Mee Wantan merupakan antara salah satu makanan orang Cina namun ia juga digemari oleh pelbagai bangsa. Antara resepi makanan yang amat menarik untuk dicuba dirumah.
Kalau kita lihat dilaman sesawang tedapat pelbagai resepi mee wantan. Berikut saya ingin kongsikan 3 resepi mee wantan yang anda perlu cuba dirumah.
Mee Wantan Goreng
Bahan-bahannya :
- 1 paket mee wantan
- Sediakan 1 paket bebola ikan
- 1 paket tahu yang telah digoreng
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- Bawang putih sebanyak 3 ulas (dihiris)
- Gula sebanyak 2 sudu
- Sediakan kicap
- Sediakan juga sos tiram
- Sedikit madu
- Sedikit serbuk perasa
- 1 sudu cuka makanan
- Gunakan sos cili atau sos tomato
- Gunakan minyak masak atau minyak bijan
- Dada ayam (hendaklah dikisar hancur atau potong)
Cara-cara membuaat mee wantan goreng :
- Pertama sekali , mestilah merebus mee tersebut hingga separuh masak. Kemudian cuci bersih atau rendam didalam air yang berisi ais dan letak tepi.
- Lalu, tumis bawang yang telah dihiris nipis
- Kemudian masukkan bahan tambahan seperti bebola ikan dan tauhu goreng
- Tambahkan sedikit bahan perasa mengikut citarasa
- Akhir sekali, masukkan mee wantan yang telah direbus tadi.
- Gaul dengan sebati dan siap untuk dihidang.
Wantan Mee Sup
Bahan-bahannya :
- 1 paket mee wantan-mestilah dicelur seketika
- Sayur Pak Choy –dicelur juga untuk seketika
- Tauhu goreng
- Bawang goreng mengikut citarasa
- Daun bawang atau sup untuk lebih sedap
Bahan-bahan untuk sup:
- 1.5 Liter air
- 2 ketul kiub ikan bilis atau atau kiub ayam
- 1/4 mangkuk ikan bilis
- Sedikit gula
- Sedikit lada sulah (mengikut pilihan dan citarasa sendiri)
- 1 biji bawang besar hendaklah dipotong 6
- Seketul dada ayam-mestilah dicuci bersih
Bahan-bahan untuk isi wantan:
- 10-15 keping kulit wantan yang segar
- Setengah mangkuk isi udang
- Setengah mangkuk isi dada ayam
- Sedikit lada sulah
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun sup sedikit hendaklah dicincang halus
Cara-caranya:
- Rebus bahan-bahan untuk sup sehingga ayam kelihatan masak dan lembut
- Letakkan serbuk perasa secukupnya dan tutup api. Lalu ketepikan isi ayam dan biarkan sejuk dan boleh carik dengan halus.
- Untuk bahan isi wantan, Kisar udang, ayam , gula , garam dan lada sulah.
- Kemudian masukkan daun sup yang telah dicincang dan gaul sehingga sebati.
- Ambil sedikit inti yang telah dikisar dan letakkan sedikit diatas kulit wantan. Kemudian ambil sedikit air sejuk dan sapukan di sekeliling kulit wantan.
- Lalu bentukkan ia mengikut citarasa sendiri. Diulangi sehingga kulit wantan habis.
- Didihkan air yang telah dibuat sup tadi kemudian masukkan isi wantan kedalamnya. Biarkan ia sehingga sup mendidih seketika.
- Jangan biarkan terlalu lama takut kulit wantan akan kembang dan koyak. Sebaiknya masukkan wantan mengikut kuantiti yang hendak dimakan , jangan dimasukkan semua kerana lama-lama ia akan kembang kulitnya.
- Sedia untuk dinikmati bersama mee yang telah dicelur dan bahan sampingan yang telap siap !
Wantan Mee Kicap Sup
Bahan-bahannya:
Bahan Wantan
- Kulit Wantan segera (boleh didapati di pasaraya)
- 2 keping dada ayam dicincang halus (nak gantikan dengan udang pun boleh)
- Setengah biji bawang Holland (dihiris halus)
- Lobak merah sedikit (dihiris)
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu besar minyak bawang putih
- 1 sudu teh kecil garam
- Sedikit daun bawang (dihiris halus)
Bahan Sup Wantan - Air diletakkan secukupnya (mengikut kemahuan sendiri nak banyak kuah letak banyak)
- Bebola ikan
- Tulang ayam dari dada ayam tadi jika ada
- Kiub ayam 1 ketul
- 1 sudu teh lada sulah
- Halia sebesar 1 cm dihiris nipis
- 2 sudu makan minyak bawang putih
- Garam secukup rasa
Bahan Mee Kicap - 1 paket mee wantan
- 4 sudu makan kicap pekat
- Kicap cair sebanyak 2 sudu makan
- Sos tiram sebanyak 2 sudu makan
- Lada sulah sebanyak 2 sudu teh
Cara-caranya dibahagikan 3 bahagian:
Bahagian pertama bahan wantan(A):
- Gaulkan semua bahan di bahagian A sehingga sebati
- Ambil kulit wantan dan letakkan isi ayam yang telah digaul tadi dibahagian tengah kulit wantan.
- Letakkan sedikit air dikeliling kulit wantan dan bentukkan ia. Buatkan juga wantan bersaiz tiga segi.
- Minyak dipanaskan dan goreng wantan yang telah dibentuk tadi sehingga bertukar perang keemasan. Sementara wantan yang berbentuk tiga segi dikukus sehingga masak.
Bahagian kedua bahan sup wantan (B):
- Masak semua bahan yang telah disenaraikan sehinggalah mendidih (kecuali bebola dan wantan)
- Kemudian masukkan bebola dan wantan. Biarkan ia mendidih sekali lagi dan selepas itu padamkan api.
Bahagian ketiga bahan mee kicap (C):
- Mula-mula celur mee dengan air panas lalu toskan ia
- Kemudian semua bahan yang telah disenaraikan digaul sebati dan diketepikan
- Selepas itu hidangkan mee yang telah dicelur sebentar tadi dan hidangkan ia bersama wantan goreng sup wantan dan cili jeruk.
Lepas melihat ketiga-tiga resepi mudah sahaja untuk membuat mee wantan. Pelbagai resepi boleh dicuba dan juga pelbagai bahan juga boleh diletakkan mengikut citarasa sendiri. Bukan sahaja boleh dinikmati dengan sendirian malah boleh dapat dinikmati bersama keluarga. Pasti mereka berasa seronok dengan aroma sup yang menaikkan selera dan rangupan wantan goreng pasti tak sabar untuk menikmatinya. Semoga setiap perkongsian memberikan manfaat untuk anda yang sedang membacanya. Selamat mencuba !
SUMBER:
https://resipiayam.web.app/939-resipi-mee-wantan-goreng-sedap.html
http://semaniskasturi.blogspot.com/2016/04/wantan-mee-sup-simple.html