Now Reading
3 Resepi Ayam Black Pepper yang Padu

3 Resepi Ayam Black Pepper yang Padu

ayam black pepper

Ayam Black Pepper merupakan lauk yang sangat enak kalau digandingkan bersama – sama nasi panas. Silap – silap tak cukup sepinggan nasi.

Rasa pedas – pedas manja lada hitam yang menyaluti ayam digoreng garing sudah tentu membangkitkan selera. Oleh itu, menu ini juga sesuai dengan sesiapa yang tidak tahan pedas

Jikalau anda belum ada idea nak masa apa tengah hari ini, jom saya kongsikan 3 resepi Ayam Black Pepper yang semestinya padu! Tentu masakan tengah anda hari ini istimewa sekali!

Ayam Masak Black Pepper dengan Jintan

Bahan – bahan:

  • 4 ketul dada ayam (kulit tidak dibuang)
  • 1/4 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh garam
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • 4 cm halia hidup (diparut)
  • 5 – 6 ulas besar bawang putih (ditumbuk)

Bahan hiasan:

  • Daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)

Cara – cara penyediaan:

  1. Potong setiap satu dada ayam kepada 3 bahagian.
  2. Perasakan dengan garam dan lada putih. Ketepikan dan biar pada suhu bilik.
  3. Sangai jintan putih, jintan manis dan biji lada hitam (tambahkan 1 – 2 sudu teh mengikut rasa yang dikehendaki) sehingga naik bau.
  4. Sejukkan bahan – bahan yang telah disangai kemudian tumbuk hancur dengan menggunakan lesung batu.
  5. Panaskan kuali besar atas api sederhana kemudian masukkan minyak.
  6. Masukkan ayam (bahagian kulit menghadap ke bawah) dan goreng selama beberapa minit sehingga bewarna sedikit keemasan.
  7. Angkat ayam kemudian masukkan parutan halia dan bawang putih yang ditumbuk ke dalam minyak.
  8. Tumis bawang dan halia selama seminit kemudian masukkan semula ayam. Goreng selama 8 minit.
  9. Masukkan rempah yang telah ditumbuk tadi dan masak selama 10 minit dengan api sederhana.
  10. Kacau ayam selalu dan sentiasa ingat untuk membalik – balikkan ayam.
  11. Masukkan air suam dan biarkan sampai mendidih.
  12. Tutup kuali dan biarkan selama 5 minit.
  13. Buka penutup kuali dan teruskan memasak sehingga air kering , ayam masak sepenuhnya dan tersalut dengan minyak yang telah dirempahkan tadi. (dalam 10 minit)
  14. Setelah masak, hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah.

Ayam Black Pepper Kam Heong

Ayam Masak Kam Heong

Kalau anda mahu menambah sedikit variasi dalam masakan ayam black pepper anda, anda boleh mencuba resepi Chinese Style ini. Rasanya enak dan aromanya pun harum sekali!

Bahan – bahan untuk ayam:

  • 3 ayam paha (dipotong – potong)
  • 1/2 telur putih
  • Garam dan lada sebagai perasa
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 2/3 cawan tepung ubi kayu

Bahan – bahan Kam Heong:

  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • Daun kari
  • 1/2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk)
  • 4 biji cili padi ( dicincang kasar)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1/2 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu besar gula

Cara – cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan garam, lada, minyak bijan, dan telur putih selama 1/2 jam.
  2. Salut ayam dengan tepung ubi.
  3. Goreng ayam hingga warna keemasan dan ketepikan.
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya.
  5. Masukkan bawang putih, daun kari dan serbuk kari kemudian tumis hingga naik bau.
  6. Masukkan lebihan bahan – bahan lain termasuk lada hitam tumbuk dan cili.
  7. Renehkan selama beberapa saat dan kacau ayam hingga sebati dengan bahan – bahan tadi.
  8. Hidangkan semasa panas.

Ayam Black Pepper Bersos

Resepi Ayam Black Pepper • Resepi Bonda

Bahan – bahan perapan ayam:

  • 1/2 ayam (dipotong menjadi 12 ketul kecil)
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap soya
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 1 ulas bawang (dicincang)
  • 1/2 sudu teh garam
  • Minyak untung menggoreng

Bahan – bahan sos:

  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 ulas bawang putih ( dicincang)
  • 1/2 bawang (dicincang)
  • 1 biji cili besar merah (dihiris halus)
  • 1 daun bawang (dihiris halus)
  • 1 sudu besar kicap soya
  • 1/2 sudu besar minyak bijan
  • 1 atau 1/2 sudu teh lada hitam
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk ayam (opsyen)
  • 1/ 2 sudu teh tepung jagung + 1/2 sudu teh air

Cara – cara penyediaan:

  1. Perap ayam dengan bahan perapan selama 15 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Ketepikan.
  2. Panaskan marjerin dalam kuali sehingga cair. Masukkan bawang, bawang putih, cili dan daun bawang. Masak dengan api kecil sehingga hampir perang keemasan.
  3. Masukkan minyak bijan, kicap soya, lada hitam, garam dan serbuk ayam. Kacau sebati.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng.
  6. Tutup api dan hidangkan bersama – sama nasi dan sayur – sayuran.

Selepas ini, anda tak perlu pening – pening lagi nak masak apa tengahari ini. Dah ada tiga resepi  saya kongsikan. Pilihlah yang mana satu yang menjadi idaman kalbu. Semoga berjaya!

Sumber:

https://cookpad.com/us/recipes/485192-ayam-masak-lada-hitam-chicken-black-pepper-sauce

https://en.petitchef.com/recipes/kam-heong-black-pepper-chicken-fid-1360171

https://themuddledpantry.com/2020/06/03/ayam-lada-hitam-malaysian-pepper-chicken/

https://resepichenom.com/resepi/ayam-masak-kam-heong/show

https://resepibonda.my/resepi-ayam-black-pepper/

https://asianfoodnetwork.com/id/resep/bahan/ayam/ayam-tumis-lada-hitam.html

error: Content is protected !!