Now Reading
3 Resepi Kerabu Kaki Ayam Yang Enak

3 Resepi Kerabu Kaki Ayam Yang Enak

Kerabu Kaki Ayam

Kerabu jenis kaki ayam sebenarnya sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, biasanya sajian ini dihidangkan sebagai sajian berbuka puasa. Apa yang menariknya adalah, untuk menyediakan kerabu kaki ayam tak perlu banyak masa dan ianya mudah.

Jika anda seorang yang sibuk dan tak boleh meluangkan banyak masa di dapur boleh cuba resepi ini, jom kita layan resepinya dibawah. 

1. Resepi Kerabu Kaki Ayam ala Thai

Bahan – bahan :  

  • 10 ketul kaki ayam – yang dipotong, dibuang tulang dan dibersihkan kemudian rebus
  • 8 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar yang dihiris nipis
  • 1 – 2 biji tomato yang dihiris atau dipotong kiub
  • 1 batang serai yang dihiris nipis
  • 3 sudu besar sos ikan nampla
  • 1 biji limau nipis – ambil jusnya sahaja
  • 1 sudu besar gula
  • 1 pokok daun bawang yang dihiris halus
  • 1 pokok daun sup yang dihiris halus
  • bahan perasa (gula dan secubit garam )

Cara Penyediaan :

  1. Pertama, rebuskan kaki ayam sampai benar-benar empuk dan apabila sudah empuk angkat dan masukkan ke dalam tapis kemudian siram dengan air panas. Selepas tu, ketepikan seketika.
  2. Kemudian, masukkan bahan-bahan hiris tadi ke dalam bekas kemudian campurkan kaki ayam yang sudah direbus dan gaul rata.
  3. Masukkan tomato hiris, jus limau nipis, dan sos ikan kemudian kacau sampai rata. Sudah siap untuk dihidangkan segera.

2. Resepi Kerabu Kaki Ayam Rasa Sempurna

Bahan – bahan  :

  • kaki ayam yang direbus sampai isi lembut lebih kurang 200gm.
  • 4 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi yang telah dikisar
  • 1 biji limau nipis – ambil jus sahaja
  • 1 sudu besar sos ikan.
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecik cukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk pati limau nipis
  • 1 sudu besar Thai palm sugar
  • 1 sudu besar pes asam jawa adabi.
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • 1 biji bawang holland
  • 1 batang bunga kantan
  • Sedikit daun ketumbar yang di hiris (pilihan)

Cara Penyediaan :

  1. Pertama, satukan bahan kisar tadi dengan jus limau, sos ikan, garam, cukup rasa, serbuk pati limau dan palm sugar gaul sebati dan rasakan cukup masam manis dan pedas jadi lah sos.
  2. Kemudian masukkan kaki ayam yang di rebus lembut tadi ke dalam bahan sos dan kemudian kacau rata dengan kaki ayam.
  3. Akhir sekali, masukkan tomato dan daun ketumbar gaul sebati lagi kemudian siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas atau makan begitu sahaja.

Nota penting :

  • Tak suka kaki ayam, boleh digantikan dengan bahan lain udang, sotong, ketam, ayamatau apa-apa sajalah yang boleh dikerabukan. 

3. Resepi Kerabu Kaki Ayam Yang Mudah

Bahan – bahan :

  • 1 kg kaki ayam yang dipotong dan dicuci bersih
  • 1 labu bawang merah bombay yang dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih di hiris kecil
  • 2 batang serai di hiris nipis
  • 2 inci halia yang dihiris seperti batang manis
  • 3 batang bunga kantan yang dihiris nipis
  • 5 biji cili padi yang dipotong bulat kecil
  • 2 biji cili merah yang dipotong bulat nipis
  • 1 1/2 biji limau nipis, ambil jus sahaja
  • 6 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar gula/gula perang
  • 1 ikat daun ketumbar yang dicincang kasar
  • 1/2 batang lobak merah yang dihiris seperti batang mancis
  • 1 mangkuk besar nenas yang dipotong dadu
  • 2 helai daun limau purut yang dihiris halus
  • Ketulan ais secukupnya
  • Air ais secukupnya
  • Air untuk merebus secukupnya

Cara Penyediaan :

  1. Mula-mula, panaskan air hingga menggelegak. Masukkan kaki ayam dan rebus selama 5 minit. Tutupkan api dan tudung dengan penutup biarkan 15 minit.
  2. Selepas 15 minit, sediakan ketulan ais dan air ais. Toskan kaki ayam dan rendam di dalam air ais dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam. Keluarkan kaki ayam dan potong dengan gunting/pisau supaya senang untuk mematahkan tulang dan mencabutnya.
  3. Kemudian, buat hingga habis dan potong kecil ikut selera masing-masing. Ketepikan. Sediakan kesemua bahan lain.
  4. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Gaul rasakan pedas, manis, masin dan masam ikut citarasa masing-masing.
  5. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan boleh ia dihidangkan.

Kerabu kaki ayam memang sedap dan sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah atau pembuka selera anda. Selamat mencuba.

SUMBER:

https://hiltonfruen.blogspot.com/2018/02/resepi-kerabu-kaki-ayam-simple-dan-sedap.html

https://resepiayam.netlify.app/1524-cara-memasak-kerabu-kaki-ayam-perfect-taste.html

https://cookpad.com/my/recipes/14726442-kerabu-kaki-ayam

error: Content is protected !!