Now Reading
3 Resepi Kuih Peria Mudah dan Menarik

3 Resepi Kuih Peria Mudah dan Menarik

kuih peria

Kebanyakkan mungkin tidak pernah mendengar nama kuih peria atau tidak pernah nampak kuih peria sebelum ini. Walau bagaimanapun, kita tidak perlu risau kerana kita pasti akan teringat-ingat sekali kita cuba membuat kuih peria ini.

Kuih peria ini, intinya mempunyai beberapa versi. Ada yang suka makan dengan inti kacang hijau, inti kacang merah atau inti kelapa. Terpulang dengan citarasa masing-masing.

Namun, dalam resepi kali ini saya hanya kongsikan cara mengadun doh dan membuat inti kacang hijau sahaja. Kita boleh juga beli inti yang sudah siap di kedai-kedai kek. Terima kasih kepada Yuri Yuriana untuk resepi yang mudah ini.

Resepi Kuih Peria Pertama

Bahan-bahan yang digunakan adalah:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat (boleh gunakan serbuk santan 2 sudu atau santan kotak )
  • 1 1/2 cawan air
  • secubit garam
  • Sedikit pewarna hijau, merah, kuning (bergantung kepada warna kuih kita nak buat)
  • Sedikit minyak masak (untuk sapukan pada kuih supaya kelihatan berkilat)

Cara Penyediaan Kuih Peria

  1. Kesemua bahan dicampurkan iaitu tepung pulut, tepung gandum, santan, air dan secubit garam ke dalam satu bekas.
  2. Doh diulikan sampai doh itu tidak melekat pada tangan. Jangan terlalu lembik dan jangan juga terlalu keras.
  3. Kemudian, doh dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna yang kita warnakan.
  4. Warna dan uli dimasukkan sehingga warna sekata dengan doh. Setiap doh dibuat dengan langkah tersebut.
  5. Doh dibulatkan dengan saiz kecil. Inti dimasukkan di bahagian tengah dan ditutup semula. Inti tersebut dibentukkan seperti dalam gambar.
  6. Kuih tadi dilorekkan dengan pisau kek. Corak atas kuih ini terpulang kepada kita. Ada yang menggunakan bekas sarung buah polisterin untuk corakkan.
  7. Sedikit minyak disapukan atas permukaan kuih supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  8. Periuk kukus dipanaskan. Kuih tadi dimasukkan ke dalam periuk kukus untuk dikukus apabila air dalamnya sudah betul-betul mendidih .
  9. Kuih dikukus selama 7 hingga 10 minit. (bergantung kepada kuantiti dan besar periuk kukus yang kita guna) atau sehingga kuih masak.

Inti Kacang Hijau

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat inti adalah:

  • 250 gram kacang hijau tanpa kulit
  • 10 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan air ( boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)

Bahan-bahan tambahan

  • Daun pisang atau plastik secukupnya
  • Minyak masak

Cara Penyediaan Inti Kacang Hijau

  1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau semalaman.
  2. Kacang ditoskan dan dijirus air paip . Kemudian, kacang dimasukkan dalam periuk bersama air dan dimasak seperti kita masak nasi.
  3. Apabila kacang sudah menggelegak dan airnya hampir kering, api dikecilkan(seperti kita tanak nasi). Kemudian,periuk ditutupkan dengan tudung periuk.
  4. Apabila kacang agak-agak sudah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu)dan apabila sudah lembut maka bolehlah dimasukkan gula dan garam. Gula digaul hingga larut dan sebati. Inti akhirnya dikacau sampai agak kering.
  5. Inti dibiarkan sejuk dahulu sebelum dibahagikan ke beberapa bahagian gumpalan kecil.

