukan vitamin B untuk fungsi tubuh yang optimum. NUTRILITE Natural B Complex mengandungi tujuh jenis vitamin B yang berbeza untuk memberi keseimbangan dan tenaga dalam hidup anda.

Life Extension, BioActive Complete B-Complex

RM54.90

60 kapsul

BioActive Complete B-Complex kami menawarkan spektrum penuh manfaat dalam formula yang sangat mudah diserap. Faedah suplemen ini adalah dapat meningkatkan pengeluaran tenaga dan metabolisme yang sihat, menggalakkan kesihatan otak, sel dan organ. Selain itu, secara biologinya, vitamin tersebut lebih aktif jadi badan anda dapat menggunakan setiap nutrien dengan lebih berkesan.

Shaklee B Complex with Folic Acid

RM55.00

120 tablets

Suplemen dari shaklee ini pula dapat menghasilkan tenaga, mencegah stress, dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir. Selain itu, dapat mengelakkan penyakit beri-beri, merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak. Vitamin B juga diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut dan penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf. Amat penting untuk aktiviti sel genetik dan diperlukan dalam pembentukan protein asid amino,  memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

VitaHealth TRN Mega B+C Complex

RM110.00

130 tablets

VitaHealth Mega B + C Complex menggabungkan kebaikan kedua-dua vitamin B dan C untuk kesejahteraan tubuh badan. Mempunyai 11 nutrient utama dan dapat meningkatkan tenaga. Disarankan untuk individu yang menjalani gaya hidup yang sibuk atau tidak sihat, atau selalu merasa letih dan lelah.

B Complex

Nature’s Bounty B-complex plus Vitamin C

RM39.90

45 tablets

BAGAIMANA IA BERFUNGSI – Vitamin B berfungsi bersama untuk menyokong kesihatan jantung dan sistem saraf, sekaligus memberi khasiat untuk tekanan dalam kehidupan seharian. Tablet ini merangkumi pelbagai Vitamin B. Fungsi vitamin C adalah untuk sokongan jantung, imun dan antioksidan, dan diformulasikan khas untuk memberikan pelepasan nutrien secara beransur-ansur sepanjang hari. Justeru ada akan kekal bertenaga sepanjang hari!

DUOBION (100 Tablets)

RM6.60

Duobion vitamin B Compleks banyak meningkatkan tenaga dan daya tumpuan. Ia juga dapat meningkatkan fungsi saraf di otak dan seluruh badan dan akhir sekali dapat menstabilkan mood seseorang.

Shine Vitamin B Complex (120 Tablets)

RM23.75

Shine vitamin mengandungi vitamin B2, B3, B5, B6 dan B12. Ianya Dapat melancarkan metabolisme, melancarkan peredaran darah, mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak, dapat mencegah terjadinya kerosakan urat saraf dan memulihkan gangguan saraf.

ENERVON C (One-a-day Vitamin B Complex with 500mg Vitamin C) (30 Tablets)

RM17.88

Enervon-C adalah suplemen yang terdiri dari vitamin B dan C. Vitamin B kompleks baik untuk pertahanan tubuh serta membantu untuk menjaga tubuh agar tetap sehat. Kemudian, vitamin C baik untuk tulang, otot, dan pembuluh darah.

BLACKMORES Mega B Complex (75 Tablets)

RM85.00

Blackmores Mega B Complex adalah suplemen yang mengandung vitamin B. Vitamin B ini berguna untuk membantu mengisi kembali nutrisi yang diperlukan apabila melakukan aktiviti fizikal yang berat. Ini dapat mengoptimalkan energi sehingga dapat memaksimalkan segala aktiviti harian anda. Selain itu Blackmores Mega B Complex dapat memberi fungsi sistem saraf yang sihat.

Bayer Berocca (Orange flavour) Vitamin B complex, Vitamin C, Calcium

RM47.99

Berocca adalah suplemen multivitamin yang mengandung bahan aktif vitamin C, B, kalsium, magnesium dan zinc. Berocca adalah vitamin yang biasanya digunakan untuk meningkatkan kewaspadaan dan konsentrasi, meningkatkan stamina fisik dan mengurangi rasa lelah, menjaga daya tubuh badan, meningkatkan daya kerja mental dan dapat memperbaiki suasana hati dan mengurangi kelelahan.

Hovid Vita B-Co Vitamin B Complex Tablets (100 Tablets)

RM11.99

Hovid Vitamin B Complex dihasilkan dengan Piawaian Farmaseutikal, yang mengandungi vitamin B lengkap dari B1 hingga B12. Vitamin B adalah enzim yang penting dalam tubuh yang memudahkan proses metabolisme dan penjanaan tenaga. Ia juga membantu menjaga kesihatan kulit, membina darah dan melawan penyakit dengan meningkatkan sistem imun.

error: Content is protected !!