Resepi cucur manis sangatlah mudah kerana tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan menu ini. Bayangkan dengan hanya beberapa bahan sahaja anda dapat menghasilkan cucur yang enak dan amat sesuai sebagai minum petang seisi keluarga.
Bagi memperolehi cucur manis yang bentuknya bulat, anda perlu menggunakan air panas yang mendidih dan kacau secara laju. Apabila bertukar sedikit suam, mulakan proses untuk membulatkannya dengan segera.
Biasanya orang membuat cucur menggunakan tepung gandum, kerana kalau menggunakan tepung gandum cucur akan jadi garing di luar namun lembut di dalam, dibandingkan menggunakan tepung lain, tepung gandum lebih sesuai. Jom kita lihat 3 cucur manis dalam perkongsian kami kali ini.
RESEPI 1: CUCUR BEBOLA MANIS
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 6 sudu besar gula
- 1 sudu teh garam
- 4 cawan air panas mendidih
Cara Membuatnya:
- Dalam sebuah bekas, masukkan tepung gandum, gula dan garam. Tuangkan air panas dan kacau sebati. Kacau dengan sudu atau senduk.
- Setelah sejuk sedikit, bulatkan/gentel menjadi bentuk bulat yang kecil. Tips: Doh akan melekat pada tangan. Untuk memudahkan proses menggentel, celup hujung jari dengan air dan letak air sedikit pada tapak tangan. Anda juga boleh menggunakan minyak.
- Goreng dengan minyak yang banyak (deep fry) dan golekkannya selalu supaya masak sekata. Angkat, toskan minyak dan hidang.
RESEPI 2: CUCUR MANIS CHEESE
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air
- 4 keping cheese
- 4 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar gula
- 2 sudu besar mentega
- Sedikit garam
- Minyak
Cara Membuatnya:
- Dalam periuk kecil, satukan air, gula,susu pekat manis, mentega,cheese dan garam.
- Masak hingga semua larut dan mendidih.
- Dalam mangkuk berasingan, sediakan gandum dan tuang larutan yang dimasak tadi (tuang terus semasa panas) sambil adun menggunakan sudu. Awas ya adunan panas. Adun hingga menjadi doh. Biarkan suam/sejuk sedikit.
- Sapu tangan dengan sedikit minyak dan bentuk doh menjadi bulat sebesar bola golf.
- Jika ingin membuat bentuk churros, masukkan doh ke dalam piping beg dan guna nozle close star.Picit doh ke atas kertas baking. Buat hingga selesai.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.
RESEPI 3: CUCUR MANIS STICK
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 4 cawan air
- 6 sudu gula
- 2 sudu minyak masak
- 2 sudu kecil garam
Cara Membuatnya:
- Didihkan air bersama gula, minyak dan garam.
- Masukkan ke dalam tepung gandum.
- Gaul sehingga sebati.
- Biarkan adunan sejuk seketika.
- Bentuk dengan cara gulung di atas dulang panjang. Selepas itu potong.
- Goreng dengan api sederhana hingga garing.
Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Rasanya sedap! kalau budak-budak pasti suka. Selamat mencuba!
SUMBER
https://iluminasi.com/bm/resepi-cucur-bebola-manis-rangup-di-luar-lembut-di-dalam.html
http://linapg.blogspot.com/2021/04/cucur-manis-cheese-versi-churros-rangup.html