Now Reading
3 Resepi Laksa Utara Yang Membangkit Selera

3 Resepi Laksa Utara Yang Membangkit Selera

Resepi Laksa Utara

Resepi Laksa Utara yang asli berserta perahan limau nipis dan cili padi, sangat popular di negeri Kedah dan Perlis. Demi menjamin rasa yang memuaskan, ikan yang segar mesti digunakan untuk kuah laksa ini.

Kuah tersebut juga perlu dipastikan tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan bahan ulaman adalah segar sebagai taburan di atas laksa ini. Juadah ini adalah paling terkenal di Utara terutamanya semasa rumah terbuka Hari Raya.

1.Resepi Laksa Utara

Bahan-bahan:

Masak Mi Laksa dan Telur Rebus

  • 3000g air
  • 3 biji telur
  • Mi Laksa

Penyediaan Kuah Laksa

  • 350g ikan sardin (boleh digantikan dengan ikan kembung)
  • 1800g air
  • 130g bawang merah besar (hiriskan)
  • 6 tangkai cili kering (direndam dan dikeringkan)
  • 15g cili padi
  • 40g belacan
  • 10g asam keping
  • 40g bunga kantan (dihiris)
  • 40g daun kesum
  • 60g sos ikan

Bahan Hiasan

  • 1 batang timun (dipotong panjang atau disagat )
  • 5 tangkai cili padi (dicincang)
  • 3 biji limau kasturi

Cara penyediaan:

  1. Rendam 200g bihun laksa di dalam 1500g air paip selama 15 minit, kemudian keringkan dan diletakkan di tepi.
  2. Jerang 1500g air di dalam mangkuk campuran dengan suhu 140°C , selama 10 minit.
  3. Sediakan penapis ke dalam mangkuk campuran dan tuangkan mi laksa yang telah direndam ke dalam penapis. Kemudian, kukus 3 biji telur dengan bakul pengukus selama 35 minit atau sehingga mi dilembutkan. (Tempoh masa memasak mi bergantung pada jenama yang anda beli. Laraskan dengan sewajarnya)
  4. Keluarkan telur, biarkan sejuk dan kupas kemudian ketepikan. Keluarkan mi laksa dengan pemegang bakul dan juga ketepikan. Tuangkan air yang telah digunakan dan bilaskan mangkuk campuran.
  5. Masukkan 350g ikan sardin / ikan kembung dan 1000g air ke dalam mangkuk campuran. Masakkannya selama 20 minit dengan suhu 120°C.
  6. Kemudian kisarkan ikan tersebut.
  7. Buka penutup, kikis sisi mangkuk dan kisar semula.
  8. Tuangkan sup ikan ke dalam mangkuk besar dengan perlahan-lahan. Anda akan sedari bahawa serpihan tulang ikan yang lebih berat akan ditinggalkan di bahagian bawah mangkuk campuran. Serpihan tersebut boleh dibuang. Ketepikan sup ikan untuk penggunaan kemudian.
  9. Bilaskan mangkuk campuran dan masukkan cili padi, cili kering, 500g air dan belacan. Campurkan bahan-bahan tersebut selama 1 minit 30 saat.
  10. Buka penutup, kikis sisi mangkuk campuran sekali lagi, kemudian masukkan 10g asam keping dan masak sambal selama 10 minit dengan suhu 100°C.
  11. Masukkan sup ikan lebihan tadi dan 300g air, masak selama 10 minit lagi dengan suhu 90°C.
  12. Masukkan bunga kantan yang dihiris, daun kesum dan sos ikan lalu masak selama 5 minit dengan suhu yang sama.
  13. Sediakan mi laksa di dalam mangkuk dan tuangkan kuahnya. Hiaskan laksa dengan timun yang dipotong, cili padi yang dicincang, separuh limau dan telur. Hidangkan semasa panas!

2. Laksa Kuala Perlis

Bahan-bahan:

  • 1kg laksa beras – direbus dan toskan (laksa kering boleh digunakan)
  • 1kg ikan kembung – dibersihkan
  • 1/2 kg ikan selayang – dibersihkan
  • 2 batang bunga kantan – dihiris
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3-5 keping asam gelugur
  • 3 liter air
  • garam yang secukup rasa

Bahan Kisar

  • 250gm bawang besar
  • 150gm cili kering – kurangkan jika anda tidak tahan pedas
  • 25gm belacan

Bahan Hiasan

  • 8 biji telur – direbus dan dibelah dua
  • 20gm cili padi – dipotong
  • 5 tangkai daun selom – dihiris
  • 1 biji timun – dihiris halus atau disagat

Cara penyediaan :

  1. Ikan kembung dan selayang direbuskan. Bahagian isi dan tulang ikan diasingkan.
  2. Kisar isi ikan dan masukkan ke dalam periuk yang diisi air. Kemudian tulang ikan dikisar sehingga hancur, tapis dan dimasukkan ke dalam periuk yang sama.
  3. Bahan kisar dimasukkan ke dalam rebusan ikan tadi.
  4. Asam keping, bunga kantan, daun kesum dimasukkan dan diperasakan. Biarkan kuah mendidih dan diangkat.
  5. Laksa dimasukkan ke dalam mangkuk tuangkan kuah dan letakkan bahan hiasan.

3. Laksa Penang

Bahan-bahan :

  • Ikan selayang atau sardin
  • Asam keping
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Cili giling
  • Cili padi
  • Belacan
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Garam dan gula yang secukup rasa

Cara-cara penyediaan :

  1. Rebuskan telur.
  2. Rebuskan laksa. Kemudian angkat dan toskan.
  3. Rebuskan ikan. Jangan buang air rebusan ikan. Masukkan garam dan asam.
  4. Kisarkan isi ikan sahaja. Kemudian tulang ikan dikisarkan. Asingkan tulang dan isi kisar.
  5. Boleh terus masukkan isi yang dikisar ke dalam periuk. Tapiskan bahan kisaran tulang.
  6. Kemudian, kisarkan bawang putih, bawang merah, cilipadi, belacan.
  7. Apabila air sudah mendidih masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, dan bunga kantan.
  8. Kemudian masukkan air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yang ditapis tadi.
  9. Selepas mendidih, bolehlah masukkan garam dan gula secukup rasa.
  10. Boleh dihidangkan bersama dengan ulaman. Cili, bawang besar, nenas, dan buah limau kasturi dipotong dan telur rebus.

Tips:

Kuah laksa sepatutnya lebih masin daripada biasanya kerana ia akan dicairkan apabila dicampur dengan mi. Belacan yang berlainan jenama mempunyai kemasinan yang berbeza. Tambahkan sos ikan pada peringkat akhir untuk menyesuaikan kemasinan hidangan.

Sekarang bolehlah anda mencuba resepi ini. Semoga ianya bermanfaat!

SUMBER:

https://www.mykeuken.com/2011/09/nonya-curry-laksa.html

https://www.newmalaysiankitchen.com/authentic-penang-asam-laksa

https://www.seriouseats.com/malacca-nyonya-laksa-malaysian-noodle-soup-curry-laksa-lemak

error: Content is protected !!