Now Reading
3 Resepi Agar-Agar Tali Yang Anda Boleh Cuba!

3 Resepi Agar-Agar Tali Yang Anda Boleh Cuba!

agar agar tali

Agar agar tali merupakan salah satu jenis agar agar. Selain itu, agar agar juga datang dalam bentuk agar-agar serbuk dan agar-agar serpih.

Agar-agar diperbuat daripada alga yang dapat mengeluarkan bahan cair pada suhu bilik. Perkataan agar-agar berasal dari bahasa Melayu tetapi agar-agar pertama kali ditemui di Jepun dan telah digunakan secara meluas di dunia masakan dan juga dalam eksperimen saintifik sejak itu.

Kek Buah Agar-Agar

Kek buah agar-agar sangat sedap dimakan lebih lebih lagi ketika musim panas panas kerana rasanya yang menyegarkan.

Anda boleh letakkan buah kegemaran anda dalam kek ini seperti raspberi, cranberry, lemon, dan banyak lagi.

Kek ini rasanya ringan, menyegarkan dan manis secara semula jadi. Buah-buahan tropika yang kita tambahkan dalam resipi ini sememangnya manis dan.

Resipi agar-agar dengan buah-buahan ini akan menjadi pencuci mulut kegemaran anda.

Bahan-bahan: –

  • I tin jus laici
  • Sebarang buah buahan kegemaran anda
  • Satu peket agar agar
  • Air secukupnya

Cara menyediakan: –

  1. Panaskan air di dalam kuali sehingga ia mendidih.
  2. Setelah air mendidih, masukkan agar-agar tali.
  3. Masak sehingga agar agar tali tersebut larut sepenuhnya di dalam air.
  4. Kemudian, masukkan jus laici ke dalam larutan agar agar.
  5. Masak selama beberapa minit sehingga agar agar itu sebati bersama jus laici.
  6. Biarkan ia seketika.
  7. Potong dadu segala jenis buah yang anda inginkan.
  8. Susun buah itu menjadi lapisan di dalam acuan.
  9. Tuangkan larutan agar-agar.
  10. Letakkan baki buah dan susun biar ia tersusun cantik.
  11. Tuang lagi larutan agar agar ke dalam acuan.
  12. Selepas itu, simpankan ia dalam peti sejuk selama 2 jam.
  13. Tuangkan kek agar agar tersebut dari acuannya.
  14. Siap untuk dihidangkan!

Puding Agar Agar Coklat

Puding agar agar coklat menjadi kegemaran ramai terutama kanak kanak kerasa ia berperisa coklat. Rasanya yang enak dan sedap dimakan ketika musim panas.

Bahan-bahan: –

  • 2 cawan susu coklat
  • Air secukupnya
  • 1 paket agar agar
  • Gula secukupnya
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1/2 susu sejat
  • 1/4 cawan santan
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara menyediakan: –

  1. Panaskan air di dalam kuali sehingga ia mendidih.
  2. Setelah air mendidih, masukkan agar-agar tali.
  3. Masak sehingga agar agar tali tersebut larut sepenuhnya di dalam air.
  4. Kemudian, masukkan susu coklat ke dalam larutan agar agar.
  5. Masukkan gula secukupnya.
  6. Kacau sehingga gula larut.
  7. Biarkan ia seketika
  8. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung jagung dengan telur, susu dan santan.
  9. Kacau sehingga sebati.
  10. Masukkan adunan ini ke dalam larutan agar agar.
  11. Kecilkan api kemudian kacau campuran ini pekat.
  12. Masukkan juga esen vanilla dan kacau hingga sebati.
  13. Tutup api.
  14. Biarkan ia sejuk seketika.
  15. Apabila ia sudah sedikit suam, masukkan campuran puding ini ke dalam adunan.
  16. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk selama 2 jam.
  17. Siap untuk dihidang.

Agar Agar Jeli Pandan Kelapa

Santan adalah pasangan yang sempurna dengan pandan dalam membuat pencuci mulut. Agar jeli ini sangat halus, tidak terlalu manis, dengan campuran wangian pandan dan kelapa yang halus. Ia sangat menyegarkan dalam cuaca yang begitu panas.

Bahan-bahan: –

Lapisan Pandan

  • 5 helai daun pandan
  • Air dan gula secukupnya
  • 1 peket agar agar tali
  • Perasa pandan

Lapisan kelapa

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan susu sejat
  • Gula dan garam secukupnya
  • 1 peket agar agar tali

Cara menyediakan: –

  • Basuh daun sebersihnya bersihnya dan keringkan.
  • Potong daun pandan secara halus.
  • Masukkan daun pandan yang dipotong ke dalam pengisar dan masukkan air. Kisar sehingga halus.
  • Tuangkan ke dalam penapis dan perah keluar air daun pandan tadi.
  • Pindahkan jus pandan ke dalam periuk di atas api yang mendidih.
  • Masukkan air, gula dan agar agar tali.
  • Masak dengan api sederhana dan didihkan ia sehingga agar agar tali dan gula larut sepenuhnya.
  • Dalam periuk lain, masukkan santan, susu, gula, garam dan agar agar tali.
  • Masak dengan api sederhana hingga agar agar tali dan gula larut sepenuhnya.
  • Tuang adunan santan ke dalam periuk agar agar.
  • Kacau rata sehingga ianya mendidih.
  • Setelah mendidih dan masak sekata, angkat dan tuang ke dalam loyang atau acuan yang disukai.
  • Biarkan ia dalam sejuk.
  • Siap untuk dihidang.

Oleh itu, di atas merupakan 3 resepi menggunakan agar agar tali. Bagi sesiapa yang belum pernah cuba agar agar tali, silakan cuba kerana bagi saya, ia lagi sedap berbanding serbuk.

Selamat mencuba!

SUMBER:

https://gameofspice.com/sweets-and-desserts/agar-agar-jelly-fruit-cake/

https://www.kuali.com/recipe/mousse-jelly-and-pudding/striped-pudding/

https://en.christinesrecipes.com/2016/03/pandan-coconut-layered-agar-jelly.html

https://whattocooktoday.com/agar-agar-santan-lapis.html

error: Content is protected !!