Bayi yang diberikan susu badan secara eksklusif selama 6 bulan sewajarnya diberikan makanan permulaan untuk mengalakkan tumbesaran yang sihat dan optimum. Resepi makanan bayi 6 bulan sangat penting, kerana ia merupakan fasa pertama mereka untuk mula merasa makanan dan belajar mengunyah.
Justeru, pendidikan atau kempen kesedaran dalam memupuk gaya hidup sihat perlulah bermula sejak dari kecil. Hayati dan telusurilah menu-menu yang sesuai dijadiakn sebagai set hidangan makanan permulaan kepada si manja ada bermula dari umur 6 bulan.
Beberapa perkara yang perlu diingat
Pemakan baru hanya memerlukan kira-kira 1 hingga 2 sudu makan, jadi pastikan makanan bersaiz kecil. Waspada terhadap alahan, terutamanya ketika memberi makan anak anda yang mengandungi alergen biasa.
Alergen biasa termasuk telur, kacang tanah, gandum, keladi, ikan, dan kerang. Bukti terbaru menunjukkan tidak ada kesan menunda memperkenalkan makanan ini apabila bayi melebihi 6 bulan atau memperkenalkan makanan dalam urutan tertentu.
Ketika bayi anda berumur 6 bulan, mereka baru sahaja belajar untuk mengunyah. Makanan pertamanya harus lembut dan mudah ditelan, seperti bubur atau buah-buahan dan sayur-sayuran. Adakah anda tahu bahawa bubur yang terlalu cair tidak mempunyai banyak nutrien? Untuk menjadikannya lebih berkhasiat, masak sehingga cukup pekat dan likat.
Beri makan bayi anda apabila anda melihatnya memberi tanda-tanda bahawa dia lapar – seperti meletakkan tangannya ke mulutnya. Setelah mencuci tangan, mulakan dengan memberi bayi anda hanya dua hingga tiga sudu makanan ringan, dua kali sehari. Pada usia ini, perutnya kecil dan dia hanya dapat makan dalam jumlah kecil setiap kali makan.
Rasa makanan baru mungkin dapat mengejutkan bayi anda. Berikan bayi masa untuk membiasakan diri dengan makanan dan rasa baru ini. Bersabar dan jangan memaksa bayi anda makan. Perhatikan tanda-tanda bahawa dia sudah kenyang dan berhenti memberinya makan. Semasa bayi anda membesar, perutnya juga membesar dan dia dapat makan lebih banyak makanan dengan setiap hidangan.
Makanan Yang Perlu Dielakkan
Untuk mengetahui makanan apa yang harus dielakkan untuk bayi anda, terdapat beberapa perkara yang harus diikuti: Elakkan bentuk dan saiz yang besar dan makanan keras yang boleh menimbulkan bahaya tersedak.
Pastikan makanan tidak panas atau terlalu sejuk, dan elakkan makanan pedas. Disarankan agar tidak memberi madu kepada bayi di bawah 12 bulan. Ia mengandungi botulisme, yang sangat berbahaya bagi bayi anda.
Jangan berikan jus, gula-gula atau makanan ringan kerana ia tinggi gula dan rendah nutrien. Mereka juga mendorong tabiat makan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan anak anda mengalami kegemukan.
3 Resepi Makanan Bayi 6 Bulan
1. Bubur nasi dengan susu ibu
Bahan-Bahan:
- Beras
- Bawang merah
- Bawang putih
- Minyak zaitun
- Susu ibu
- Air
Cara penyediaan :
- Sangai beras dan goreng tanpa minyak
- Beras perlulah dikisar sehingga hancur
- Tumis bawang merah dan bawang putih dengan menggunakan minyak zaitun
- Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
- Masak dengan api perlahan
2. Bubur nasi dengan kentang (sayuran lain juga boleh digunakan)
Bahan-bahan:
- Beras
- Bawang merah
- Bawang putih
- Minyak zaitun
- Kentang
Cara memasak :
- Sangai beras dan goreng tanpa minyak
- Kisar beras sehingga hancur
- Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
- Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
- Masak dengan api perlahan
- Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
- Anda juga boleh menggantikan dengan sayuran kegemaran bayi anda
3. Puri sayur-sayuran
Bahan-bahan:
- Sayuran pilihan
- Air / Sup ayam
Cara memasak:
- Kukus sayuran kegemaran si manja anda selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
- Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
- Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula
4. Puri buah-buahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
- 1 cawan air
Cara memasak:
- Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
- Renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
- Lenyek buah tersebut sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
- Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu
Walau apa pun menu yang diberikan kepada si manja anda, ketahuilah pemakan yang seimbang beasaskan pyramid makanan perlulah dipatuhi dengan sebaik mungkin. Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.
Semoga semuanya bermanfaat!
SUMBER :
https://www.healthline.com/health/childrens-health/homemade-baby-food-recipes
https://www.nhs.uk/start4life/weaning/what-to-feed-your-baby/around-6-months
https://hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/resepi-bubur-bayi-6-bulan/
https://www.unicef.org/parenting/food-nutrition/feeding-your-baby-6-12-months