Now Reading
3 Resepi Masalodeh Yang Dijamin Sedap

3 Resepi Masalodeh Yang Dijamin Sedap

masalodeh

Masalodeh ialah snek ringan yang anda boleh dapatkan di pasar malam, makanan yang rangup dan berperisa diperbuat daripada dal chana dan rempah.

Di Tamilandu, ianya dikenali sebagai Paruppu Vadai. Selain dari dal chana, bawang merah adalah bahan penting di dalam resepi masalodeh untuk dapatkan rasa yang sedap. Kalau taknak gunakan bawang merah, boleh ganti dengan biji adas.

Selain dari masa merendam dal chana tu, proses nak buat masalodeh ni sekejap dan mudah saja. Cuba lah buat masalodeh kalau anda mahukan snek yang rangup dan garing. Confirm tak menyesal.

MASALODEH ORIGINAL (MASALA VADA)

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan dal chana
  • 1 bawang sederhana besar (hiris halus)
  • 1 biji cili hijau (buang biji & hiris halus)
  • 1/2 inci halia (disagat atau hiris halus, pilihan)
  • 4 to 5 tangkai daun kari (hiris halus)
  • 2 to 3 sudu besar daun ketumbar (hiris halus)
  • Garam untuk rasa
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh dan rendam dal chana di dalam air selama 2 jam. Pindahkan dal yang telah direndam ke dalam penapis dan tapis sehingga kering.
  2. Pindahkan dal tadi ke dalam mesin pengisar kecil.
  3. Kisar sehingga separa hancur. Ratakan adunan yang ada di tepi pengisar dan kisar lagi jika perlu. Anda akan dapat tekstur adunan vada yang berketul. Jangan tambah air semasa mengisar. Kalau perlu sangat letak dalam 2-3 sudu besar je okay.
  4. Pindahkan adunan dikisar ke dalam mangkuk. Campurkan hirisan halus bawang merah, cili hijau, halia, daun kari, daun ketumbar dan garam.
  5. Adunan rata kesemua bahan-bahan ini. Anda akan dapat adunan yang tidak terlalu lembap atau kering. Kalau adunan terlalu hancur, ambil 1/4 cawan dari adunan dan kisar balik. Kalau terlalu lembap dan susah dibentuk, campurkan tepung beras.
  6. Minyakkan tapak tangan anda dan asingkan adunan ke 7-8 bahagian kecil yang sama besar. Setiap bahagian dibulatkan dan dilenyekkan seperti pati daging burger. Letak di atas pinggan.
  7. Panaskan minyak di dalam kuali pada api sederhana. Bila minyak dah panas, masukkan 2-3 vada dan goreng sehingga keperangan dan rangup.
  8. Pindahkan masalodeh yang telah digoreng ke atas pinggan beralaskan tisu. Goreng sampai habis. Masalodeh sedia untuk dihidang. Hidang bersama teh atau kopi panas-panas.

Tips:

  • Jangan tambah air semasa mengisar
  • Jangan goreng dengan api besar kalau tak nanti dia hangit kat luar tapi belah dalam tak masak.
  • Simpan adunan di dalam peti ais selama 15-20 minit sebelum bentukkan ia. Ini akan buatkan vada jadi lagi rangup.
  • Kisar 1/2 sudu teh biji adas, 1/2 sudu teh biji ketumbar kering, 5-6 lada hitam dan 2 ulas bawang putih. Masukkan kesemua rempah ini ke dalam adunan dal chana untuk rasa yang lebih sedap.
  • Cutni hijau dan sos tomato sesuai dijadikan sebagai pencicah untuk resepi ini.

MASALODEH SUGU PAVITHRA

Bahan-bahan:

  • 1 cawan dal
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar garam
  • 3 biji cili kering
  • 3 biji cili padi
  • 3 tangkai daun kari

Cara-cara penyediaan:

  1. Rendamkan dal di dalam air minimum 4 jam, asingkan sebanyak 2 sudu besar dan kisar halus bersama bahan-bahan lain.
  2. Kisar dal tanpa air kalau boleh. Kalau nak tambah air jugak, tapis lepas mengisar. Ini untuk elakkan adunan berderai semasa menggoreng.
  3. Kepal-kepalkan adunan sebelum mula menggorengnya. Pastikan minyak betul-betul panas, dan jangan terbalikkan terlalu awal. Biarkan ia terapung dan mengeras di bahagian bawah baru balikkan. Pada api sederhana ya.
  4. Campurkan kesemua bahan, bulatkan adunan dan goreng terus.
  5. Siap!

MASALODEH QUINOA MERAH BAKAR

Bahan-bahan A: masalodeh quinoa merah bakar

  • 1 & 1/2 cawan quinoa
  • 1/2 cawan kacang lentil merah
  • 4 cawan stok sayuran (atau air)
  • 1/4 cawan parsli segar (dihiris)
  • 1/4 cawan tahini
  • 1 sudu besar biji sawi Dijon
  • 1/2 lemon (dijuskan)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1/4 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
  • Sedikit lada
  • 1/4 cawan tepung
  • 1/4 cawan tepung kacang kuda

Bahan-bahan B: sos yogurt tahini

  • 1 cawan yogurt tenusu tanpa gula biasa
  • 3 sudu besar tahini
  • 1 biji lemon (dijuskan)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar dill segar (dihirs)
  • 1/4 sudu teh garam (atau secukup rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masalodeh: panaskan ketuhar pada 400F. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan ketepikan.
  2. Basuh dan keringkan quinoa serta kacang lentil. Masukkan di dalam periuk bersama stok (atau air), tutup, dan didihkan. Kecilkan api kepada sederhana dan reneh selama 15 minit, dikacau sekali-sekala supaya tak melekat pada dasar periuk.
  3. Kalau masih ada cecair di dalam periuk, alihkan penutup dan sambung reneh pada api rendah selama 3-5 minit lagi sampai cecair semua terserap, jangan lupa kacau ya. Sejukkan di tepi sementara anda beralih ke bahan-bahan lain pula.
  4. Bila campuran quinoq-kacang lentil tadi dah sejuk sikit, pindahkan ke dalam mangkuk besar. Tambah parsli, tahini, biji sawi Dijon, serbuk kunyit, jintan putih, serbuk kayu manis dan garam. Kacau rata.
  5. Tamnah pula tepung jagung dan tepung kacang kuda dan kacau lagi sampai rata semua bahan. Patutnya adunan ni dah boleh dibentuk kepada pati. Melekit bukannya lembap atau basah.
  6. Kalau adunan terlalu basah, tambah sikit tepung kacang kuda, 1 sudu besar dalam satu masa, gaul rata setiap kali tambah tepung, sampailah anda boleh bentukkan adunan.
  7. Bakar selama 15 minit, balikkan dan sambung bakar untuk lagi 10 minit.
  8. Sos tahini: masa tengah bakar masalodeh tu, pukul kesemua bahan B untuk sos. Simpan di dalam peti sejuk sebelum menghidang.

Benda yang perlu diberi perhatian masa buat masalodeh ni ialah jangan tambah cecair masa mengisar dan perhatikan adunan masa tengah goreng atau bakar. Snek minum petang yang sedap untuk dinikmati. Selamat mencuba.

Sumber:

https://foodviva.com/snacks-recipes/masala-vada-chana-dal

https://my-resepi.com/cara-dan-resepi-vadai-dal-sugu-pavithra/

https://www.veggieinspired.com/baked-red-lentil-quinoa-fritters

error: Content is protected !!