Now Reading
3 Resepi Kari Sotong Yang Mudah Dan Lazat

3 Resepi Kari Sotong Yang Mudah Dan Lazat

kari sotong

Anda terasa ingin makan kari sotong tetapi tak mahu membelinya di gerai makan? Anda berniat untuk memasaknya sendiri di rumah? Haa anda berada di tempat yang betul!

Di sini kami kongsikan 3 resepi kari sotong yang mudah dan lazat yang anda boleh cuba. Teruskan membaca ya!

Resepi 1 – Gulai Sotong India

 Bahan-bahan:

  • Sotong – 0.2kg
  • Tomato dipotong baji – 1 biji
  • Santan – 1 tin atau 5.6 oz
  • Telur rebus tanpa kulit – 4 biji
  • Serbuk kari ikan Baba – 4 sudu besar
  • Rempah halba, sawi hitam, jintan manis dan jintan putih dicampur dan gaul rata – 1 sudu teh
  • Daun kari – 1 helai
  • Air – 2 cawan
  • Minyak masak – 2 sudu besar
  • Bawang merah dihiris nipis – 4 biji
  • Minyak cili – 1 sudu besar
  • Garam – secukup rasa

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang merah hingga naik bau.
  2. Masukkan sotong, serbuk kari, daun kari, campuran rempah dan tomato. Masak dan gaul seminit.
  3. Keluarkan sotong sahaja supaya tak terlebih masak.
  4. Tambahkn santan, telur rebus dan air dan masak hingga mendidih selama 8 minit.
  5. Masukkan semula sotong dan masak selama 1 ke 2 minit sahaja, tidak sampai sotong mengecil.
  6. Tambahkan minyak cili dan garam secukup rasa. Siap!

Resipi 2 – Kari Sotong Gaya Sri Lankan

Bahan-bahan:

  • Sotong – 400g
  • Bawang merah dihiris – 40g
  • Bawang putih dipotong dadu – 4 ke 5 ulas
  • Halia dihancurkan – ½ sudu teh
  • Daun kari – 2 ke 3 helai
  • Serbuk kari – 2 sudu besar
  • Biji halba – 1/4 sudu teh
  • Biji sawi – 1/4 sudu teh
  • Jintan manis – 1/4 sudu teh
  • Serbuk kunyit – 1/4 sudu teh
  • Santan pekat – 250ml
  • Jus asam jawa pekat – 50ml
  • Garam – secukupnya
  • Minyak masak – secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Perap sotong yang dipotong cincin dengan kunyit dan garam selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak dan masukkan biji sawi dan biarkannya merata.
  3. Masukkan dan tumis bawang merah hingga warna coklat muda.
  4. Masukkan bawang putih, halia, daun kari, biji halba dan jintan manis. Gaul rata dan tumis dengan api sederhana selama seminit.
  5. Masukkan sotong dan gaul rata. Tutup kuali dan masak dengan api yang tinggi selama 5 hingga 7 minit.
  6. Angkat penutup, kacau sotong dengan kerap dan kemudian masukkan santan pekat dan jus asam jawa.
  7. Sejurus selepas itu, masukkan serbuk kari dan gaul rata dan masak selama 10 hingga 12 minit dengan api yang sangat rendah.
  8. Rasa dan tambah kari atau garam jika perlu. Siap! 

Resepi 3 – Kari Sotong

Bahan-bahan:

  • Sotong dihiris – 1 kg
  • Bawang merah – 1 biji
  • Bawang putih dihiris – 3 ulas
  • Lada merah dihiris nipis – 1/2 biji
  • Ketumbar – 5 tangkai
  • Santan – 1 tin
  • Serbuk kari – 1 sudu besar
  • Minyak zaitun – secukupnya
  • Garam – secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun dan tumis bawang merah dan bawang putih dengan api kecil hingga bawang jadi lut.
  2. Masukkan lada merah dan masak selama 2 atau 3 minit.
  3. Masukkan sotong dan sedikit garam, tutup periuk dan biar masak hingga sotong mula lembut.
  4. Buka penutup dan tambah santan. Masak hingga mendidih
  5. Masukkan kari dan ketumbar, tutup semula periuk dan biar masak 5 hingga 10 minit. Siap!

Akhir sekali,

Kari sotong sesuai dimakan pada setiap masa tanpa mengira hari-hari biasa mahupun di acara-acara istimewa seperti majlis perkahwinan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda memasak sotong kari dengan jaya nya. Selamat mencuba! 

Sumber:

https://rasamalaysia.com/merdeka-open-house-2007-gulai-sotong/

https://www.topsrilankanrecipe.com/sri-lankan-style-squid-curry-spicy-cuttlefish-recipe/

https://www.yummly.com/recipe/Squid-Curry-2055460

error: Content is protected !!