Now Reading
100 Idea Nama Anak Lelaki Yang Indah

100 Idea Nama Anak Lelaki Yang Indah

nama anak lelaki

Nama anak lelaki mahupun perempuan amatlah penting kerana nama tersebut merupakan doa serta ada yang mempercayai bahawa nama kepada anak juga mendorong kepada pembawaan sahsiah dan tingkah laku seseorang itu. Sudah semestinya bergantung pada maksud nama yang diberi.

Justeru, adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama samada nama anak lelaki atau perempuan. Kadang-kadang tanpa kita sedari nama yang sangat indah disebut-sebut membawa maksud yang sebaliknya. Maka, adalah lebih baik untuk ibu ayah mengenalpasti maksud nama tersebut sebelum memilih nama.

Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam antaranya nama para Rasul dan nabi, para sahabat Rasulullah, ahli sejarawan atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik. Seiring dengan keadaan kita di zaman moden ini, ramai yang terjurus untuk memilih nama yang lebih trendy dan unik berbanding dengan mementingkan maksud nama tersebut.

Kenapa Pentingnya Memilih Nama yang Baik Dalam Islam

Memilih nama anak dengan mempunyai makna yang baik adalah sangat disarankan dalam Islam. Berdasarkan sebuah hadis daripada Abu al-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” (Riwayat Abu Daud – 4948)

Di dalam kitab Hasyiyah al-Baijuri menjelaskan, disunatkan seseorang untuk memperelokkan namanya berdasarkan hadis di atas. (Hasyiyah al-Baijuri, 2/305)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Al-Musayyib, daripada bapanya bahawa datuknya bertemu Rasulullah SAW, lalu Nabi SAW bertanya kepadanya maksudnya: “Apa nama kamu? Maka dia menjawab: Hazn (kesukaran). Lalu sabda Nabi SAW: Nama awak sekarang ialah Sahl (kemudahan). Maka dia berkata: Saya tidak akan menukar nama yang diberikan kepada saya oleh ayah saya. Kata Ibn al-Musayyib: Maka sejak itu, kesukaran sentiasa menimpa kami.” (Riwayat al-Bukhari – 6190)

Antara dalil yang menunjukkan galakan menukar nama kurang elok dalam hadis riwayat Ibn ‘Umar RA, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama ‘Asiah (pendosa) dan Baginda berkata: “Kamu Jamilah (yang cantik).” (Riwayat Abu Daud – 4952)

Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, maksudnya: “Bahawasanya pada asalnya nama Zainab ialah Barrah, maka dikatakan kepadanya ‘engkau memuji diri sendiri’ maka Rasulullah SAW pun menukarkan namanya kepada Zainab.” (Riwayat al-Bukhari – 6192)

Oleh itu, menggunakan nama kurang elok adalah makruh. Bahkan, sekiranya nama itu termasuk dalam nama yang diharamkan dalam Islam, maka wajib menukarnya. Jadi, ianya adalah makruh untuk memberi nama yang tidak elok kepada anak. Hal ini dijelaskan dalam kitab Hasyiyah al-Baijuri : Dimakruhkan nama-nama yang tidak elok seperti himar (keldai) manakala haram hukumnya menamakan seseorang dengan ‘Abd al-Ka’bah (hamba Ka’bah), ‘Abd al-Hasan (hamba Hasan) atau ‘Abd Ali (Hamba Ali).

Wajib bagi seseorang menukar nama yang haram menurut pendapat yang lebih sahih. Ini kerana ia bererti menghilangkan kemungkaran. (Lihat Hasyiyah al-Baijuri, 2/305)

100 Contoh Nama Anak Lelaki

Antara contoh nama-nama anak lelaki beserta maksud yang boleh diberikan kepada bayi lelaki adalah seperti berikut :