Resepi Kuih Peria Kedua

Bahan-bahan:

  • 250 gm tepung pulut – saya guna 150 gram
  • 200 ml santan pekat – guna 150 ml
  • 25 gm minyak masak – sapu pada kuih dan daun pisang
  • Sedikit air
  • Pewarna merah dan hijau

Cara Penyediaan:

  1.  Tepung pulut dan santan diuli hingga lembut.  Doh dibahagikan kepada dua bahagian. Pewarna dikacau dengan sedikit air dan satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi diwarnakan hijau.
  2. 15 gm doh diambil dan dibentukkan lonjong sedikit seperti buah peria. Inti dimasukkan dan ditutup kemas. Sedikit minyak disapu pada doh.
  3. Doh diletakkan di atas plastik dan digulung seperti menggulung gula gula. Doh dikemaskan kiri dan kanan lalu ditarik kuat di hujung kedua dua plastik supaya terbentuk garis-garis pada doh menyerupai buah peria. Selain itu boleh juga ditekan-tekan dengan lidi untuk mendapat corak buah peria. Gulungan dibuka dan diletak atas daun pisang yang telah dilumur sedikit minyak. Doh disusun dalam periuk pengukus.
  4. Periuk pengukus dipanaskan dengan air yang mencukupi. Buah peria dikukus selama 8 minit atau sehingga masak bergantung pada saiz kuih anda. Jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus tapi jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang dan hilang corak buah peria dan menjadi tidak cantik.

Inti Kacang Hijau:

  • 250 gm kacang hijau – rendam
  • 1 keping gula Melaka
  • 1/2 cawan gula pasir
  • Sedikit garam

Cara membuat Inti:

  1. Kacang hijau dimasak bersama air secukupnya hingga kembang,  airnya dibiarkan sehingga hampir kering dan kacang hancur.
  2. Gula melaka , garam dan gula dimasukkan.Kacang hijau  dikacau rata dan dibiarkan hingga kering.
  3.  Kemanisan disesuaikan, jika suka lebih manis gula boleh ditambah.
  4. Kacang hijau diangkat dan disejukkan.
  5.  Apabila sudah sejuk ,inti dikepal bulat-bulat sebesar ping pong dan dibentukkan panjang lonjong seperti buah peria.

Resepi Kuih Peria Ketiga

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1-2 cawan santan secukupnya yang diblend bersama 3 helai daun pandan dan ditapis diambil jusnya
  • 1 sudu kecik garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan membuat doh kuih peria:

  1. Semua bahan yang dinyatakan di atas akan dicampurkan kecuali santan.  Kemudian digaul dan disebatikan. Santan pula dimasukkan sedikit demi sedikit. Hal ini kerana tiada sukatan tepat bergantung kepada kualiti. Semua bahan diuli hingga menjadi doh.
  2. Doh dibulatkan dengan ukuran yang sama untuk mendapatkan saiz kuih yang sama. Ketepikan.

Bahan-bahan inti resepi kuih peria gula merah:

  • 1 cawan gula merah yang ketulan kecil
  • 1 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 2 helai daun pandan disimpul

Bahan-bahan Tambahan :

  • Daun pisang untuk lapik kuih atau menggunakan baking paper
  • Sedikit minyak untuk disapu pada permukaan kuih
  • Lidi pencungkil untuk jalur peria

Cara Penyediaan :

  1. Doh yang telah dibulatkan tadi akan diambil. Kemudian, doh dileperkan dengan penggelek sekali dua, inti kelapa gula merah dimasukkan dan dibentukkan memanjang menjadikan bentuk kuih cek mek.
  2. Permukaan kuih ditekan dengan lidi bagi membentuk jalur. Kesemua disiapkan. Daun pisang juga jangan lupa dilapikkan. Air dipanaskan dahulu dalam pengukus sehingga mendidih.
  3. Air dikukus selama 15 minit dengan api sederhana. Untuk mendapatkan permukaan kuih peria yang berkilat, sedikit minyak disapu di permukaan kuih.

Lepas ni bolehlah anda cuba membuat kuih peria untuk sarapan pagi ataupun minum petang. Semoga bermanfaat!

Sumber:

https://www.aziekitchen.com/2014/10/sedap-nyer-kuih-buah-peria.html

https://daridapur.com/resepi-kuih-peria-sukatan-cawan/

https://kongsiresepi.my/kuih-muih/resepi-kuih-peria-warisan-berzaman-saiz-kiut-miut-ni-buat-kita-mudah-jer-nak-makan.html

error: Content is protected !!