Resepi mee sememangnya sinonim dan popular dengan masyarakat Melayu. Namun, apa pula perbezaan resepi mee bandung, mee kari, mee jawa dengan resepi mee rebus utara?
Kesemua mee kari, mee bandung dan mee rebus menggunakan mi kuning yang tebal. Apa yang membezakannya adalah dari segi penghasilan kuah dan rencah dalam masakan.
Kuah mee rebus yang baik adalah kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak pula cair. Ada rasa sedikit masam dari pes asam jawa dan perahan limau purut. Kena pula dengan mi kuning yang dicelur dengan air panas. Sedapnya!
Kalau nak tahu di Malaysia, resepi berbeza-beza mengikut negeri. Kali ini, kami kongsikan 3 resepi mee rebus utara yang anda boleh cuba.
Resepi Mee Rebus Utara
Sekiranya anda tercari-cari resepi mee rebus utara dengan kuahnya yang pekat, anda boleh cuba resepi yang asli dah mudah ini. Sesuai untuk hidangan waktu petang atau malam.
Bahan-bahan:
- 1,105 ml air
- 500 g daging lembu
- 700 g ubi keledek
- 4 biji bawang merah
- 4 biji cengkih
- 4 ulas bawang putih
- 30 biji lada kering
- 1 batang serai
- 3 cm lengkuas
- 1 buah keras
- 1/2 cawan udang kering
- 3 sudu besar minyak
- 1⁄2 sudu besar serbuk kari
- 1⁄2 sudu besar pes soya yang ditapai
- 1 sudu besar garam
- 1⁄2 sudu besar gula
- Telur
- cili hijau
- tauhu digoreng
- taugeh
- daun parsli
Cara Penyediaan:
- Pertama sekali, tuangkan 1,000 ml air ke dalam periuk sehingga mendidih. Kemudian, masukkan daging lembu ke dalam periuk.
- Sebaik sahaja air mula mendidih lagi, perlahankan api dan biarkan ia mendidih. Tutup periuk.
- Langkah seterusnya, kukus ubi keledek sehingga lembut. Selepas ubi keledek menjadi lembut, hancurkan dengan garfu atau kisar dengan pengisar makanan.
- Kisar bawang merah dan bawang putih sehingga halus. Kemudian masukkan air untuk melancarkan proses pengadunan. Ketepikan.
- Setelah cili kering direndam atau direbus, kisar cili kering sekali dengan serai, udang kering, lengkuas dan buah keras sehingga tekstur berubah menjadi pes.
- Kemudian, tuangkan sedikit air sehingga adunan menjadi sebati. Ketepikan.
- Ambil kuali lain dan panaskan minyak dalam api yang sederhana. Selepas itu, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan pes cili, tauchu dan serbuk kari yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan air. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Ketepikan.
- Asingkan daging dengan tulang. Kemudian potong daging ikut saiz gigitan.
- Masukkan daging ke dalam periuk dan besarkan api. Masukkan pes yang telah ditumis, baru masukkan ubi keledek ke dalam periuk yang sama.
- Kacau kuah sehingga kuah mendidih. Apabila kuah mula mendidih, perlahankan api dan kacau perlahan.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa. Anda boleh rasa sebelum menambahkan lagi rasa garam dan gula supaya kuah menjadi sedap!
- Untuk hidangan mi, rebus mi telur dalam periuk air yang mendidih sehingga lembut. Hidangkan mi dengan kuah mee rebus.
- Akhir sekali, hiaskan dengan bawang merah goreng, tauge yang telah dikisar, cili hijau, tauhu goreng, hirisan telur rebus dan sedikit pasli.
- Siap dihidangkan panas-panas.
Resepi Mee Rebus Utara dengan Udang
Ini pula resepi mee rebus utara dengan udang. Resepi kali ini menggunakan pes asam jawa dan sedikit perahan air limau purut bagi menaikkan aroma bau.
Bahan-bahan:
- Mi telur
- 1 peket pes kari ayam segera
- 10 (700 g) kentang kecil – dikupas
- 6-7 cawan stok ayam
- 1 sudu besar asam, pes asam jawa – biji dikeluarkan
- 1 sudu gula
- 2 kiub stok ayam Knorr
- garam
- telur rebus
- daun bawang
- bawang goreng
- tauge
- sambal kegemaran anda
Cara Penyediaan:
- Mula-mula sekali, masukkan udang kering yang dicincang, udang segar, bawang dan kucai dalam mangkuk besar.
