Now Reading
3 Resepi Dumpling Yang Mudah Dan Sedap

3 Resepi Dumpling Yang Mudah Dan Sedap

resepi dumpling

Resepi dumpling terdapat dalam pelbagai jenis, antaranya dumpling daging, dumpling ayam, dumpling kambing dan lain-lain. Bahkan ada pula yang mencampurnya contoh dumpling ayam cendawan, dumpling daging lobak merah ataupun dumpling kambing daun sup.

Dumpling adalah antara salah satu sajian masyarakat Cina yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Sedap dan enak dimakan panas-panas. Dumpling boleh dikukus, direbus atau digoreng dengan minyak sedikit.

Jom kita lihat 3 resepi untuk menghasilkan dumpling yang sangat mudah.

RESEPI 1: DUMPLING IKAN BERSAMA CENDAWAN

Bahan-bahan:

  • 1 paket kulit dumpling
  • 250 g isi ikan tenggiri
  • 5 biji cendawan shitake (dicincang)
  • Batang cendawan shitake (ditanggalkan jangan dibuang)
  • 2 keping tauhu putih
  • 2 pokok daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 1/2 batang lobak merah (didadu)
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam/lada putih
  • 1 teh gula
  • 1 sudu teh sos tiram/garam
  • 2 sudu teh kicap cair
  • 2 sudu teh kicap manis

Cara Membuatnya:

  1. Kisar ikan bersama semua bahan termasuk batang cendawan yang ditanggalkan kecuali carrot, daun sup dan cendawan.
  2. Campurkan lobak merah, daun sup dan cendawan. Kacau rata.
  3. Letakkan kulit dumpling atas tapak tangan. Sudukan 1 sudu teh inti. Sapu air pada sekeliling kulit dumpling bahagian dalam.
  4. Cara lipat: Tutup kulit dumpling bahagian tengah sahaja. Lipatan Kanan: sapu sedikit air di bahagian luar kemudian lipat ke arah tengah. Lipatan kiri: ulang di sebelah kiri. Susun dalam bekas.
  5. Untuk di simpan dalam peti ais, selangkan plastik/baking paper di antara dumpling.
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan atau kukus dengan melapik plastik kecil untuk setiap dumpling selama 15-20 minit.

Sos Pencicah

Bahan-bahan:

  • Sos cili Thai
  • Sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • Sedikit bijan (disangai)

Cara Membuatnya:

  1. Campurkan semua bahan (sos cili thai, sedikit daun ketumbar dan sedikit bijan). Kacau sehingga rata.
  2. Sedia untuk dihidang bersama dumpling.

RESEPI 2: SUP DUMPLING

Bahan-bahan (Inti Dumpling)

  • 300g isi ayam (fillet dicincang)
  • 1/2 lobak merah (sagat)
  • 1 biji bawang besar (cincang halus)
  • 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Daun sup & daun bawang (potong halus)
  • 2 sudu serbuk lada sulah
  • 3 sudu minyak bijan
  • 2 sudu serbuk maggi cukup rasa
  • 1 sudu kecil garam & gula
  • Dumpling pastry (Instant)

Cara Membuatnya:

  1. Campur semua bahan-bahan kecuali dumpling pastry. Gaul sebati dan perap sekejap lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan inti dalam pastry dan kelim pastry ikut kreativiti anda. Boleh try google atau tengok youtube untuk tahu cara lipat dumpling.
  3. Susun dumpling di atas pinggan dan letak dalam pengukus. Kalau letak atas pengukus terus nanti melekat.
  4. Kukus dumpling selama 10 minit.

Bahan-bahan (Sup dumpling)

  • 6 ulas bawang putih (ketuk & cincang)
  • 1 inci halia (ketuk & cincang)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • 1/2 kiub ayam maggi
  • Garam & gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

  1. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau. Masukkan 1 mangkuk air dalam periuk. Masukkan bahan-bahan lain sampai mendidih.
  2. Letak dumpling yang dah siap kukus tadi ke dalam periuk. Biarkan lebih kurang 2-3 minit. Selepas itu, tabur sikit daun bawang.
  3. Kemudian buat sos pakai sos thai campur sikit dengan daun ketumbar yang dah dicincang halus. Gaul sebati dan sedia untuk dimakan dengan sup.

RESEPI 3: DUMPLING DAGING KUKUS

Bahan-bahan:

Anda boleh kurangkan bahan untuk menghasilkan dumpling dalam kuantiti sedikit.

  • 1 paket daging kisar Ramly
  • 4 ulas bawang merah – di dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih – pecahkan sahaja
  • 2 pek cendawan enoki
  • Daun bawang atau daun kucai pun boleh
  • Serbuk cili – ikut kepedas masing-masing
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan gaul rata, kacau hingga masak.
  3. Tambahkan sedikit air jika terlalu kering agar daging empuk.
  4. Masukkan serbuk cili, sos tiram dan kicap manis, gaul sebati.
  5. Bila dah masak masukkan cendawan enoki yang dipotong pendek-pendek dan juga daun bawang.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa, matikan api dan sejukkan seketika.
  7. Bentangkan kulit wantan segera tadi dan isi kan inti di bahagian tengah dan tutup rapat. Boleh sapu dengan air supaya ia melekat. Jangan dedahkan kulit wantan terlalu lama pada suhu bilik kerana ia cepat mengering, nanti koyak bila diisi intinya. Sama lah kaedahnya macam kulit popia kan.
  8. Panaskan kukusan dan susun dumpling di dalam pinggan dan kukus dalam 10 minit.
  9. Angkat dan sejukkan seketika dan bolehlah di makan dengan sos Thai.

Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Resepi ini juga sesuai dihidangkan kepada anak-anak, pasti mereka akan gemari. Lebih-lebih lagi ia sangat mahal jika dibeli dikedai. Lebih baik buat sendiri dirumah. Selamat mencuba!

SUMBER

https://cookpad.com/my/recipes/14669023-dumpling-ikan-bersama-cendawan-goreng-dan-kukus

https://dailymakan.com/resepi-dumpling-soup-homemade/26028/

https://www.anajingga.com/2019/08/dumpling-daging-kukus-mudah.html

error: Content is protected !!