Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pasti semua sudah bosan duduk dirumah dan asyik masak resepi yang sama sahaja. Hari ini saya akan beritahu tentang resepi mee ladna.
Resepi mee ladna ni kebanyakannya mesti akan ingat kena guna kuey teow je. Tapi sebenarnya mee ladna boleh digunakan dengan pelbagai jenis mee yang ada.
Berikut saya kongsikan 3 resepi mee ladna yang menggunakan mee berbeza ,sedap dan amat mudah untuk dicuba.
Resepi Kuey Teow Ladna
Resepi ni sangat mudah dan sedap. Bahan-bahan ni tidak semestinya ikut secara serratus peratus. Boleh mengikut citarasa sendiri. Kebiasaannya kuey teow ladna ni disediakan di restoran Thai dengan warna kuah yang jernih dan sedikit bewarna coklat dari warna sos tiram.
Bahan-bahannya:
- Kuey Teow 1 paket
- Kicap manis mengikut citarasa
- Satu mangkuk udang (ikut pilihan)
- Satu mangkuk sotong
- Satu ketul ayam bahagian dada
- Bawang putih 4 ulas diketuk
- Cili padi secukupnya dan diketuk (kalua nak pedas letak lebih)
- Sayur sawi 1 genggam
- Setengah batang lobak merah
- Kobis bunga mengikut citarasa
- Sos tiram sebanyak satu sudu besar
- Kiub ayam seketul
- Tomato 1 biji dipotong ikut suka hati
- Tepung jagung untuk memekatkan sebanya 2 sudu besar
- Sedikit minyak untuk menumis
- Air secukupnya
- Limau kasturi daan bawang goreng sebagai bahan hiasan.
Cara-cara untuk memasak kuey teow ladna:
- Ayam dada mestilah dihiris nipis dan direbus
- Udang dan sotong bersihkan terlebih dahulu. Sotong hendaklah dipotong bulat dan udang dibuang kulitnya untuk mudah dimakan
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Kuey teow di campur bersama kicap dan digaul rata. Lalu masukkan ke dalam kuali. Kacau untuk seketika, kemudian angkat dan letak tepi.
- Seterusnya, minyak yang sedia ada didalam kuali yang sama panaskan kembali. Masukkan bawang putih dan cili padi. Hendaklah digoreng sehingga naik bau.
- Lalu, sotong, udang da nisi ayam yang telah direbus masukkan ke dalam kuali. Gaul Ssehingga sotong dan udang hamper masak. Setelah itu masukkan lobak merah dan batang sawi, kemudian diikuti bersama daun sawi, bunga kobis dan tomato.
- Air dimasukkan secukupnya. Biarkan hingga mendidih. Setersunya masukkan kiub ayam, sos tiram dan air bancuhan tepung jagung.
- Gaul sehinggalah kuah bertukar menjadi pekat dan likat. Lantas, tuang kuah yang telah siap diatas kuey teow dan letakkan limau kasturi dan bawang goring diatasnya sebagai hiasan.
Mee Kuning Ladna
Bahan-bahannya :
- Satu paket mee kuning
- Setengah Bawang merah dihiris
- Empat ulas bawang putih (diketuk)
- Beberapa Cili padi diketuk mengikut kepedasan masing-masing
- Sayur (mengikut sayur kegemaran masing-masing)
- Isi ayam dipotong dengan kecil
- Satu mangkuk sotong (mengikut pilihan boleh jug untuk letak udang)
- Satu biji telur (Cuma ambil putih telur sahaja)
- Satu sudu tepung gandum atau jagung (dibancuh bersama dengan sedikit air)
- Minyak satu sudu
- Garam secukupnya
Cara-cara untuk buat mee kuning ladna:
- Minyak dipanaskan didalam kuali
- 2 ulas bawang putih yang telah diketuk dimasukkan ke dalam kuali dan tumis sehingga sedikit garing
- Kemudian masukkan kicap dan biarkan untuk seketika. Lalu masukkan mee kuning ke dalam kuali.
- Gaul dengan sebati dan goreng mee tersebut bersama kicap.
- Setelah siap letak ditepi mee tersebut.
- Menggunakan kuali yang sama setelah keluarkan mee. Minyak dimasukkan sedikit, tumis lebihan bawang putih yang sedia ada dan ditambah juga bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga bahan tersebut layu.
- Kemudian masukkan isi ayam dan sotong/udang, biarkan sehingga ayam dan sotong/udang tersebut masak.
- Lalu masukkan sedikit air secukupnya dan juga sayur-sayuran mengikut kadar air yang dimasukkan untuk menjadi kuah. Biarkan sehingga ia mendidih.
- Seterusnya jangan lupa untuk masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan juga putih telur. Biarkan untuk seketika lalu kacau.
- Api di perlahankan dan masukkan bancuhan tepung gandum sebentar tadi sedikit demi sedikit. Tepung gandum membantu untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhannya mengikut kepekatan yang anda inginkan.
- Kemudian siap! Sedia untuk dihidang bersama mee sebentar tadi .
Bihun Ladna
Bahan-bahannya :
- 1 paket bihun
- Sayur sawi (mengikut citarasa nak banyak mana)
- Sayur kobis
- Dada ayam (dipotong kecil)
- Sotong/ udang semangkuk (terpulang nak letak ke tidak)
- Kobis bunga (mengikut citarasa nak banyak mana)
- Lobak merah (mengikut citarasa nak banyak mana)
- 3 ulas bawang putih
- Setengah bawang merah dihiris
- Beberapa Cili padi diketuk mengikut kepedasan masing-masing
- Sedikit minyak
- Tepung jagung satu sudu (dibancuh dengan air)
- Serbuk lada hitam satu sudu
- Garam secukupnya
- Kiub ikan bilik seketul
- 2 biji telur (dipukul)
Cara-cara membuat bihun ladna:
- Bawang putih diketuk lalu dimasukkan kedalam kuali yang telah dipanaskan minyak.
- Tumis bawang putih sehingga naik bau.Lalu masukkan bawang merah, cili padi tumis sedikit garing.
- Kemudian masukkan ayam, sotong dan udang sehingga sedikit masak.
- Seterusnya masukkan kiub ikan bilis dan masukkan juga bersama segala sayur-sayuran yang telah sedia ada. Masukkan garam secukupnya.
- Untuk memekatkan kuah, tepung jagung dimasukkan sedikit demi sedikit mengikut tahap kepekatan yang anda mahu. Gaul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan telur yang telah dipukul dan gaul sehingga sebati. Letakkan serbuk lada hitam untuk lebih sedap dan siap !
- Menggunakan periuk yang berbeza , rebus bihun sehingga lembut
- Sedia untuk dihidang !
Begitulah 3 resepi mee ladna yang berbeza tapi amat mudah untuk disediakan dan sedap pulak tu. Yang tinggal hanyalah merajinkan diri untuk mencuba. Selamat mencuba semua !
SUMBER:
https://resepichenom.com/resepi/kuey-teow-ladna/show
https://www.miazain.com/2015-06-resepi-mee-ladna-sedap-mudah-html/
http://zulhusna.blogspot.com/2014/03/bihun-ladna-simple-dan-sedap.html