Ayam Masak Thai cukup dikenali dengan rasa masam, manis dan pedas yang tentunya menjadi ciri keunikan masakan ala Thai.
Menu ini biasanya diwarnai dengan wangian daun limau purut, rasa enak variasi sos dan kehangatan cili burung. Dengar pun boleh terliur kan?
Selalunya kalau sebut Thai mesti ingat tom yam kan? Kali ini lain sedikit. Mari kita cuba variasi masakan ayam thai pula! Jom saya kongsikan 3 resepi ayam masak thai yang paling sedap!
Ayam Masak Thai Phat Phet
Bahan Perapan:
- 8 ketul ayam bahagian drumstick
- 1/2 sudu the kunyit
- 1 sudu the garam
- 2 cawan minyak kanola untuk menggoreng
Bahan Rempah Masakan:
- 10 biji cili burung
- 1 labu besar bawang merah ( dicincang kasar)
- 2 labu bawang putih (dicincang kasar)
- 5 batang serai
- 1 sudu kunyit
- 5 helai daun limau purut
- 1 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu teh garam
- 2 sudu besar sos ikan
- 3 cubit asam jawa
- Kentang yang dipotong wedges( pilihan: boleh beli kentang wedges segera atau membuatnya sendiri)
Cara – cara penyediaan:
- Perap ayam dengan garam dan kunyit. Ketepikan selama 5 minit.
- Goreng ayam sehingga warna keemas an.
- Kisar cili, bawang, bawang putih ,4 batang serai dan kunyit.
- Tuang minyak gorengan ke bekas lain dan tinggalkan hanya 3 sudu besar dalam kuali.
- Tumis bahan kisar sehingga wangi.
- Masukkan serai, daun limau purut dan asam jawa.
- Masak selama 5 minit.
- Tambahkan 1/4 cawan air kemudian, masukkan gula, sos ikan dan garam secukup rasa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng.
- Hiaskan hidangan dengan daun limau purut dihiris nipis, cili dan daun bawang.
- Hidangkan segera.
Ayam Masak Thai Pad Prik
Siapa yang tak kenal ayam masak pad prik kan. Menu ini sudah menjadi terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ia merupakan antara menu wajib yang selalu dipesan di kedai – kedai Thai kan? Kali ini anda boleh sediakan sendiri di rumah. Mudah sahaja dengan resepi di bawah.
Bahan – Bahan:
- 1 dada ayam (potong nipis)
- 1 sudu kecil Bawang Putih (cincang)
- 1 bawang (hiris nipis)
- 1 lada benggala hijau / kuning (dipotong nipis)
- 1 biji lada benggala merah (dipotong nipis)
- 1 lobak merah (dikupas & dipotong nipis)
- 2 “baby corn” (dipotong kecil)
- 1 biji kubis bunga (dipotong) (pilihan)
- 4 kacang panjang (dipotong separuh) (pilihan)
- 3 helai daun limau purut (dikoyakan)
- 1 biji cili merah (dihiris nipis)
- 3 biji cili burung
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada putih
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh gula
- 1 sudu teh tepung jagung (dilarutkan dalam 2 sudu besar air)
- 4 sudu besar minyak
Cara – cara penyediaan:
- Dalam kuali besar, panaskan minyak pada api sederhana.
- Masukkan bawang putih dan hirisan ayam. Tumis selama 2 – 3 minit pada api sederhana.
- Asingkan sebentar ayam yang tadi ke dalam pinggan.
- Dalam kuali yang sama masukkan daun limau purut, bawang, lada benggala hijau dan merah, lobak merah dan cili merah.
- Kacau selama 2 minit. Anda boleh masukkan kubis punga dan kacang panjang jika mahu.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga ramuan semua sebati dan masak selama 2 minit.
- Masukkan semula ayam, garam, lada putih, gula, cili burung, “baby corn”, dan bancuhan tepung jagung.
- Kacau pada api besar selama 2 minit sehingga ayam dan sayur – sayuran masak sepenuhnya.
- Tutup api dan hidangkan Bersama – sama nasi panas.
Ayam Masak Thai Pad Krapow
Bahan – Bahan:
- 45 – 60 ml minyak
- 3 biji cili burung Thai ( buang biji jika mahu dan hiris halus)
- 3 biji bawang merah ( dihiris halus)
- 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 450 gram ayam (dicincang)
- 8 gram gula atau madu
- 30 ml kicap soya
- 15 ml sos ikan
- 80 ml stok ayam rendah garam atau air
- 1 tangkai holy basil atau thai basil
Cara – cara penyediaan:
- Dengan api besar, masukkan minyak, cili, bawang merah dan bawang putih ke dalam kuali. Tumis selama 1 – 2 minit.
- Masukkan ayam dan kacau selama 2 minit. Hancur – hancurkan ayam itu.
- Masukkan gula, kicap soya dan sos ikan. Masak lagi selama seminit kemudian masukkan stok ayam. Disebabkan kuali sangat panas, stok sepatutnya akan masak dengan cepat.
- Masukkan basil dan masak sehingga layu.
- Hidangkan bersama – sama nasi.
Selepas ini, bolehlah terubat sikit rindu nak makan di kedai – kedai Thai. Maklumlah, musim PKP kita semua perlu duduk di rumah. Namun, semuanya demi kebaikan kita juga. Oleh itu, selamat mencuba!
Sumber:
https://www.mykeuken.com/2018/08/phat-phet-gai-thai-fried-spicy-chicken.html
https://www.cooklogs.com/recipe/ayam-paprik-spicy-chicken-stir-fry/
https://thewoksoflife.com/thai-basil-chicken-pad-krapow/#wprm-recipe-container-28945
https://rasamalaysia.com/spicy-chicken-stir-fry-ayam-paprik/
https://resepichenom.com/resepi/ayam-pad-kra-pao-teh-ais-thai/show
https://web.facebook.com/groups/MasakApaHariNiMAHN.my/permalink/2717533021903330/?_rdc=1&_rdr
https://www.archanaskitchen.com/thai-basil-chicken-recipe-pad-krapow-gai