Now Reading
11 Bukti Manfaat Minyak Zaitun

11 Bukti Manfaat Minyak Zaitun

Manfaat Minyak Zaitun

 Kesan kesihatan diet yang berlemak adalah satu kontroversi. Walaubagaimanapun, pakar – pakar bersetuju bahawa minyak zaitun – terutamanya minyak zaitun dara – adalah bagus untuk kesihatan. Di sini adalah 11 manfaat minyak zaitun yang dibukti oleh kajian saintifik.

 

1. Minyak Zaitun Kaya dengan Lemak Tidak Tepu Yang Sihat

 Minyak zaitun merupakan minyak semula jadi yang dikeluarkan daripada buah zaitun. Lebih kurang 14% kandungan minyak itu adalah lemak tepu, manakala 11% adalah lemak politaktepu seperti asid lemak (1) omega-6 dan omega-3.

Namun asid lemak predominan dalam minyak zaitun ialah lemak monotaktepu yang dipanggil asid oleik. Sebanyak 73% daripada kandungan minyak itu ialah asid oleik. Kajian menyatakan bahawa asid oleik boleh mengurangkan keradangan dan malah mempunyai kesan baik terhadap gen yang berkaitan dengan kanser.

Lemak monotaktepu juga agak tahan panas menjadikan minyak zaitun dara sesuai untuk dijadikan pilihan sebagai minyak masak yang sihat.

 

2. Minyak Zaitun Mengandungi Sejumlah Besar Antioksida

 Minyak zaitun dara adalah bernutrisi.

Selain daripada manfaat asid lemak, ia mengandungi kandungan vitamin E dan K yang tinggi. Malah ianya juga penuh dengan antioksidan yang bagus.

Antioksidan ini aktif secara biologinya dan boleh mengurangkan risiko penyakit kronik. Ia juga melawan keradangan dan membantu melindungi kolestrol darah daripada oksidasi – dua manfaat yang mengurangkan risiko sakit jantung.

 

3. Minyak Zaitun Mengandungi Elemen Anti Keradangan Yang Kuat

 Keradangan yang kronik dikatakan membawa kepada penyakit seperti kanser, sakit jantung, sindrom metabolik, penyakit kencing manis jenis 2, alzheimer, arthritis dan malah obesiti.

Minyak zaitun dara boleh mengurangkan keradangan, di mana ianya menjadi salah satu manfaat utama untuk kesihatan. Kesan utama anti keradangan adalah disebabkan oleh antioksidan. Kandungan utamanya ialah oleokantal, di mana ia dikatakan berfungsi seperti ibuprofen, sejenis ubat anti keradangan.

Sesetengah saintis menganggarkan bahawa 3.4 sudu teh (50 ml) oleokantal daripada minyak zaitun dara bersamaan dengan dos ibuprofen dewasa. Kajian juga menunjukkan yang asid oleik, asid lemak utama di dalam minyak zaitun boleh mengurangkan tahap keradangan yang genting seperti protein reaktif-C (CRP).

Kajian lain menunjukkan antioksida minyak zaitun boleh menghalang gen atau protein yang menyebabkan keradangan.

 

4. Minyak Zaitun Boleh Mengelakkan Strok

 Strok berpunca daripada gangguan aliran darah ke otak, sama ada disebabkan oleh darah beku atau pendarahan. Di negara-negara membangun, strok adalah punca kematian kedua tertinggi selepas sakit jantung.

Hubungan antara minyak zaitun dan risiko strok telah dikaji dengan meluas. Satu kajian besar keatas 841,000 orang menunjukkan bahawa minyak zaitun adalah satu-satunya sumber yang mengandungi lemak monotaktepu yang boleh menurunkan risiko strok dan sakit jantung.

Dalam kajian lain keatas 140,000 peserta, sesiapa yang mengambil minyak zaitun mempunyai risiko strok yang lebih rendah berbanding peserta yang tidak mengambilnya.

 

5. Minyak Zaitun Memberi Perlindungan Daripada Sakit Jantung

 Sakit jantung adalah penyebab biasa kepada kematian di dunia. Kajian pemerhatian yang dilakukan beberapa dekad lalu menunjukkan sakit jantung kurang dialami di negara Mediterranean.

Perkara ini mendorong kajian meluas terhadap diet di Mediterranean, yang menunjukkan pengurangan risiko sakit jantung yang ketara.

Minyak zaitun dara adalah bahan ramuan utama dalam diet ini, melindungi mereka daripada sakit jantung dengan beberapa cara. Ia merendahkan tahap keradangan, melindungi kolestrol jahat (LDL) daripada oksidasi, memperbaiki salur darah dan boleh membantu menghalang pembentukan darah beku berlebihan.

Yang lagi menarik, ia juga menunjukkan bahawa ia boleh merendahkan tekanan darah, di mana ia merupakan salah satu faktor risiko untuk sakit jantung dan kematian mengejut. Dalam satu kajian, minyak zaitun mengurangkan penggunaan ubat darah tinggi sebanyak 48%.

Ratusan kajian menunjukkan bahawa minyak zaitun dara betul-betul mempunyai manfaat tinggi kepada jantung anda. Jika anda mempunyai sakit jantung atau ahli keluarga yang mempunyai sakit jantung atau faktor risiko lain, anda mungkin mahu memasukkan minyak zaitun dara kedalam diet anda.

