Now Reading
3 Resepi Kangkung Goreng Belacan Yang Memikat Selera

3 Resepi Kangkung Goreng Belacan Yang Memikat Selera

kangkung goreng belacan

Dalam banyak-banyak masakan sayur, sayur kangkung goreng belacan sering menjadi pilihan warga Malaysia tanpa mengira bangsa untuk dijadikan menu makan tengah hari. Ini kerana sayur kangkung goreng belacan memang sedap dan harganya pun sangat murah!

Sayur kangkung boleh didapati di pasar pagi mahupun pasar raya berdekatan rumah anda. Harganya tidak terlalu mahal untuk dibeli. Sekitar RM4 untuk satu kilogram. Jadi, tak hairanlah ia menjadi pilihan ramai.

Sayur kangkung memang sangat sedap jika dimasak menjadi hidangan kangkung goreng belacan. Memang tak cukup sepinggan nasi dengan keenakan dan kerangupan kangkung ni.

Jadi, jom belajar 3 variasi resepi kangkung goreng belacan yang kami sediakan untuk anda seperti di bawah ini.

KANGKUNG GORENG BELACAN RANGUP

Bahan-bahan:

  • 1 ikat kangkung segar
  • 1 tangkai cili merah*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis/udang kering*
  • 1 sudu makan belacan*
  • Garam dan perasa ajinomoto secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

Kaedah penyediaan:

  1. Potong kangkung mengikut citarasa, bersihkan dan rendam dulu dengan air untuk menghilangkan pasir dan tanah yang melekat pada kangkung.
  2. Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat.
  3. Bila minyak sudah panas, tumis bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
  4. Masukkan garam dan perasa. Kacau seketika kemudian masukkan kangkung.
  5. Gaul rata dan kacau sehingga masak.
  6. Bagi yang suka berkuah, boleh tambah sedikit air dan bila kuah sudah mendidih padamkan api.

KANGKUNG GORENG BELACAN ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 1 ikat kangkung
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • Segenggam udang (buang kulit)
  • 1 inci belacan (ditumbuk)
  • Garam dan gula-secukup rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Potong kangkung dan bersihkannya.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang-bawang,cili dan belacan sehingga naik bau.
  3. Masukkan sayur kangkung ke dalam kuali. Biar ia layu seketika.
  4. Masukkan udang dan masak untuk seketika.
  5. Letak sedikit garam dan gula.
  6. Siap untuk dihidangkan.

KANGKUNG GORENG BELACAN DENGAN KERANG

Bahan-bahan:

  • Seikat kangkung
  • 70 gm isi kerang
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 8 tangkai cili kering*
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan air

Kaedah penyediaan:

  1. Sediakan bahan.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Tumis bahan kisar sehingga garing. Masukkan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan kerang. Kacau sebentar. Masukkan kangkung.
  5. Kacau sekata. Perasakan dengan garam.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Memang lazat sungguh kesemua resepi di atas ini. Resepi kangkung goreng belacan ini juga bertindak sebagai inisiatif untuk memperbanyakkan hidangan sayur dalam pemakanan harian anda. Jadi, jangan lupa cuba ya 3 resepi kangkung goreng belacan ni. Selamat mencuba!

Sumber:

1) https://cookpad.com/my/recipes/10075128-kangkung-goreng-belacan

2) https://resepibagus2.blogspot.com/2015/04/kangkung-belacan-ala-thai.html

3) https://cookpad.com/my/recipes/14072168-sayuran-kangkung-pedas-berkerang?ref=search&search_term=kangkung

error: Content is protected !!