Soalan lazim kencing manis menjadi carian bagi mereka yang menghidapinya ataupun ahli keluarga yang ingin membantu tetapi kurang sumber.
Jom kita lihat apa je soalan yang selalu ditanya
1. Adakah diabetes boleh diubati dengan diet, senaman dan ubat?
Salah. Tiada ubat bagi penyakit kencing manis kerana ia adalah sejenis penyakit yang berterusan sepanjang hayat. Namun begitu, tahap glukos boleh dikawal dan komplikasi boleh dicegah melalui diet yang sihat, senaman dan ubat-ubatan.
2. Soalan lazim kencing manis ke-2: simptom penyakit diabetes?
Kencing manis boleh menjejaskan sistem badan yang berbeza dan mengakibatkan beberapa gejala seperti kelaparan atau dahaga yang berlebihan, mulut kering, peningkatan pengeluaran air kencing, keletihan, pengurangan dan penambahan berat badan tanpa sebab, sakit kepala dan perubahan penglihatan. Selain itu, penyembuhan luka yang lemah, jangkitan pada faraj, mati pucuk, rasa kebas atau sesemut yang berlebihan, keradangan kulit juga boleh dikaitkan dengan penyakit diabetes.
3. Kelenjar manakah yang menghasilkan insulin?
Insulin merupakan hormon semulajadi yang dihasilkan oleh pankreas. Fungsi hormon ini adalah untuk mengawal kadar glukos dalam darah.
4. Adakah individu yang obes lebih cenderung menghidap penyakit kencing manis tahap 2?
Ya, benar. Individu yang mengalami peningkatan lemak dalam badan berisiko tinggi untuk menghidap dabetes jenis 2. Risikonya lebih besar sekiranya lemak berlebihan tersebut berada di sekitar pinggang. Mereka juga berisiko mengalami hipertensi, paras kolesterol tinggi dan sakit jantung berbanding individu yang mempunyai lemak terkumpul di pinggul.
5. Betulkah pradiabetes boleh dibalikkan (reversible)?
Betul. Pradiabetes dirujuk sebagai keadaan toleransi glukosa lemah dan dianggap sebagai peringkat awal kencing manis jenis 2 yang boleh dibalikkan.
6. Bahagian badan yang mana boleh terjejas kerana penyakit diabetes jenis 2?
Penyakit ini boleh mengakibatkan kerosakan pada pelbagai organ berbeza termasuklah saraf, saluran darah, mata dan buah pinggang.
7. Apakah itu diabetes gestasi/ kehamilan?
Diabetes gestasi adalah sejenis penyakit kencing manis yang berlaku sewaktu tempoh kehamilan. Ia boleh meningkatkan risiko komplikasi buat si ibu dan bayi.
8. Adakah pesakit diabetes terdedah kepada jangkitan?
Kencing manis boleh melambatkan proses tubuh untuk melawan jangkitan. Apabila tahap glukos tinggi, ia mengalakkan perkembangan bakteria justeru jangkitan akan berkembang dengan cepat pada pesakit diabetes. Oleh itu, pesakit perlu sentiasa mengawal tahap glukos setiap masa bagi mengelakkan sebarang jangkitan menjadi lebih parah.
9. Adakah benar sistem badan pesakit kencing manis jenis 1 tidak berupaya untuk menghasilkan insulin?
Benar. Pesakit diabetes jenis 1 tidak boleh menghasilkan insulin dan perlu menjalani rawatan insulin secara berkala.
10. Apakah gelaran bagi penyakit kencing manis apabila tubuh tidak bertindak balas terhadap insulin?
Jawapan bagi soalan lazim kencing manis yang ini ialah ianya digelar sebagai diabetes jenis 2. Pesakit kencing manis jenis 2 berupay menghasilkan insulin, namun tubuh mereka tidak bertindak balas terhadap insulin itu.
11. Apakah keadaan penyakit kencing manis di mana buah pinggang tidak dapat
Ini dikenali sebagai ‘Diabetes insipidus’. Keadaan ini adalah berlainan dengan diabetes mellitus. Kencing manis jenis ini melibatkan ketidakupayaan buah pinggang untuk memulihara air dan mengakibatkan jumlah air kencing meningkat sehingga pesakit mengalami keadaan “kekeringan” yang kerap
12. Bagaimanakah cara untuk merawat penyakit diabetes 2?
Sekiranya anda menghidap penyakit kencing manis jenis 2, anda perlu mengamalkan diet yang sihat dan kekal aktif secara fizikal serta mengurangkan berat badan tambahan. Jika perubahan gaya hidup ini tidak memberi kesan, anda mungkin perlu mengambil ubat-ubatan dan suntikan insulin.Barisan pertama rawatan penyakit diabetes 2 adalah gaya hidup yang sihat. Gaya hidup sihat merangkumi diet dan senaman yang merupakan kombinasi asas pengurusan penyakit kencing manis. Ini adalah penting kerana ia mengaktifkan sel tubuh supaya bertindak balas lebih baik terhadap insulin dan menurunkan tahap gula dalam darah. Sekiranya cara ini tidak mengubah keadaan anda, barulah anda dinasihatkan untuk beralih kepada fasa rawatan kedua iaitu pengambilan ubat-ubatan oral dan suntikan insulin.
13. Bolehkah penyakit diabetes jenis 2 sembuh?
Jawapan bagi soalan lazim kencing manis ke-13 ini ialah penyakit kencing manis jenis 2 tidak dapat dirawat dan ia dikaitkan dengan keadaan genetik. Tetapi, ia dianggap sebagai keadaan di mana seorang individu mempunyai tahap gula darah yang tinggi.