 

6. Minyak Zaitun Tidak Menyebabkan Kenaikan Berat Badan dan Obesiti

 Mengambil lemak secara berlebihan akan menyebabkan kenaikan berat badan. Bagaimanapun, banyak kajian menunjukkan bahawa walaupun diet Mediterranean kaya dengan kandungan minyak zaitun, namun ia tidak menunjukkan kesan kepada berat badan.

Dalam kajian selama 30 bulan terhadap 7,000 pelajar kolej Sepanyol, pengambilan minyak zaitun secara berlebihan tidak berkaitan dengan kenaikan berat badan. Selain itu, kajian terhadap 187 peserta menunjukkan diet yang kaya dengan kandungan minyak zaitun berkaitan dengan penurunan tahap oksidasi dalam darah, dan juga penurunan berat badan.

 

7. Minyak Zaitun Boleh Melawan Penyaki Alzheimer

 Penyakit Alzheimer adalah keadaan neurodegeneratif yang paling kerap berlaku di dunia. Salah satu puncanya ialah penghasilan plak beta-amiloid di dalam sel otak.

Satu kajian terhadap tikus yang diberikan minyak zaitun menunjukkan minyak zaitun membantu dalam menyingkirkan plak ini. Selain itu, kajian terhadap diet manusia di Mediterranean yang kaya dengan kandungan minyak zaitun juga memberi manfaat kepada fungsi otak. Tetapi, ianya perlu diingati bahawa lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk menkaji kesan minyak zaitun keatas pengidap penyakit Alzheimer.

 

8. Minyak Zaitun Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Jenis 2

 Minyak Zaitun dilihat menjadi pelindung daripada penyakit kencing manis jenis 2. Beberapa kajian menghubungkan minyak zaitun menjadi bahan yang memberikan manfaat kepada gula dalam darah dan sensitiviti insulin. Ujian klinikal rawak terhadap 418 orang yang sihat telah mengesahkan kesan perlindungan minyak zaitun itu. Dalam kajian itu, diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun telah mengurangkan risiko diabetes jenis 2 sebanyak lebih 40%.

 

9. Antioksidan Dalam Minyak Zaitun Mempunyai Bahan Anti Kanser

 Penduduk di negara Mediterranean mempunyai risiko yang lebih rendah untuk sesetengah kanser, dan banyak pengkaji mempercayai bahawa minyak zaitun merupakan puncanya. Antioksidan di dalam minyak zaitun boleh mengurangkan kerosakan oksidatif disebabkan oleh radikal bebas, yang dipercayai menjadi punca penyebab kanser.

Banyak kajian tiub ujian menunjukkan kompaun di dalam minyak zaitun boleh melawan sel kanser. Bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan sama ada minyak zaitun benar-benar mengurangkan risiko kanser.

 

10. Minyak Zaitun Boleh Membantu Melawan Arthritis Rheumatoid

 Arthritis rheumatoid ialah salah satu ciri penyakit autoimun berpunca daripada kecacatan dan sambungan sendi yang menyakitkan. Walaupun punca sebenar masih tidak dapat dikenal pasti, ia menyebabkan sistem imun anda tersalah menyerang sel normal.

Makanan tambahan minyak zaitun kelihatan dapat memberi kesan baik kepada tanda keradangan dan mengurangkan tekanan oksidatif dalam individu yang mengalami arthritis rheumatoid. Minyak zaitun kelihatan memberi manfaat tertentu apabila digunakan bersama minyak ikan, satu sumber anti keradangan asid lemak omega 3.

Dalam satu kajian, minyak zaitun dan minyak ikan meningkatkan kekuatan genggaman tangan, mengurangkan kesakitan sendi dan kekejangan pagi yang ketara bagi pengidap penyakit arthritis rheumatoid.

 

11. Minyak Zaitun Mengandungi Bahan Antibakteria

 Minyak zaitun mengandungi pelbagai zat-zat yang boleh melawan atau membunuh bakteria berbahaya. Salah satu daripadanya ialah Helicobacter Pylori, satu bakteria yang ada di dalam perut anda dan menyebabkan ulser perut dan kanser.

Kajian tabung uji menunjukkan minyak zaitun dara merendahkan kesan daripada lapan jenis bakteria ini, yang mana tiga daripadanya tidak boleh dimusnahkan dengan antibiotik.

Kajian juga menunjukkan jika mengambil 30 gram minyak zaitun dara setiap hari, ianya boleh menyingkirkan risiko jangkitan Helicobacter Pylori bagi 10-40% orang dalam masa sesingkat dua minggu.

 

Pastikan Anda Mendapatkan Jenis Minyak Yang Betul

Minyak zaitun dara mengandungi antioksidan dan kompaun bioaktif daripada zaitun. Oleh sebab itu, ia dianggap lebih sihat dan jenis yang lebih baik berbanding minyak zaitun biasa.

Walaupun begitu, terdapat banyak penipuan dalam pasaran minyak zaitun, dengan kebanyakan daripadanya dilabelkan sebagai ‘minyak zaitun dara’ dan dicampur dengan minyak proses yang lain.

Oleh itu, lihat labelnya dengan teliti untuk memastikan anda mendapat minyak zaitun dara yang asli. Ia bagus jika anda membaca senarai kandungan ramuannya dan periksa kualiti pensijilannya.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-233/olive

https://diet.mayoclinic.org/diet/eat/olive-oil-health-benefits?xid=nl_MayoClinicDiet

https://www.healthline.com/nutrition/extra-virgin-olive-oil

https://www.medicalnewstoday.com/articles/266258

error: Content is protected !!