Now Reading
3 Resepi Jagung Manis Yang Mudah Untuk Disediakan

3 Resepi Jagung Manis Yang Mudah Untuk Disediakan

jagung manis

Seronoknya sekiranya petang-petang begini dapat makan jagung manis. Wah sedapnya! Rasa manis berlemak dari kuah jagung manis tu seperti terasa sahaja di tekak. Tapi sekarang musim PKPB, jadi kedai jarang buka susahlah nak rasa jagung manis ni kan.

Tahukah anda jagung ini adalah buah dan bukannya sayur. Amat disyorkan untuk kita supaya memakan buah yang banyak untuk mendapat khasiat vitamin demi memenuhi keperluan harian.

Namun begitu, masyarakat kita sudahpun mengolah beberapa resepi jagung supaya kita boleh menikmati jagung dengan cara yang lebih enak dan kreatif. Salah satunya mestilah jagung manis yang menjadi kegemaran ramai ini.

Senang saja nak buat jagung manis ini sebenarnya. Jadi, jom kita lihat resepi jagung manis dan cuba buat sendiri di rumah dengan beberapa langkah yang mudahsahaja.

JAGUNG MANIS KUKUS DENGAN CHEESE

Jasuke Kauman - Sidorejo - Makanan Delivery Menu | GrabFood ID

Bahan-bahan:

  • 2 batang jagung
  • Garam
  • Susu cair
  • Planta
  • Cheese

Kaedah penyediaan:

  1. Rebus jagung hingga masak. Apabila sudah masak tapis dan buangkan air rebusan.
  2. Tuangkan semula jagung ke dalam periuk dan masukkan garam secukupnya.
  3. Kemudian masukkan susu cair. Kacau dulu.
  4. Masukkan pula planta atau marjerin. Kacau lagi bagi sebati.
  5. Kemudian kalau nak lebih sedap, masukkan cheese. Kacau bagi sebati.
  6. Siap untuk dihidangkan

JAGUNG MANIS BERKRIM DENGAN SUSU

Bahan-bahan:

  • 2 senduk jagung yang telah siap di kukus
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • susu pekat manis

Kaedah penyediaan:

  1. Letak isi jagung yang siap dipotong kecik tanpa batang dan letak dalam bekas.
  2. Kukus jagung dalam 15 minit. Jangan rebus dalam rendaman air khuatir hilang kemanisan jagung.
  3. Dah siap masak, ambil satu senduk jagung dan masukkan ke dalam cawan.
  4. Letakkan manjerin 1 sudu kecil dan kacau.
  5. Ambil 2 sudu besar susu pekat dan tambah air panas 1 sudu kecil sahaja.
  6. Perasakan dengan sedikit garam dan gaul rata. Siap untuk dihidang!

BUBUR JAGUNG MANIS

Bahan-bahan:

  • 2 batang jagung, hiris isinya
  • 1/4 -1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sudu besar biji sagu
  • 2 helai daun pandan, carik dan simpul

Kaedah penyediaan:

  1. Masukkan santan cair, daun pandan dan isi jagung ke dalam periuk.
  2. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih.
  3. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam, sagu dan santan pekat. Kacau perlahan-lahan sehingga bubur mendidih.
  4. Kadar manis adalah mengikut citarasa anda. Jika rasa kurang manis boleh tambah lagi sedikit gula.
  5. Setelah semua rasa sebati, tutup api dan bubur jagung manis anda sedia untuk dinikmati.

Jadi bagaimana, senangkan? Kongsikan resepi ini bersama ahli keluarga tersayanga atau sahabat handai supaya mereka juga dapat membuatnya di rumah. Anda pun jangan lupa cuba ya resepi yang telah kami kongsikan ini. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://dailymakan.com/resepi-jagung-manis-ala-pasar-malam/29769/

2) https://www.tinynasweet.com/2020/07/resepi-jagung-kukus-manis-atau-cupcorn.html

3) https://bidadari.my/resepi-jagung-manis/

error: Content is protected !!