Resepi Lepat Pisang sebenarnya tak susah sangat untuk dihadam sebab proses pembuatannya sangatlah mudah dan senang sekali! Juadah lepat pisang ini memang sesuai sangat kita cuba untuk dijadikan juadah minum petang atau makanan pencuci mulut selesai makan tengahhari atatu makan malam.
Hidangan tradisional ini sememangnya amat digemari ramai kerana rasanya yang sangat sedap. Sekali cuba memang sentiasa nak lagi. Jadi pada kali ini, mari kita tengok tiga resepi lepat pisang yang sanagt mudah untuk diikuti. Selalunya bahan-bahannya sudah sedia ada di rumah kita dan bahan-bahan lain sangatlah senang dan mudah untuk didapati.
Jom kita tengok tiga resepi lepat pisang tersebut! Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!
Resepi Lepat Pisang Simple
Bahan-bahan Utama
- 20 helai daun pisang yang sudah dipotong mengikut saiz yang dikehendaki
- Empat biji pisang bersaiz sederhana besar
- 30 gram gula melaka
- 30 gram gula pasir halus
- 70 gram tepung gandum
- 30 gram tepung jagung
- Setengah cawan kelapa parut baru
- Garam secukup rasa
Cara-cara Penyediaan
- Sebelum memotong daun pisang ke bentuk segi empat tepat, lembutkan daun pisang tersebut dengan cara melalukan daun tersebut sekejap di atas api dapur atau merendam daun tersebut di dalam air yang mendidih selama 20 saat ke 30 saat sahaja.
- Kupas kulit buah pisang dan hancurkan di dalam satu bekas.
- Campurkan pisang hancur tadi bersama gula dan adunkan sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, kelapa parut dan garam dan adunkan sehingga sebati juga.
- Sediakan helaian daun pisang yang sudah siap dipotong tadi dan sendukkan kira-kira dua sudu besar adunan pisang dan tepung tadi ke atas helaian daun pisang.
- Lipat dengan penuh hati-hati sehingga menutupi isi pisang tadi.
- Masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit sehingga 20 minit.
- Sesuai dihidang apabila suhunya suam-suam panas lagi.
Resepi Lepat Pisang Bersantan Stail Indonesia
Bahan-bahan Utama
- Helaian daun pisang yang sudah siap dipotong
- 400 gram buah pisang yang sudah masak
- 70 gram tepung gandum
- 30 gram tepung ubi
- 70 gram gula jawa / gula melaka
- Empat sudu besar santan pekat
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan
- Sediakan periuk kukus dan didihkan air.
- Hancurkan semua pisang di dalam satu bekas.
- Campurkan gula jawa, tepung gandum, tepung ubi, santan dan garam. Adunkan bersama-sama sehingga sebati.
- Sediakan daun pisang (Cadangan saiz segi empat tempat bersamaa 15 cm X 10 cm).
- Rendam helaian daun pisang di dalam air mendidih selama beberapa saat untuk lembutkan daun tersebut dan memudahkan proses melipat.
- Lap helaian daun pisang menggunakan tuala bersih atau tisu.
- Sendukkan dua sudu besar adunan tadi dan letakkan di tengah-tengah helaian daun pisang. Lipat dengan berhati-hati.
- Masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 10 minit sehingga 15 minit.
- Sedia untuk dihidang!
Resepi Lepat Pisang Pulut Pandan
Bahan-bahan Utama
- 350 gram beras pulut
- 100 gram Cooking Cream
- 300 gram air untuk memasak beras pulut
- Satu sudu besar minyak masak
- Satu sudu kecil garam untuk beras pulut
- Pewarna hijau secukupnya
- 250 gram isi pisang hancur (digalakkan guna pisang yangs idah masak ranum)
- 200 gram tepung gandum
- 80 gram kelapa parut
- Satu sudu kecil garam untuk adunan pisang
- 200 ml air untuk adunan pisang
- 14 helai daun pisang yang sudah siap dipotong (Anggaran saiz 15 cm X 15 cm)
- 100 gram Keju Parut
Cara-cara Penyediaan
- Masak beras pulut yang sudah selesai dibersihkan dengan menggunakan 300 gram air dan tambah cooking cream, minyak masak dan pewarna hijau.
- Kukus campuran beras pulut ini di dalam periuk kukus selama 30 minit atau sehingga lembut.
- Untuk adunan lepat pisang, campurkan isi pisang hancur, tepung gandum, kelapa parut, garam dan air. Gaulkan sehingga sebati.
- Rendam helaian daun pisang di dalam air mendidih selama beberapa saat untuk lembutkan daun tersebut dan memudahkan proses melipat.
- Lap helaian daun pisang menggunakan tuala bersih atau tisu.
- Sendukkan dua sudu besar adunan tadi dan letakkan di tengah-tengah helaian daun pisang.
- Sendukkan kira-kira 1 sudu kecil keju parut ke atas adunan pisang tadi.
- Lipat dengan berhati-hati.
- Masukkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit sehingga 20 minit.
- Sedia untuk dihidang!
Jadi, ini adalah tiga resepi lepat pisang yang sangat mudah untuk dicuba ini.
Apa lagi? Cuba lah dan kongsikan bersama keluarga anda!
SUMBER
https://www.hungrygowhere.my/recipe/easy-malay-recipe-lepat-pisang/7c843101
https://www.amanprana.eu/en/recipe/lepat-pisang-steamed-banana-packets/
https://www.kuali.com/recipe/cook-with-anchor-dairy/pulut-pandan-lepat-pisang/
https://www.freepik.com/premium-photo/khao-tom-mad-steamed-mung-bean-with-sticky-rice-is-local-trandition-thai-dessert-it-s-wraped-by-banana-leaf_12906735.htm#page=1&query=steamed%20banana&position=26