Now Reading
3 Resepi Masak Lemak Cili Api Yang Lazat dan Mudah

3 Resepi Masak Lemak Cili Api Yang Lazat dan Mudah

resepi masak lemak cili api

Resepi Masak Lemak Cili Api amatlah mudah untuk disediakan. Masak hidangan ini begitu sinonim dengan masyarakat melayu kita. Bahan-bahan seperti ikan, ayam, udang, sotong mahupun ketam sesuai dimasak masak lemak cili api. Biasanya menu ini sangat terkenal di Negeri Sembilan.

Namun, terdapat pelbagai cara dan resepi untuk membuat masak lemak cili api. Ianya bergantung kepada cara dan selera masing-masing. Ada yang suka letak bawang merah dan bawang putih dan ada juga sebaliknya.

Di sini saya nak tunjukkan cara saya yang mudah dan cepat untuk membuat udang masak lemak cili api ni dan yang pasti rasanya sangat sedap.

RESEPI 1: AYAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam – potong 16 dengan kulit sekali
  • 1 biji kelapa parut – asing santan pekat dan cair
  • 1/2 helai daun kunyit – hiris halus
  • 1 keping asam keping
  • Garam

Bahan tumbuk halus:

  • 6 – 7 tangkai cili api kampung hijau
  • 6 – 7 tangkai cili merah Pakistan
  • 2 saiz ibu jari kunyit hidup
  • 1 ulas bawang merah

Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Ayam diperap dengan garam dalam 30 minit hingga 1 jam. Tabur sedikit serbuk kunyit bagi tidak menjadikan ayam berwarna pucat.
  2. Sementara itu, bolehlah menumbuk bahan tumbuk dan sediakan bahan-bahan lain. Bahan tumbuk dihiris halus supaya senang ditumbuk menjadi lumat.
  3. Masukkan ayam dalam periuk dan nyalakan api dengan perlahan. Kacau sehingga kulit ayam nampak kering sedikit.
  4. Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata bersama ayam hingga sebati. Kacau rata sehingga bahan tumbuk agak masak.
  5. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping
  6. Sebaik sahaja ayam empuk, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
  7. Kemudian tambah santan pekat. Selepas masuk santan pekat, masak dalam 6-8 minit sahaja. Tutup api dan terus dikacau.
  8. Kemudian buka api perlahan sahaja supaya kuah mendidih kecil supaya tiada buih-buih dalam kuah. Sesuaikan rasa. Tambah garam, jika perlu.
  9. Bila nampak kuah pekat dan keluar minyak cantik, bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidang. Sedap dihidangkan ketika kuahnya tidak terlalu panas supaya terasa kepedasannya.

RESEPI 2: DAGING MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg daging batang pinang
  • 2 batang serai
  • 10-15 biji cili padi
  • 3 biji ubi kentang dibelah empat
  • 4 biji belimbing buluh dibelah dua
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 2 atau 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan air

Langkah-langkah penyediaan: 

  1. Daging dihiris tebal sedikit, dicuci dan ditoskan.
  2. Tumbuk bersama-bersama dengan kunyit hidup dan sebahagian bawah serai sehingga lumat
  3. Masukkan campuran cili padi dan kunyit tadi ke dalam kuali dan buka api dengan perlahan.
  4. Tumis sekejap sahaja dan kemudian masukkan daging dan kacau sehingga bahan tadi bergaul rata dengan daging.
  5. Kemudian, masukkan belimbing buluh dan santan cair perlahan-lahan dan besarkan api sedikit sehingga mendidih. Masukkan juga sebahagian serai yang telah dipotong tadi
  6. Apabila mendidih, masukkan kentang dan biarkan sehingga empuk.
  7. Apabila kentang dah empuk, masukkan santan pekat dan garam secukup rasa.

RESEPI 3: UDANG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • 10-12 tangkai cili api
  • Air
  • 3 cawan santan
  • 2 batang serai
  • 2 hiris asam keping
  • Kacang panjang
  • 20 ekor udang
  • Garam

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kisar bawang besar, kunyit hidup, halia, bawang putih dan cili api dengan sedikit air.
  2. Masukkan santan, bahan kisar serta serai ke dalam periuk dan kacau.
  3. Kemudian, masukkan garam, asam keping dan kacang panjang. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan kacau sehingga mendidih dan udang masak. Kuah hendaklah sentiasa di kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Resepi yang kami kongsikan ini sangat mudah. Sesuai untuk dijadikan menu hidangan tengah hari dan orang yang suka makan pedas. Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.aziekitchen.com/2018/01/ayam-masak-lemak-cili-api-yang-sangat.html

https://fauziefarid.wordpress.com/2013/10/10/tips-dan-resepi-daging-masak-lemak-cili-api-negeri-sembilan/

https://buatoranglapo.com/2020/06/12/udang-masak-lemak-cili-api-yang-sedap-dan-mantap/

error: Content is protected !!