Desaru Waterpark ini baru dibuka sekitar Julai 2019 yang lalu, kini makin dikenali sebagai salah satu destinasi percutian, bukan sahaja untuk warga Johor, tetapi untuk pelawat dari negeri-negeri lain.
Sejak belakangan ini banyak juga aktiviti-aktiviti untuk mempromosikan Desaru Waterpark telah diadakan. Sebagai contoh, Desaru international Bike Week 2019 (DIBW 2019) yang diadakan pada tarikh September 2019.
Mari kita terokai apakah tempat tempat menarik yang ada di Desaru Waterpark ini.
1. Tidal Wave Beach
Tidal Wave Beach adalah salah satu kolam tarikan di Desaru Waterpark dengan penghasilan ombak terbesar di dunia yang menampung lebih dari empat juta gelen air sepanjang hampir tiga ekar.
Para tetamu boleh bersantai dalam kemewahan dan menikmati pemandangan kolam penghasilan ombak dari Cabanas Beachside, atau bersantai di sepanjang pantai berpasir Tidal Wave Beach sepanjang 170 meter.
2. Kids Ahoy
Kids Ahoy mempunyai tiga kawasan permainan yang sesuai dengan usia yang dipenuhi dengan peralatan permainan air dan gabungan 13 peluncur air yang berbeza yang dirancang untuk kanak-kanak.
Zon-zon ini adalah kegemaran untuk kanak-kanak kecil, kanak-kanak, remaja dan diawal usia remaja!
3. Riptide
Perjalanan ini akan membawa anda pada sudut paling curam dan kelajuan terpantas yang memberikan rasa keterujaan yang tiada tandingannya.
Perjalanan menuruni bukit untuk memasuki twister pertama di mana anda akan meluncur beberapa kali kemudian berpusing-pusing di mata ribut sebelum keluar dari twister kedua dan ketiga yang berakhir dengan terjunan ke kolam di Desaru Waterpark.
4. Kraken’s Revenge
Kraken’s Revenge adalah roller coaster hasil kombinasi dan percikan air yang membawa semua pengunjung yang mencari keseronokan maksimum hingga 30 meter dari permukaan dengan menjadikan perahu anda berputar beberapa kali sebelum berpusing dan berputar melalui gelung mendatar 360, diikuti oleh penurunan selam 27 meter ke kapal Kraken yang karam.
Kapal Kraken merupakan kapal raksasa menunggu di kolam air di hujung perjalan anda. Pengunjung dapat mencapai kelajuan hingga 70 km / jam ketika mereka jatuh ke permukaan air.
5. Surf Wall
Tempat untuk mencuba meluncur yang selamat dan mempunyai ombak yang laju di mana pemula atau peminat peluncur air dapat mencuba dan meluncur diatas ombak yang sangat deras. Surf Wall dapat menampung hingga lima boogie boarders atau dua peluncur air yang berdiri dalam satu masa.
6. Wild Whirl
Di Wild Whirl, pengunjung yang menaiki pelampung air meluncur ke saluran gelungsur yang curam, kemudian melepaskan para pengunjung ke dalamsebuah kawasan yang dindingnya terbuka dengan luas yang akan menjadikan para pengunjung mengalami keseronokan yang maksimum.
Ketika pelampung air anda sedang bergerak perlahan ke tengah-tengah kawasan gelungsur, pengunjung akan merasai perasaan jatuh dari tempat yang tinggi ke kolam dibawah sebagai garisan penamat perjalanan anda.
Jet air akan menolak pelampung air dengan mudah ke CorkScrew ™ yang dibina secara menuruni terowong gelungsur ke kolam penamat di bawah.
7. Super Twister
Super Twister akan membawa pengunjung yang akan melintasi lengkungan sebelum turun ke kolamsecara tidak dijangka. Pengunjung akan dibawa pula ke gelungsur air di mana mereka berayun berulang-alik dan kemudian keluar kembali ke gelungsur air tertutup hingga ke kawasan penamat.
8. The Tempest
Disini, para pengunjung akan merasai pengalaman menaiki dua gelungsur air yang besar berkuasa tinggi dan akan turun ke 24 kaki kebawah secara tiba-tiba membuatkan semua pengunjung merasai keseronokan dan takut pada masa yang sama.
9. Penawar Falls
Dengan tiga air terjun yang terpisah, turun di setiap tebing yang akan turun ke setiap kolam di bawahnya, Penawar Waterfalls adalah pemandangan yang sesuai untuk pengunjung di semua peringkat umur,mahupun yang muda ataupun yang tua.
“Penawar Flower” gergasi akan membawa pengunjung penemuan untuk kisah yang penuh aksi yang melibatkan perompak, penduduk kampung dan pahlawan muda ketika berada di kawasan air terjun ini!
10. Penawar River
Mempunyai kepanjangan kolam sejauh 350 meter, Penawar River adalah sungai untuk anda bersantai yang panjang dan mempunyai ombak yang perlahan berbanding dari tempat tarikan lain.
Pelampung yang akan pengunjung naiki akan mengapung di tengah pemandangan yang akan memaparkan perkampungan nelayan di tepi sungai yang subur.
Penawar River merupakan titik tengah antara empat gelongsor air gergasi yang terkenal – Wild Whirl, Super Twister, Riptide dan The Tempest.
11. Swinging Ship
Perjalanan taman tema Swinging Ship ini mempunyai tiga air terjun yang menjulang tinggi di atas tebing batu setinggi 13 meter.
Swinging Ship adalah perjalanan kegemaran semua orang – cukup selamat untuk kanak-kanak dan sangat menyeronokkan untuk semua peringkat umur.
Replika kapal lanun ini akan melengkung hingga 180 darjah di kedua arah, menjadikan semua penumpang merasai pengalaman yang hampir sama dengan kapal yang sedang dibadai ombak di tengah-tengah laut.
Tiket berharga RM161 bagi setiap orang dewasa dan RM120 setiap kanak-kanak jika pengunjung membeli tiket secara “walk in”. Terdapat potongan harga jika pengunjung membeli tiket secara dalam talian, dan juga potongan harga jika anda pemegang MyKad, iaitu potongan harga untuk semua rakyat Malaysia.
Terdapat 1000 tempat letak kenderaan untuk tetamu yang akan disediakan di Adventure Waterpark. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan ulang-alik percuma dari hotel anda.
Semoga anda mendapat percutian yang menyeronokkan di Desaru Waterpark. Selamat bercuti!
Sumber:
https://desarucoast.com/en/Pages/Play/Adventure-Waterpark
https://goodyfoodies.blogspot.com/2019/08/adventure-waterpark-desaru-coast-malaysia.html
https://www.missdae.com/2020/03/adventure-waterpark-desaru-coast-review.html