- Selepas itu, masukkan tepung dan air, campurkan sehingga sebati. Kemudian, perasakan dengan stok ayam, lada dan gula.
- Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali atau periuk untuk menggoreng. Masukkan sesudu penuh adunan ke dalam minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Biarkan hingga sejuk.
- Untuk kuah, panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau wangi. Kemudian, masukkan pes kari ayam segera. Masak sehingga pecah minyak, masukkan daging dan udang. Gaul sebati.
- Selepas kuah mendidih, perasakan dengan garam, gula, sedikit air asam jawa dan stok ayam knorr.
- Siap untuk dihidangkan dengan mee rebus! Hiaskan dengan udang yang digoreng mula-mula tadi.
Resepi Mee Rebus Utara dengan Kacang
Berbeza dengan kuah yang lain, resepi ini menggunakan serbuk kacang yang disangai kemudian dihancurkan, dicampur dalam kuah. Ia boleh memekatkan dan menaikkan selera untuk menikmati mee rebus. Boleh cuba!
Bahan-bahan:
- 1.5 kg mi kuning
- 200 gram tauge segar
- 4 sudu besar minyak sayuran
- 600 gram daging dihiris halus, atau ganti dengan udang
- 500 gram ubi keledek, rebus hingga lembut kemudian dilenyekkan
- 1/2 cawan kacang, disangai kemudian hancur halus
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 1 batang serai, ditumbuk
- 2 liter air
- 1 sudu besar gula merah, tambah 1 sudu besar jika ubi keledek tidak terlalu manis
Bahan Untuk Membuat Kuah:
- 5 bij bawang merah
- 1 biji bawang holland
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 6 ulas bawang putih
- 2 sudu besar udang kering
- 2 sudu besar pasta kacang soya yang diperam
Bahan Hiasan:
- 250 gram tauhu – dipotong dan digoreng
- 8 telur rebus, dibelah dua
- 1/4 cawan bawang holland dihiris halus
- 1/2 cawan bawang goreng
- 8 limau purtu, potong dua
- 4 batang cili hijau , dihiris halus
- 1/4 cawan daun ketumbar
Cara Penyediaan:
Bahan-bahan sampingan
- Pertama sekali, rebus ubi keledek hingga lembut. Kemudian masukkan kentang.
- Rebus mi kuning, kacang soya. Ketepikan.
- Kemudian, sangai kacang, biarkan sejuk dan hancurkan dengan lesung batu atau dikisar.
- Masukkan tauhu dan goreng dalam minyak hingga kekuningan, toskan dan ketepikan
- Rebus telur sehingga masak, buang kulit telur dan potong dua.
Untuk membuat kuah
- Kisar semua bahan untuk membuat kuah mee rebus, kemudian letak ½ cawan air dalam pengisar sehingga jadi pes yang halus.
- Kemudian, panaskan minyak dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan pes mee rebus.
- Masukkan pes dan serai. Tumis bahan selama 3-4 minit sehingga sebati dan naik bau wangi.
- Masukkan serbuk kari dan masak lagi selama 5-10 minit.
- Masukkan daging lembu yang dihiris dan tuang air. Perasakan dengan garam dan lada. Masak sehingga daging menjadi lembut.
- Masukkan udang segar dan biarkan selama 2-3 minit atau sehingga udang masak sepenuhnya.
- Dengan api yang perlahan, masukkan ubi keledek dan kacau perlahan sehingga sebati.
- Masukkan kacang tanah yang ditumbuk dan gula merah. Masukkan lebih banyak jika anda suka kuah pekat. Perasakan dengan garam dan lada sekiranya perlu.
Untuk Hidangan
- Tuangkan mi dan tauge ke dalam mangkuk.
- Tuangkan sedikit kuah ke atas mee dan tauge.
- Hiaskan dengan cili hijau, kiub tauhu goreng, bawang merah garing, bawang besar yang dihiris dan ketumbar.
- Letakkan telur rebus dan hirisan limau purtu atau limau nipis di bahagian atas mee rebus.
- Makan panas-panas!
Sangat mudah dan menyelerakan, bukan? Jika anda kekeringan idea untuk memasak hidangan berlaku, cuba sekali-sekala tukar menu kepada hidangan yang berasaskan mee pada hujung minggu.
Selamat mencuba!
Sumber:
https://www.asiaflavor.com/hawker-style-mee-rebus/