Sebenarnya, hidangan kengsom ini merupakan hidangan yang berasal dari jiran sebelah iaitu Thailand. Hidangan ini mempunyai rasa masam manis yang pasti akan menjadi kegemaran semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.
Hidangan ini selalunya dibuat menggunakan ikan siakap tetapi juga boleh diubah menggunakan ayam atau lauk lain mengikut kreativiti anda.
Oleh kerana hidangan ini merupakan antara hidangan yang popular, jadi hari ini kami ingin kongsikan 3 resepi kengsom untuk anda cuba sendiri di rumah.
Tanpa membuang masa lagi, amrilah kita lihat resepi-resepi kengsom yang sesuai dihidangkan untuk keluarga anda di rumah!
Ikan Kengsom
Resepi ikan siakap kengsom ini sangat senang dibuat kerana bahan-bahannya sangat mudah didapati. Jika kekeringan idea untuk masak apa, anda boleh mencuba hidangan ini.
Untuk resepi ini, kita akan menggunakan asam limau namun jika anda ada jus limau botol, anda boleh gunakkannya kerana ia lagi mudah. Anda tidak perlu memerah limau lagi.
Mari lihat resepinya seperti di bawah.
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 1 ekor ikan siakap
- Potongan nenas
- 2 batang kangkung
- 2 batang serai
- 1 biji limau nipis (lebih pun boleh)
- Garam dan gula secukupnya
Bahan B:
- 2 tangkai cili merah
- 8 tangkai cili padi
- 1 biji bawang besar – sederhana besar
- 6 ulas bawang putih
- Sedikit belacan
- 1 inci kunyit hidup
Cara-cara penyediaan:
- Kisarkan semua bahan B.
- Ketuk serai dan kisarkan sekali dengan bahan B.
- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali di atas api.
- Masakkan ia sehingga mendidih.
- Apabila ia sudah mendidih, masukkan ikan siakap yang telah dipotong.
- Masukkan air juga supaya ia lebih berkuah.
- Kacau sehingga rata dan biarkan ia seketika.
- Masukkan nenas yang telah dipotong kecil.
- Kemudian, letakkan garam dan gula secukup rasa.
- Perah asam limau mengikut citarasa anda.
- Kemudian, masukkan kangkung dan hirisan cili.
- Anda juga boleh masukkan apa sahaja sayur kesukaan anda.
- Siap untuk dihidang bersama nasi panas dan telur dadar.
Ayam Kengsom
Biasanya kita akan membuat resepi kengsom menggunakan ikan siakap kan? Tetapi jika anda sudah bosan, anda boleh mencuba resepi kengsom menggunakan ayam.
Malah, kanak kanak lebih suka ayam kengsom berbanding ikan kengsom kerana mereka sangat sukakan ayam.
Resepinya sama sahaja seperti ikan kengsom. Lihat resepinya di bawah.
Bahan-bahan:
Bahan-bahan A:
- 1 ekor ayam
- 2 batang serai
- Potongan nenas
- 2 batang kangkung
- 2 sudu besar jus limau
- Garam dan gulu secukupnya
Bahan-bahan B:
- 1 biji bawang Holland
- 6 ulas bawang putih
- 2 inci kunyit hidup
- 3 tangkai cili merah
- 6 tangkai cili padi
Cara-cara penyediaan:
- Kisarkan semua bahan B.
- Ketuk serai dan kisarkan sekali dengan bahan B.
- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali di atas api.
- Masakkan ia sehingga mendidih.
- Sementara menunggu, potong ayam menjadi 14 bahagian atau ikut kesukaan anda.
- Apabila ia sudah mendidih, masukkan ayam yang telah dipotong.
- Masukkan air juga supaya ia lebih berkuah.
- Kacau sehingga rata dan biarkan ia seketika.
- Bila ayam sudah separuh masak, masukkan nenas yang telah dipotong kecil.
- Kemudian, letakkan garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan juga jus limau mengikut citarasa anda.
- Kemudian, masukkan kangkung dan hirisan cili.
- Anda juga boleh masukkan apa sahaja sayur kesukaan anda.
- Siap untuk dihidang bersama nasi panas dan telur dadar.
Kengsom Kung Chaom
Resepi kengsom kali ini sedikit berlainan kerana ia dibuat menggunakan udang dan kepingan telur dadar. Resepi ini merupakan resepi asli dari Thailand.
Perbezaannya ialah kengsom ini tidak perlu ditumis. Yang paling penting ialah resepi kengsom perlu la mempunyai rasa masam, manis, pedas dan manis!
Oleh itu, ayuh kita lihat resepi di bawah ini.
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 8 tangkai cili kering
- Garam secukupnya
- Belacan secukupnya
- 2 biji bawang merah
- 2 sudu cengkur
- Isi ikan atau udang yang direbus
Bahan B:
- Air rebusan ayam
- Garam secukupnya
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar palm sugar
- 3 sudu besar asam jawa
- Udang
Bahan C:
- 2 biji tekur
- Daun pucuk petai
- Sos ikan secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Tumbuk atau kisar semua bahan A.
- Pukul telur dan masukkan sos sikan dan pucuk petai. Gaulkan sehingga rata.
- Goreng seperti anda goreng telur dadar.
- Potong ia menjadi kepingan keci.
- Kemudian, panaskan air rebusan ayam dan biarkan ia mendidih.
- Sekiranya ia sudah mendidih, masukkan bahan A yang sudah siap dikisar atau ditumbuk tadi.
- Kacau dan biarkan ia mendidih sekali lagi.
- Kemudian masukkan garam, sos ikan, palm sugar dan asam jawa.
- Akhir sekali, masukkan udang dan kepingan telur dadar.
- Kacau sehingga sebati dan rata.
Kami telahpun kongsikan tiga resepi kengsom yang berlainan yang anda boleh cuba di rumah. Bolehlah anda buat sendiri dan tidaklah anda perlu ke Thailand semata-mata untuk menikmati kengsom yang sedap ini, buat sahaja di rumah kan. Selamat mencuba!
Sumber
https://www.aziekitchen.com/2018/08/siakap-kengsom-yang-mudah-dan-sedap.html
https://www.mingguanwanita.my/kengsom-kung-chaom-ini-barulah-resepi-original-dari-wanita-thailand-1/
https://cookpad.com/my/recipes/13145947-ayam-masak-kengsom
https://jomresepi.netlify.app/resepi-ikan-masak-kengsom.html