Now Reading
3 Resepi Ikan Stim Yang Mudah Untuk Disediakan

3 Resepi Ikan Stim Yang Mudah Untuk Disediakan

ikan stim

Kebiasaannya bagi masyarakat Cina kan, ikan stim ini adalah simbol kepada tuah, dan salah satu makanan yang paling ikonik semasa Tahun Baru Cina.

Beberapa juadah yang disediakan ketika Tahun Baru Cina mempunyai simbolnya tersendiri. Kebanyakannya untuk membawa tuah terutamanya.

Penyediaan hidangan bertuah ini biasanya dihidangkan semasa perayaan – seperti selama 16 hari, khas buat Perayaan Tahun Baru. Popia, summer rolls, jjaozi dan hari ini ikan stim adalah antara juadah yang dihidangkan sewaktu perayaan tersebut.

Mari kita lihat 3 resepi ikan stim yang mudah untuk disediakan seperti di bawah.

IKAN STIM SIAKAP STYLE ORANG CINA

ikan stim gaya orang cina

Bahan-bahan A:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 inci halia muda (potong memanjang)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 1 batang daun bawang (hiris)
  • Daum ketumbar
  • Cili padi
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan B (sos):

  • 4 sudu besar kicap cair
  • 5 sudu besar stok ayam atau stok ikan
  • 1/4 sudu teh minyak bijan
  • 3 titis lada sulah

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci ikan siakap anda dan keringkan ikan tersebut. Kelar di bahagian badan dan taburkan lada sulah juga garam di dalam dan luar badan siakap.
  2. Masukkan halia muda dan bawang putih yang telah dihiris nipis tadi. Panaskan pengukus dan kukus ikan siakap selama 8 minit.
  3. Panaskan kuali di atas api dan tuang sedikit minyak masa. Setelah minyak panas, tuang pula minyak tersebut ke atas ikan. Tutup sebentar.
  4. Bila ikan sudah masak, anda boleh lah tuang sos tadi ke seluruh bahagian ikan. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan ketumbar. Sedia untuk dihidang.

IKAN STIM TAUCU

ikan stim taucu

Bahan-bahan A:

  • Ikan siakap saiz sederhana (atau kerapu)
  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar sos ikan
  • Sedikit jus limau

Bahan-bahan B (dihiris halus):

  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Cili merah
  • 1 biji tomato
  • Ketumbar dan daun sup

Cara-cara penyediaan:

  1. Campurkan ikan anda dengan taucu dan sedikit garam.
  2. Letakkan kesemua bahan (B) kepada ikan (kecuali buah tomato, daun ketumbar dan daun sup).
  3. Kukus di dalam pengukus selama 15 minit.
  4. Kemudian, masukkan tomato, ketumbar dan daun sup.
  5. Kukus lagi untuk 5 minit. Keluarkan dari pengukus dan sedia untuk dihidang.

Tips:

  • Jangan tabur sangat garam sebab taucu tadi pun dah ada rasa masin yang kuat.

IKAN STIM DENGAN LIMAU DAN BAWANG PUTIH

ikan stim dengan limau dan bawang putih

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan talapia (atau mana-mana jenis ikan berdaging putih sedap juga)
  • 2 batang serai (bahagian bawah saja)
  • 1/2 cawan stok ayam atau stok ikan
  • 1 sudu besar gula Melaka (dipotong halus)
  • 4 sudu besar jus limau
  • 1 biji bawang putih (dihiris halus)
  • Cili padi (dihiris halus)
  • 10 ke 15 tangkai daun ketumbar (dihiris)
  • 1 batang saderi (dipotong kepada 1 inci)

Cara-cara penyediaan:

  1. Pastikan ikan anda sudah dibuang sirip dan organ dalaman, kemudian kelar 3 pada kedua bahagian ikan. Belah dua serai dan ketuk menggunakan anak lesung atau belakang pisau untuk keluarkan baunya.
  2. Kukus ikan pada air mendidih selama lebih 10 ke 15 minit bergantung kepada saiz. Nak tahu ikan sudah masak, cucuk bahagian tengah dan paling tebal isinya dengan garfu, kalau garfu keluar dengan bersih maksudnya sudah masak sepenuhnya.
  3. Penyediaan sos: sementara tunggu ikan dikukus, panaskan stok ayam di dalam kuali sehingga mendidih, kemudian masukkan gula, rendahkan api dan biar ia mereneh sampai gula larut.
  4. Tuang campuran ini di dalam mangkuk. Tambah bawang putih dan cili padi, kacau selama 15 ke 20 saat untuk sebatikan rasa bawang putih dalam sos.   
  5. Sudah boleh tuang atas ikan, masukkan jus limau dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan rasa. Pastikan rasa masam dan manis seimbang.
  6. Sediakan pinggan untuk menghidang yang dialaskan dengan daun saderi. Pinggan yang agak dalam sedikit supaya boleh letak sos sekali. Pindahkan ikan yang telah dikukus di dalam pinggan tadi.
  7. Sendukkan sos dan tuang rata ke atas ikan, bawang putih dengan cili padi biar di atas untuk dapatkan warna menarik.
  8. Hiaskan dengan lebihan daun saderi, sedap dimakan dengan nasi kukus.

Nota-nota penting:

  • 15 minit sebelum mula mengukus, keluarkan ikan anda dari dalam peti sejukbeku. Periksa ikan sudah dibuang sirip ataupun belum. Kelar bahagian depan dan perut ikan. Kelar ikan ini untuk buat haba semasa mengukus tu disebarkan dengan baik.
  • Biasanya kukus ikan ni ambil masa 6 minit. Kalau saiz ikan dua kali ganda besar, tambah masa dua kali ganda dari masa asal. Walaubagaimanapun, ini hanyalah anggaran kasar yang bergantung kepada situasi. Contohnya, kekuatan api pun main peranan penting juga.
  • Ketebalan pinggan juga penting. Masa ikan sudah siap dikukus, jangan buka dulu penutup, nanti wap panas hilang dan suhu jatuh.
  • Orang-orang lama suka kelembutan pada ikan, jadi 80% masak pun kira okay dah. Selebihnya dimasak semasa menjamu selera.
  • Daging yang masih melekat di tulangnya ni kira petunjuk supaya anda sediakan resepi ini dengan berhati-hati. Tapi standard memasak di restaurant sekarang kalau jadi macam ini, pesanan anda boleh dikembalikan.
  • Masyarakat kini lagi suka ikan yang masak sepenuhnya. Rasa lagi selamat nak makan.

Ikan stim melambangkan kesatuan buat keluarga yang boleh dinikmati sewaktu perayaan besar-besar ataupun ketika makan malam bersama yang tersayang. Oleh kerana suhu mengukus tidak berubah, hanya pada 100°C, tidak kira berapa lama atau betapa tinggi api yang anda gunakan.

Ini menjadikan teknik pengukusan adalah salah satu teknik terbaik untuk kekalkan nutrisi di dalam ikan.

Sumber:

https://www.196flavors.com/china-steamed-fish/

https://www.aziekitchen.com/2013/11/ikan-siakap-kukus-chinese-style.html

https://resepichenom.com/resepi/siakap-stim-taucu/show

https://hot-thai-kitchen.com/mark-wiens-pla-gapong-neung-manao

https://guide.michelin.com/en/article/dining-in/8-tips-to-a-perfect-steam-fish

error: Content is protected !!