Now Reading
3 Faedah Bersukan Yang Sering Diabaikan

3 Faedah Bersukan Yang Sering Diabaikan

faedah bersukan

Kita semua tahu bahawa senaman itu penting dalam kehidupan seharian kita dan ramai juga tahu faedah bersukan ini. Tetapi masih ramai yang tidak aktif akibat dari kekangan masa.

Sukan bukanlah dilakukan semata-mata untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil. Ini kerana, dengan bersukan , proses mengeluarkan bahan-bahan toksik yang tidak diperlukan tubuh badan berlaku melalui berpeluh.

Konsepnya sama seperti kereta sport yang dicipta untuk bergerak dengan pantas, sama juga dengan manusia, kita juga diciptakan anggota badan untuk bergerak.

Sekiranya kereta sport itu dibawa keluar hanya seminggu sekali untuk perjalanan sejauh 3 batu, ia mungkin akan menyebabkan masalah enjin dengan cepat. Begitu juga dengan manusia, lama kelamaan manusia juga akan mengalami masalah jika mereka tidak melakukan sebarang aktiviti.

Pakar mengesyorkan untuk bersenam secara sederhana selama 150 minit seminggu, namun, jika ianya sukar untuk anda patuhi, anda boleh mulakan dengan melakukan senaman selama 75 minit seminggu. Selepas anda berasa selesa dengan waktu yang ditetapkan, anda boleh menaikkan lagi masa secara berperingkat.

Kedua, sukan ini menyeronokkan jika anda telah menemui aktiviti fizikal yang membuatkan anda lebih bermotivasi untuk bersenam. Antara sukan yang anda boleh cuba adalah, bola tampar, berbasikal dan berkayak.

Sekiranya anda telah mencapai tahap senaman yang disarankan, anda dapat mengurangkan risiko seperti:

  • 50% penurunan risiko diabetes
  • 35% penurunan risiko penyakit jantung
  • 50% mengurangkan risiko barah usus besar
  • 20% mengurangkan risiko barah payudara
  • 30% lebih rendah risiko mati

Anda hanya perlu melakukan permainan sukan seminggu sekali sahaja untuk mengurangkan risiko diaatas. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengurangkan peratusan lemak dalam badan anda dan meningkatkan jisim otot.

Dengan melakukan senaman lebih kerap, anda akan dapat tidur lebih lena, mempunyai lebih banyak tenaga sepanjang hari, dorongan seks yang lebih tinggi, dan selera makan yang meningkat dan lain-lain lagi.

Disini, kami ingin kongsikan faedah bersukan yang sering diabaikan oleh masyarakat Malaysia.

1. Mengurangkan stress

Salah satu faedah yang boleh dapat dari bersukan adalah dapat mengurangkan stress. Bersukan dapat membantu anda menguruskan tekanan fizikal dan mental. Bukan itu sahaja, ia juga dapat meningkatkan kepekatan norepinefrin iaitu bahan kimia yang dapat mengurangkan tindak balas otak anda terhadap stress.

Oleh itu, bangun dan bersukanlah kerana ia dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan keupayaan badan anda untuk mengatasi ketegangan mental yang ada.

2. Dapat tingkatkan hormon gembira (Endorfin)

Bersukan menyebabkan badan anda menghasilkan endorfin, hormon ini dapat mencetuskan perasaan bahagia dan euforia. Penyelidikan yang dibuat terhadap individu yang mengalami kemurungan, telah menunjukkan bahawa senaman atau bersukan dapat meningkatkan peluang hidup yang lebih panjang sebanyak 22% .

Disebabkan ini, doktor mengesyorkan agar orang yang menghadapi masalah kemurungan atau kegelisahan untuk melakukan senaman atau bersukan dengan lebih kerap. Jangan bimbang jika anda bukan jenis kaki gym. bersenam atau bersukan selama 30 minit beberapa kali seminggu dapat meningkatkan mood anda secara serta-merta.

3. Meningkatkan keyakinan diri

Sekiranya anda mempunyai keyakinan diri yang rendah bersukan dapat membantu anda merasa lebih yakin.

Secara asasnya, kecergasan fizikal dapat meningkatkan keyakinan diri yang positif walaupun tanpa mengira berat badan, saiz, jantina, atau usia. Bukan itu sahaja, senaman dan bersukan juga dapat mengubah persepsi seseorang terhadap daya tarikan mereka.

Kesimpulannya, aktiviti bersukan terdapat banyak kebaikannya. Kita hendakdah menjadikan aktiviti sukan ini sebagai salah satu rutih harian kita, maka hidup kita pasti lebih ceria dan bahagia.

RUJUKAN

  • https://impoff.com/importance-of-sports/
  • https://www.skillsyouneed.com/ps/exercise.html
  • https://greatist.com/fitness/13-awesome-mental-health-benefits-exercise#happy-chemicals
error: Content is protected !!