Now Reading
3 Resepi Macaroni Cheese Yang Lazat

3 Resepi Macaroni Cheese Yang Lazat

Resepi macaroni cheese

Makaroni merupakan sejenis pasta kering dalam bentuk tiub sempit. Ia berasal dari Irali dan dibuat daripada gandum durum, lazimnya tanpa telur. Macaroni cheese atau lebih popular dengan singkatan ‘mac & cheese’ adalah antara menu yang mudah untuk disediakan. Ia bukan saja sesuai untuk dewasa, tetapi juga disukai oleh anak-anak.

Penggemar keju sudah pasti menggemari menu seperti macaroni cheese. Ia menggunakan kombinasi keju, berlapis-lapis di dalam bekas dan dicairkan menjadi sos keju yang kaya dan berkrim.

Di sini dikongsikan tiga resepi macaroni cheese yang lazat untuk anda cuba.

RESEPI 1 – MACARONI CHEESE

Bahan-bahan:

  • 1 paket Makaroni
  • 1/4 cawan mentega
  • 1/4 cawan tepung serba guna
  • 1/4 sudu teh garam
  • Lada hitam tanah secukup rasa
  • 2 cawan susu
  • 2 cawan keju cheddar yang telah diparut
  • Sedikit minyak zaitun

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaitun hingga masak. Toskan dalam bakul tos.
  2. Cairkan mentega dalam periuk di atas api yang sederhana.  Masukkan tepung, garam, lada hitam dan kacau hingga sebati kira-kira 5 minit.
  3. Perlahan-lahan tuangkan susu ke dalam campuran tepung dan mentega sambil terus dikacau sehingga campuran betul-betul sebati dan menggelegak iaitu lebih kurang dalam 5 minit.
  4. Masukkan keju cheddar ke dalam campuran susu dan kacau hingga keju cair, lebih kurang 2 hingga 4 minit. Setelah siap, campur dan gaulkan dengan macaroni yang telah direbus tadi.
  5. Sedia untuk dihidang.

RESEPI 2 – BAKED SEAFOOD MACARONI CHEESE

Bahan-bahan:

  • 300g pasta makaroni
  • 6 sudu Adabi Sos Pasta Original dalam tin
  • 9-10 cendawan butang Ayam Brand™ dalam tin
  • 6 sudu minyak zaitun
  • 1 biji lada benggala hijau didadu
  • 2 biji bawang holland didadu
  • 4 ulas bawang putih dicincang
  • 5-6 batang jejari ketam dihiris
  • Beberapa ekor udang dibuang kulit
  • 2 sudu serbuk Italian Herbs
  • 2 sudu serbuk lada hitam
  • 6 sudu sos cili
  • Keju mozarela (diparut)
  • Garam
  • Secukup rasa

Bahan-bahan tabur:

  • Daun ketumbar
  • Serbuk Cili merah

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Rebuskan pasta makaroni hingga lembut. Kemudian toskan air.
  2. Sediakan bahan untuk tumisan pasta.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Masukkan udang dan jejari ketam. Masak hingga sedikit garing.
  4. Masukkan sos pasta dan sos cili. Kacau sebati. Kemudian masukkan cendawan butang. Taburkan italian herbs dan serbuk lada hitam. Akhir sekali sedikit garam dan secukup rasa. Tutup api.
  5. Sediakan dua aluminium foil tray. Masukkan makaroni yang dimasak tadi. Kemudian letak lada benggala di atasnya. Taburkan keju mozarela yang telah diparut sebagai topping.
  6. Bakar sebentar dalam air fryer supaya keju cair dalam suhu 170 darjah 10 minit. Setelah dibakar, taburkan daun ketumbar dan serbuk cili merah. Siap untuk dihidang.

RESEPI 3 – MAKARONI KEJU PANGGANG

Bahan-bahan:

  • 600 gm makaroni (direbus dalam air dengan sedikit garam sampai lembut)
  • 750 gm keju (diparut)
  • 500 krim putar
  • 500 ml susu segar
  • 10 keping daging panggang (dicincang halus)
  • Sedikit keju parmesan (diparut)
  • Sedikit serbuk buah pala
  • Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 400ºF atau 180ºC.
  2. Campurkan setengah cawan keju, krim putar, susu segar, daging panggang, keju parmesan dan serbuk buah pala di dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi berserta dengan garam dan serbuk lada sulah dan sebatikan.
  4. Tuangkan ke dalam dulang pembakar. Taburkan lebihan keju tadi dan dibakar selama 30 minit hingga kekuningan di atasnya. Tabur keju parmesan.

TIPS:

  • Rebus pasta – Rebus pasta dengan masa yang lebih pendek dari yang biasa anda lakukan. Rebus lebih kurang 4 hingga 5 minit sahaja. Ini untuk mengelakkan pasta menjadi lembik apabila dimasukkan ke dalam ketuhar.
  • Keju – gunakan keju kegemaran anda. Biasanya keju yang selalu digunakan ialah cheddar atau Mozzarella.

SUMBER

https://www.thechunkychef.com/family-favorite-baked-mac-and-cheese/

https://www.thevocket.com/6-resipi-mudah-makaroni/

https://cookpad.com/my/recipes/14204752-baked-seafood-macaroni-cheese?ref=search&search_term=macaroni%20cheese

https://www.allrecipes.com/recipe/238691/simple-macaroni-and-cheese/

error: Content is protected !!