14. Setelah gula darah saya kembali normal, adakah saya masih menghidap penyakit diabetes
Bagi kes ini, apabila gula darah anda telah menjadi normal tanpa rawatan, maka penyakit kencing manis yang dialami dianggap telah hilang. Namun begitu, bagi Penyakit diabetes jenis 2, risiko penyakit ini sentiasa ada kerana ia berkait dengan genetik seseorang.
15. Sekiranya saya menghidap penyakit kencing manis jenis 2, perlukah saya mengambil suntikan insulin
Ia mungkin diperlukan. Dalam beberapa kes yang telah direkodkan, rawatan insulin diperlukan oleh 30% atau lebih pesakit diabetes jenis 2. Namun begitu terdapat pelbagai ubat-ubatan baru yang boleh menghalang atau menunda keperluan suntikan insulin. Apa yang penting adalah anda sentiasa mengawal tahap gula darah dengan baik.
16. Saya penghidap penyakit kencing manis jenis 2, adakah penyakit saya akan berubah kepada jenis 1 sekiranya saya mengambil insulin?
Tidak. Pengambilan insulin tidak bermaksud anda akan menghidap kencing manis jenis 1. Jenis penyakit diabetes ditentukan oleh genetik anda, bukanny melalui rawatan penyakit tersebut.
17. Sekiranya saya menghidap penyakit kencing manis jenis 2, adakah saya perlu mengambil insulin selama-lamanya?
Itu tidak semestinya diperlukan. Sekiranya anda boleh menurunkan berat badan, meningkatkan senaman, mengubah diet atau ubat-ubatan anda, anda boleh menghentikan atau mengurangkan keperluan suntikan insulin. Selain itu, dalam keadaan tertentu, misalnya sewaktu kehamilan, biasanya rawatan insulin boleh dihentikan selepas kedaan tersebut berakhir.
18. Adakah senaman membantu penyakit diabetes saya?
Senaman memberi kesan yang baik kepada pengurusan penyakit kencing manis tahap 2. Melakukan senaman yang tepat membantu mengurangkan risiko komplikasi diabetes. Oleh itu, anda perlu sentiasa berunding dengan doktor mengenai garis panduan senaman bagi pesakit kencing manis yang betul
19. Jika saya mempunyai penyakit diabetes jenis 2 dan saya tidak makan makanan seperti kuih-muih dan gula-gula, bolehkah saya berhenti mengambil ubat kencing manis?
Sekiranya anda menghindari sumber karbohidrat dalam diet anda seperti roti putih atau pasta, keperluan ubat diabetes mungkin boleh dikurangkan atau dihentikan secara langsung. Setiap pesakit kencing manis jenis 2 bertindak balas lebih baik melalui diet yang sihat tetapi anda perlu mengambil kira faktor lain juga. Sebagai contoh, melakukan senaman, menurunkan berat badan atau menggunakan ubat-ubatan untuk menurunkan tahap gula darah mengikut dos yang ditetapkan. Berundinglah dengan doktor bagi menentukan dos ubat yang diperlukan dan memilih rancangan diet yang sesuai.
20. Adakah saya perlu memantau tahap gula darah jika saya menghidap penyakit diabetes 2?
Ya, anda masih perlu memantau tahap gula darah anda. Rasa sihat tidak menjamin paras gula darah anda berada pada tahap yang normal. Komplikasi penyakit kencing manis tidak akan muncul secara tiba-tiba. Ia boleh muncul secara berperingkat dengan setiap kenaikan tahap gula darah. Pemantauan kadar gula darah boleh membantu mengawal darah dalam sistem tubuh badan anda dan mencegah kerosakan organ dalaman.
21. Adakah anak-anak saya berisiko menghidap penyakit diabetes?
Ya. Penyakit kencing manis jenis 2 adalah sejenis penyakit genetik. Sekiranya salah seorang ahli keluarga mengalaminya, anak anda berisiko untuk menghidapnya. Anak anda mempunyai sebanyak 10% hingga 15% risiko untuk menghidapnya juga lebih-lebih lagi jika anak anda mempunyai berat berlebihan dan tidak aktif secara fizikal. Manakala, jika seorang kembar mengalami penyakit diabetes jenis 2, terdapat 75% kemungkinan bahawa kembarnya yang lain juga akan menghidap kencing manis.
22. Anak saya telah didiagnosis dengan diabetes jenis 1. Adakah mereka boleh melakukan aktiviti yang sama seperti anak-anak lain?
Mendapat diagnosis sebagai pesakit kencing manis jenis 1 boleh mengganggu emosi dan pemikiran anda. Namun begitu, kebanyakan kanak-kanak yang mengalami penyakit diabetes jenis 1 masih boleh melakukan aktiviti sama seperti kanak-kanak lain. Mereka mungkin memerlukan bantuan daripada penjaga mereka untuk memastikan keselamatan mereka terjamin. Doktor anak anda juga boleh mengajar cara menguruskan diet dan ubat-ubatan mereka dengan betul mengikut situasi yang berbeza misalnya, semasa bermain, bersukan atau bersenam.
Soalan lazim kencing manis di atas ini hanyalah rujukan sebelum berjumpa dengan pakar ataupun sewaktu membuat pembeli ubat di farmasi. Semoga kita semua sentiasa sejahtera.
SUMBER
https://www.webmd.com/diabetes/questions-doctor-diabetes
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/expert-answers/diabetes/faq-20057835
https://www.medicalnewstoday.com/articles/317436