Althea Malaysia merupakan platform membeli-belah dalam talian yang menawarkan produk penjagaan wajah dan kosmetik dari Korea. Mari lihat senarai 15 produk Althea Malaysia yang paling popular sekarang!
1. LANEIGE WATER SLEEPING MASK (70ML)
Sleeping mask ini terjual 1 setiap 12 saat. Ia mampu memberikan kelembapan selain mencerahkan kulit dengan menggunakan teknologi SLEEP-TOX™. Kulit anda akan dibaik pulih sepanjang anda tidur dan akan kekal lembap sehingga anda bangun keesokannya. Tidak hairanlah ia merupakan produk paling laris di Althea Malaysia.
2. INNISFREE GREEN TEA SEED SERUM (80ML)
Teh hijau sangat baik untuk kulit wajah. Produk ini menggunakan benih teh hijau yang diperoleh dari Pulau Jeju untuk memberikan kelembapan pada kulit selain melindungi kulit anda dari faktor luar. Ia juga kaya dengan asid amino untuk mengelakkan kehilangan kelembapan sepanjang hari.
3. NATURE REPUBLIC ALOE VERA 92% SOOTHING GEL (300ML)
Diperbuat daripada 92% gel aloe vera, produk dari Nature Republic ini diperkaya dengan vitamin dan boleh digunakan untuk pelbagai jenis fungsi. Daripada untuk melegakan kulit selepas terkena matahari sehinggalah melembapkan kulit dan rambut dalam bentuk mask. Bahan yang digunakan sesuai untuk semua jenis kulit.
4. LANEIGE LIP SLEEPING MASK (20G)
Satu lagi produk yang laris terjual daripada jenama Laneige. Mask bibir ini boleh dibawa tidur dan yang penting menjaga bibir anda daripada kehilangan lembapan sepanjang anda tidur. Dibuat dengan teknologi ‘Mix Berry Complex’ dan ‘Moisture Lock’, bibir anda akan terasa sangat lembut dan lembap keesokan pagi.
5. INNISFREE GREEN TEA FOAM CLEANSER (150ML)
Pembersih wajah ini diperbuat daripada ekstrak teh hijau dari Pulau Jeju. Selepas seharian kulit wajah terdedah dengan udara luar, pencuci ini mampu membersihkan wajah anda tanpa mengeringkannya. Ia juga tidak mengandungi bahan berhbahaya seperti minyak mineral dan pewarna tiruan.
6. MAMONDE ROSE WATER TONER (250ML)
Toner wajah dari Mamonde ini mengandungi 90.97% Air Mawar Bulgarian Damask. Ia membantu menyegarkan kulit wajah selain menyingkirkan sel-sel kulit mati.
7. ETUDE HOUSE DRAWING EYE BROW NEW (0.25G)
Anda pasti mampu mendapatkan kening yang cantik terbentuk dengan produk daripada Etude House ini. Pensil alis yang mempunyai dwi-hujung ini mempunyai pensil di satu bahagian dan berus di satu lagi hujung. Diperkaya dengan vitamin E, anda pasti tidak ada masalah untuk melukis kening selepas ini.
8. MISSHA 4D MASCARA (7G)
Maskara ini menjadi pilihan ramai kerana memberikan hasil yang tetap natural walaupun diaplikasikan berkali-kali. Ia tidak berkumpal di bulu mata dan juga tidak comot walaupun dipakai seharian.
9. INNISFREE SUPER VOLCANIC PORE CLAY MASK 2X (100ML)
Mask 6 dalam 1 ini mampu mengecilkan pori, mengawal minyak, membuang sel kulit mati, membersih secara mendalam, mencerahkan kulit dan juga menenangkan kulit. Ia mengadungi ekstrak gunung berapi yang akan terus menyingkirkan sel kulit mati dari penggunaan pertama.
10. BANILA CO CLEAN IT ZERO CLEANSING BALM (100ML) ORIGINAL
Menghapuskan solekan sering menjadi masalah untuk kebanyakan wanita. Dengan balsem dari Banila Co ini, anda mampu menghapuskan solekan dengan sempurna. Hanya perlu oleskan produk ke seluruh wajah sehingga semua solekan mencair dan bilas dengan air.
11. INNISFREE JEJU VOLCANIC PORE CLEANSING FOAM (150ML)
Pembersih wajah dari Innisfree ini mengandungi scoria gunung berapi yang mampu membersihkan kotoran dan pori yang tersumbat. Ia mempunyai ciri-ciri membersih, menyerap dan mengawal lebihan minyak.
12. GUERISSON 9COMPLEX LIFTING CREAM (70G)
Diformulasi daripada daun pudina, daun pudina epal, rosemary, bunga lavender dan beberapa bahan lain, produk ini mampu meredakan kerengsaan pada kulit sambil meningkatkan metabolisma sel kulit. Dengan kandungan Niacinamide, krim ini juga mampu mencerahkan parut dan membuat kulit kelihatan lebih berseri.
13. IT’S SKIN POWER 10 FORMULA VC EFFECTOR (30ML)
Produk ini mengandungi vitamin C dan ekstrak teh hijau yang membantu mencerahkan noda-noda gelap pada wajah. Dengan fungsi melembapkan, ia juga mampu menghaluskan kulit anda dengan tekstur yang sangat ringan dan mudah meresap.
14. ETUDE HOUSE MY LASH SERUM (9G)
Anda mungkin tidak perlukan maskara selepas menggunakan serum bulu mata ini. Ia mengandungi ekstrak buah cornus officinalis dan pantenol untuk menyuburkan dan merangsang pertumbuhan bulu mata, memberikana anda bulu mata yang sihat, panajang dan lebat. Anda boleh mengaplikasikan serum ini sebelum mengenakan maskara.
15. THE SAEM COVER PERFECTION TIP CONCEALER (6.5G)
Produk dari The Saem ini mampu membantu anda menutupi cela di wajah anda. Jadi bagi anda yang mempunyai masalah lingkaran bawah mata yang gelap, produk ini untuk anda. Teksturnya sangat ringan dan mudah diaplikasikan serta tahan lama.