Resepi Bubur Ayam Mcd mesti ramai yang carikan? Yelah, bubur daripada restoran fast food kegemaran rakyat Malaysia ini sememangnya disukai ramai. Lagi-lagi ketika itu musim hujan yang sejuk, mesti kita nak makan makanan yang suam dan panas serta menyamankan bukan?
Bubur ayam Mcd ini juga turut menjadi kegemaran rata-rata penduduk bandar kalau mereka rasa malas nak masak lagi-lagi semasa demam atau sakit selsema. Kalau tiba-tiba rasa nak makan bubur pun, semestinya kita nak yang terbaik bukan? Jadi apa kata kita cuba salah satu resepi bubur ayam Mcd yang menjadi kegilaan ramai ini!
Resepi Bubur Ayam Mcd Versi Homemade yang Berwarna Warni
Bahan-bahan Utama
- Beras – Anggaran satu setengah cawan
- Serbuk pati stok ayam – Dua sudu besar
- Garam – Secukup rasa
- Daging ayam (Bahagian dada yang direbus dan kemudiannya dicarik-carik kecil)
- Bawang goreng – Mengikut cita rasa
- Daun Parsley (Dipotong halus) – Mengikut cita rasa
- Minyak bijan – Satu sudu kecil
- Halia – Satu inci
- Cili merah untuk taburan
- Lobak merah yang dipotong nipis (Tiada dalam resepi asal bubur ayam Mcd)
- Lada sulah – Mengikut cita rasa
Cara Penyediaan
- Rebus daging ayam sehingga masak (anggaran 30 minit), pastikan air mendidih menutupi keseluruhan ayam dan masukkan halia yang dah ditumbuk, serbuk pati ayam dan garam ketika mendidih.
- Semasa menunggu ayam masak, boleh potong halus cili merah dan sediakan bawang goreng.
- Toskan ayam dan carik-carik kecil untuk taburan di atas bubur ayam Mcd kita nanti.
- Menggunakan air didihan hasil rebusan ayam tadi, masukkan beras yang dah siap dibersihkan. Tutup menggunakan penutup yang bersesuian dengan lubang untuk aliran stim panas keluar. Kecilkan api sedikit supaya nasi boleh dimasak.
- Masukkan lobak merah yang sudah siap dipotong nipis.
- Secara berkala, kacau bubur nasi sehingga tekstur menjadi berkrim.
- Tutup api, dan taburkan bahan-bahan taburan seperti cili merah, bawang goreng dan ayam rebus yang dah siap dicarik pada peringkat permulaan tadi.
- Masukkan juga minyak bijan dan daun parsley. Sekiranya suka rasa lada sulah, boleh taburkan juga mengikut cita rasa.
Resepi Bubur Ayam Mcd dengan Sentuhan Rasa Klasik Kampung
Bahan-bahan Utama
- Dada ayam
- Garam
- Beras
- Halia
- Stok Pati Ayam
- Minyak Bijan
- Ikan Bilis
- Bawang
- Cili padi
- Daun sup
- Cili merah besar
Cara penyediaan
- Rebus daging ayam sehingga masak (anggaran 30 minit), pastikan air mendidih menutupi keseluruhan ayam
- Toskan ayam dan carik-carik kecil untuk taburan di atas bubur ayam Mcd kita nanti.
- Menggunakan air didihan hasil rebusan ayam tadi, masukkan halia yang dah ditumbuk, serbuk pati ayam dan garam ketika mendidih.
- Kemudian masukkan beras yang dah siap dibersihkan. Tutup menggunakan penutup yang bersesuian dengan lubang untuk aliran stim panas keluar. Kecilkan api sedikit supaya nasi boleh dimasak dengan sekata.
- Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng di kuali yang berasingan, goreng hirisan bawang, ikan bilis dan cili padi tadi.
- Secara berkala, kacau bubur nasi sehingga tekstur menjadi berkrim. Boleh masukkan sedikit minyak bijan sekirany nasi bubur dah siap dimasak.
- Tutup api, dan taburkan bahan-bahan taburan seperti cili padi, bawang goreng dan ayam rebus yang dah siap dicarik pada peringkat permulaan tadi.
- Boleh tabur juga bahan taburan lain seperti daun sup dan cili merah besar jika sukakan rasa sedikit pedas.
Resepi Bubur Ayam Mcd Guna Nasi Lebihan Supaya Tak Terbazir
Bahan-bahan Utama
- Nasi lebihan yang masih elok
- Daging ayam bahagian dada
- Halia
- Pati ayam
- Garam
- Bawang goreng
- Kicap cair
- Minyak Bijan
- Lada sulah
Cara penyediaan
- Rebus daging ayam sehingga masak (anggaran 30 minit), pastikan air mendidih menutupi keseluruhan ayam
- Toskan ayam dan carik-carik kecil untuk taburan di atas bubur ayam Mcd kita nanti.
- Menggunakan air didihan hasil rebusan ayam tadi, masukkan halia yang dah ditumbuk, serbuk pati ayam dan garam ketika mendidih.
- Kemudian masukkan lebihan nasi yang kita nak gunakan.
- Secara berkala, kacau bubur nasi sehingga tekstur menjadi berkrim. Tambah air dari masa ke masa sehingga mencapai tekstur cair.
- Boleh masukkan sedikit kicap cair dan minyak bijan sekiranya nasi bubur dah siap dimasak.
- Tutup api, dan taburkan bahan-bahan taburan seperti bawang goreng dan ayam rebus yang dah siap dicarik pada peringkat permulaan tadi.
- Bubur Ayam Mcd sedia untuk dihidang.
Mudah bukan?
Resepinya hampir sama tetapi boleh diubah dengan penambahan beberapa bahan lain supaya menepati citarasa anda. Kalau dah bosan dengan menu yang asyik sama atau terlalu sibuk samapi tak tahu nak masak apa. Boleh lah cuba bubur ayam Mcd ini! Kawan-kawan saya yang duduk jauh dari cawangan Mcd pun selalu mencuba mengolah resepi bubur ayam MCd ini tau! Selamat menjamu selera!
SUMBER:
https://steemit.com/food/@ainie.kashif/mcdonald-s-chicken-porridge-home-recipe
https://buatoranglapo.com/2020/03/21/bubur-nasi-ayam-sedap-macam-mcd/
https://whattocooktoday.com/chicken-porridge.html
https://bidadari.my/resepi-bubur-ayam-mcd/
https://live.staticflickr.com/5007/5279054598_6289fb37b6_b.jpg
https://www.freepik.com/premium-photo/delicious-mush-table-morning_14521360.htm