Now Reading
3 Resepi Ikan Salmon Yang Dijamin Sihat

3 Resepi Ikan Salmon Yang Dijamin Sihat

ikan salmon

Ikan salmon selalu dikaitkan sebagai ikan yang baik bagi sesetengah orang. Mungkin kerana dipengaruhi oleh harganya yang agak mahal jika dibandingkan dengan spesis ikan yang lain.

Hal ini kerana terdapat banyak khasiat dalam ikan ini seperti kandungan omega-3, selenium, potassium dan banyak lagi. Jadi apa yang boleh dimasak menggunakan ikan salmon ini?

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis resepi yang anda boleh sediakan dengan menggunakan ikan salmon. Lebih bagus jika dimasak dengan menggunakan resepi yang sihat agar anda mendapat semua kebaikan dari ikan salmon tersebut.

Jadi, mari lihat 3 resepi ikan salmon yang sihat yang telah kami sediakan untuk anda cuba sendiri.

IKAN SALMON MASAK KICAP

Bahan-bahan:

  • Isi ikan salmon (dipotong tebal)
  • Cili kering (dikisar halus)
  • Bawang Holland (dipotong bulat)
  • Tomato (dipotong empat)
  • Garam
  • Gula
  • Lada hitam
  • Kicap pekat
  • Secawan air

Kaedah penyediaan:

  1. Ikan digaul dengan garam dan lada hitam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan cili dan masak sehingga garing atau pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap pekat dan air asam jawa.
  5. Masukkan juga secawan air dan gaul sebati sehingga mendidih.
  6. Masukkan ikan salmon yang telah digoreng.
  7. Kemudian masukkan bawang holland, cili padi dan tomato.
  8. Sedia untuk dihidang.

IKAN SALMON TERIYAKI

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Kicap pekat
  • Madu
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Halia (ditumbuk halus)

Bahan-bahan sos:

  • Bawang holland
  • Mentega
  • Tepung
  • Susu
  • Lada hitam
  • Thyme
  • Jus lemon
  • Garam

Kaedah penyediaan:

  1. Perap ikan dengan kicap pekat, madu, lada hitam, bawang putih dan halia.
  2. Gorengkan ikan yang diperap tadi.
  3. Untuk sos, tumis bawang holland dengan mentega.
  4. Masukkan tepung, susu, lada hitam, thyme, jus lemon dan garam.
  5. Sedia untuk dihidang.

IKAN SALMON PANGGANG

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Garam Himalaya
  • Lada hitam
  • Serbuk cili
  • Bawang putih (dicincang)
  • Sedikit minyak zaitun
  • Air untuk merebus
  • Bunga kobis (dipotong)
  • Brokoli (dipotong)
  • Lobak (dipotong)

Kaedah penyediaan:

  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam Himalaya, lada hitam, serbuk cili, bawang putih yang dicincang dan sedikit minyak zaitun.
  2. Perapkan sekejap ikan yang telah diperasakan dalam 20 minit hingga 30 minit.
  3. Selepas perap, panggangkan ikan di atas pemanggang api atau pemanggang ajaib.
  4. Rebuskan sekejap air dan masukkan bawang putih, bunga kobis, brokoli dan lobak. Rebus sehingga separuh masak.
  5. Masukkan sedikit garam Himalaya untuk menambah perasa.
  6. Panggangkan sayur bersama ikan yang sedang dipanggang tadi.
  7. Sedia untuk dihidang.

Ikan salmon ini bukan merupakan lauk harian masyarakat kita namun sekiranya anda ingin mencuba untuk merasa tekstur isi ikan ini anda boleh mencuba tiga resepi di atas. Dijamin sangat enak. Yang paling penting, resepi-resepi di atas semestinya adalah resepi-resepi yang sihat. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://saji.my/resepi-ikan-salmon/#10_Salmon_Masak_Kicap

2) https://cookpad.com/my/search/salmon

3) https://www.rasa.my/5-resipi-salmon-berjus-paling-sedap-ikan-usah-dimasak-lama/

error: Content is protected !!