Ikan tenggiri boleh dimasak dengan pelbagai cara dan terdapat pelbagai resepi ikan tenggiri di Malaysia. Ia juga sangat mudah didapati di negara kita.
Ikan tenggiri adalah ikan yang sangat berharga yang dicirikan oleh sifat berfaedah yang luar biasa dan mempunyai komposisi yang kaya dengan mineral, vitamin, dan asid lemak. Ikan tenggiri juga merupakan asas diet karbohidrat dan mempunyai banyak kebaikan diet.
Ikan tenggiri memberi kesan positif kepada sistem kardiovaskular dan sistem saraf. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pesat tisu otot yang mana amat disukai oleh para atlet. Pengambilan ikan ini secara tetap dan secara semulajadi akan membantu anda untuk terus berjaga, cantik, dan pintar, kerana unsur-unsur dalam ikan tenggiri memberi kesan yang baik pada otak dan tubuh badan.
Ikan tenggiri bukan sahaja lazat malah ia juga berguna untuk kesihatan manusia. Ia memberi banyak faedah dan kebaikan kesihatan tanpa mengira jantina dan umur. Selain itu,Ikan tenggiri dapat membantu menurunkan berat badan kita. Oleh sebab itu, ikan tenggiri perlu dimasak dengan betul bagi menyeimbangkan berat badan kita dan memperbaiki keadaan kulit dan rambut.
Mari kita cuba tiga resepi ikan tenggiri di bawah.
RESEPI 1 – IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Isi ikan tenggiri 3-4 ketul
- Bawang merah 10 ulas
- Bawang putih 5 ulas
- Cili padi 6 biji
- Biji sawi 1 camca
- Halia (hiris halus)
- Cuka 2 sudu kecil
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak
- Sedikit serbuk kunyit
Cara-cara memasak:
- Gaul serbuk kunyit dan garam bersama dengan isi ikan terlebih dahulu.
- Panaskan minyak di dalam kuali.
- Goreng ikan tersebut dengan minyak panas. Ikan tidak perlu digoreng terlalu garing. Ketepikan ikan selepas digoreng.
- Tumis biji sawi dengan minyak panas.
- Masukkan bawang merah dan putih bersama.
- Selepas itu, masukkan air ke dalam bawang yang telah ditumis.
- Masukkan garam, gula, cili padi dan cuka.
- Masukkan ikan.
- Biar sekejap dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
RESEPI 2 – IKAN TENGGIRI MASAK KICAP PEDAS
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 ekor ikan tenggiri yang dilumur dengan garam kunyit – digoreng
- 1 biji bawang besar
- 1 biji cili merah
- 4 helai daun limau purut
- 4 biji cili padi
- 1-2 sudu besar cili kisar
- 1 cawan air
- Garam
- Kicap manis secukupnya
- Minyak
- 2 batang kulit kayu manis
- 3-4 biji bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
Cara-cara memasak:
- Kisar semua bahan bertanda * sehingga lumat.
- panaskan kuali dengan minyak dan tumis kulit kayu manis bersama bahan kisar sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili betul-betul masak. Kemudian, masukkan air dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap dan biar sampai mendidih.
- Masukkan ikan yang telah siap digoreng dan daun limau purut. Kecilkan api dan biarkan seketika hingga sebati.
- Tutup api dan hidangkan.
RESEPI 3 – SINGGANG IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 5 ketul ikan tenggiri
- 1 liter air
- 3 ulas bawang putih – hiris nipis
- 2 keping asam keping
- 1 biji tomato merah – potong 4
- 3 batang bendi
- 6 biji cili padi
- 2 inci lengkuas – hiris nipis
- 1/2 biji bawang holland – hiris nipis
- 1/4 keping gula melaka
- Garam
Cara-cara memasak:
- Masukkan air, bawang putih, lengkuas, dan cili padi ke dalam periuk dan biarkan ia mendidih.
- Masukkan ikan tenggiri, tomato merah, dan bendi. Biarkan seketika atau 2 minit.
- Kemudian, letakkan gula melaka dan juga garam secukupnya.
- Didihkan seketika dengan api sederhana.
- Apabila ikan sudah masak dengan sempurna, tutup api dan hidangkan untuk seisi keluarga.
TIPS:
- Pilih ikan berisi daging putih. Ini kerana ikan yang berisi daging putih akan berasa manis dan baik untuk kesihatan.
Sumber:
https://may.healthycatchups.com/skumbrija-sostav-poleznye-svojstva.html