  1. Adlan = Keadilan
  2. Adam = Nama Nabi, ikutan, teladan
  3. Adham = Yang cantik
  4. Adil = Yang adil
  5. Adli = Keadilanku, kelurusanku
  6. Adnan = Nama datuk Nabi
  7. Adi = Nama sahabat Nabi Muhammad SAW
  8. Adib = Pujangga
  9. Adwa‘ = Cahaya
  10. Affan = Pendaki
  11. Afif = Yang bermaruah
  12. Afnan = Kecantikan/seri
  13. Aflah = Yang beruntung
  14. Afqar = Fakir
  15. Bazilin = Yang menyumbang
  16. Bunyamin = Nama saudara nabi yusuf
  17. Daisam = Lemah lembut
  18. Dailami = Askarku
  19. Danial = Nama nabi
  20. Daiyan = Hakim, pembalas
  21. Danish = Pengetahuan, bijak
  22. Darwisy = Warak
  23. Faisal = Penyelesaian
  24. Faiz = Berjaya
  25. Fajar = Cahaya putih
  26. Fakhri = Kemegahanku
  27. Ghaffar = Sedia mengampuni, lembut hati
  28. Ghaffur = Pengampun
  29. Ghali = Mahal
  30. Ghani = Kaya, mewah
  31. Haikal = Pokok yang besar dan subur
  32. Haimadi = Pujian agama
  33. Ihtisyam = Kehebatan
  34. Ijlal = Penghormatan
  35. Ikhwan = Persaudaraan
  36. Iyad = Sokongan, kekuatan
  37. Izdiyad = Pertambahan
  38. Izzan = Kepatuhan
  39. Izzat = Kemuliaan
  40. Izzuddin = Kemuliaan agama
  41. Izzul Islam = Kemuliaan Islam
  42. Jamil = Yang tampan
  43. Jarir = Tempat bertumpu
  44. Jamri = Perhimpunanku
  45. Kabir = Agung, besar
  46. Kailani = Nisbah
  47. Labib = Cerdik, munasabah
  48. Labid = Nama sahabat nabi Muhammad SAW
  49. Lamani = Kegemilanganku
  50. Latif = Lembut, bersopan
  51. Lazim = Tetap
  52. Lazman = Tetap
  53. Lais = Berani
  54. Muhibbuddin = Pengasih agama
  55. Muhtadi = Beroleh hidayah
  56. Mujahid = Pejuang Islam
  57. Mujib = Penyahut
  58. Mujibuddin = Penyahut agama
  59. Naqib = Yang menjamin
  60. Naqiuddin = Kebersihan agama
  61. Nasab = Keturunan mulia
  62. Nasih = Pemberi nasihat
  63. Nasim = Angin sepoi¬sepoi bahasa
  64. Nasir = Pertolongan
  65. Omar = Panjang umur
  66. Omran = Struktur yang kukuh
  67. Osama = Singa
  68. Putra = Putera
  69. Qaayed = Pemimpin
  70. Qaid = Pemimpin
  71. Qaiser = Raja
  72. Qarin = Yang dekat, teman
  73. Qarizh = Terpuji, mulia
  74. Rabiti = Yang zahid
  75. Ra idi = Pelopor
  76. Radi = Yang redha
  77. Rafi = Yang meninggikan
  78. Rafidan = Sungai Dajlah dan Furat
  79. Syahin = Tiang neraca
  80. Syakir = Pengenang budi
  81. Syukri = Kesyukuran
  82. Syuwari = Kecantikanku
  83. Taqiuddin = Bertaqwa untuk agama
  84. Tariq = Bintang subuh
  85. Tarif = Istimewa
  86. Uwais Pemberian
  87. Uzair Nama sahabat nabi Muhammad SAW
  88. Uzzam = Singa
  89. Wafiy = Setia, jujur
  90. Wafiuddin = Setia pada agama
  91. Wafri = Kekayaanku, keluasanku
  92. Yazid = Berkat
  93. Yunan = Nama ulama
  94. Yunus = Nama nab
  95. Yusuf = Nama nabi
  96. Yusri = Kesenanganku
  97. Zamri = Kecantikanku
  98. Zaman = Nasib
  99. Zamanat = Yang dijamin
  100. Zikri = Ingatanku, kenanganku

Walau apa pun nama yang diberi kepada si bayi lelaki anda, harus diingati bahawa maksud di sebalik perkataan nama memainkan peranan penting dalam mencerminkan betapa indah dan mulianya sahsiah yang bakal diwarisinya. Didikan yang murni dan luhur perlu diberikan selaras dengan nama yang diberi.

SUMBER :

https://mukabuku-viral.com/nama-bayi-islam-lelaki-/

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/10/512400/ibu-bapa-perlu-pilih-nama-anak-bermaksud-baik

error: Content is protected !!