Resepi apam beras yang gebu sangat mudah dibuat di rumah. Apam beras ini memang sesuai dijadikan juadah untuk sarapan pagi dan minum petang. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je.
Boleh juga anda jadikan menu untuk jualan. Untuk mendapatkan apam nasi gebu dan sedap, sila ikuti resepi di bawah ini. Jom kita tengok resepinya!
RESEPI 1 – APAM BERAS GEBU
Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 1/2 cawan air
- 1 1/4 cawan gula
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar yis
- Sedikit garam halus
Cara Membuatnya:
- Kisarkan nasi,gula dan air
- Dalam bekas lain campurkan tepung beras,tepung gandum,yis dan garam. Kacau sehingga rata.
- Blendkan bahan kering bersama bahan yang kita kisar tadi, perap 2-3 jam
- Isikan 3/4 acuan
- Kukus 15 min guna api yang besar.
RESEPI 2 – APAM BERAS GULA MERAH
Bahan-bahan: (15 biji saiz kecil)
- 1 cawan nasi
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan brown sugar
- 6-7 sudu gula pasir
- 1 1/4 cwn air
- 1 sudu kecil yis (mauripan)
- kelapa parut digaul dgn sedikit garam
Cara Membuatnya:
- Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
- Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
- Perap adunan selama 3 jam.
- Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit.
- Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam. Siap.
RESEPI 3 – RESEPI APAM BERAS ENO
Bahan-bahan: (hidangan 10 orang)
- Tapai Nasi
- 2 cawan nasi sejuk
- 1/2 bahagian ragi (potong ragi 4 bahagian sama rata & ambil satu je drp nya)
Bahan-bahan Apam
- 2 cawan gula
- 4 cawan air
- 6 cawan tepung beras cap bunga Teratai
- 2 paket eno biru (regular)
- pewarna hijau
Bahan Sampingan:
- 2 biji kelapa parut muda saiz sedang
- 6 sudu besar gula
- 2 sudu teh garam halus
Cara Membuatnya:
- Tabur ragi ke atas nasi menggunakan penapis. Kacau rata. Tuang ke dalam bekas bertutup. Perap selama 24 jam pada suhu bilik.
- Blend tapai nasi, tepung beras, gula dan air hingga halus. Tuang ke dalam bekas bertutup. Perap lagi semalaman pada suhu bilik.
- Bila nak kukus baru campur dengan eno. Kacau sebati. Asingkan dalam satu cawan adunan dan campur dengan pewarna hijau.
- Panaskan pengukus terlebih dahulu bersama dgn acuan apam hingga betul-betul mendidih. Acuan tak perlu sapu dengan minyak. Tuang adunan putih hingga 3/4 penuh acuan. Kemudian titikkan adunan hijau di atasnya.
- Kukus dgn api paling besar selama 10 minit hingga apam merekah.
- Sejukkan apam. Cungkil sedikit tepi acuan supaya mudah untuk keluarkan apam. Untuk kelapa, campur gula dan sedikit garam halus. Kacau rata.
- Sedia untuk di hidangkan bersama kelapa parut.
Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Jika dihidangkan kepada anak-anak pasti mereka akan gemari. Selamat mencuba!
SUMBER
https://www.resepisenang.com/2018/05/resepi-apam-beras-gebu.html
http://rezwati.blogspot.com/2013/11/apam-beras-gula-merah.html