Cendawan shitake merupakan cendawan yang mempunyai warna hitam dan berbentuk bulat. Ia digunakan dalam keadaan segar dan kering.
Cara sebutannya adalah shee-tah-kay dalam Bahasa Jepun yang bermaksud cendawan dari pokok Shii yang batangnya sudah reput dan ditumbuhi cendawan.
Ia sedikit kenyal dan beraroma manakala batangnya pula keras dan tidak sesuai untuk digunakan dalam masakan.
Shitake mempunyai rasa yang lebih kompleks dibandingkan dengan cendawan butang.
Ia kaya dengan khasiat serta selalu digunakan sebagai tambahan dalam masakan seperti tumisan, sup dan penyedap rasa.
Jom kita cuba 3 resepi yang menggunakan Cendawan Shitake dalam masakan. Sangat mudah dan menyelerakan!
1. Resepi Cendawan Shitake Sos Tiram
Hidangan ini mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja untuk dimasak. Makan pula dengan nasi putih. Fuh, sedap hingga menjilat jari!
Bahan-bahan:
- 2 cawan cendawan shiitake
- 1 sudu besar bawang putih, cincang
- 1/2 sudu teh halia, cincang
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat manis
- 1 sudu teh gula perang
- Garam dan lada secukup rasa
- 1/4 cawan air rebusan ayam / air dari merendam cendawan
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh tepung jagung dicampur dengan 2 sudu besar air sejuk
Cara penyediaan:
1. Pertama sekali, rendam cendawan shitake ke dalam air suam selama 15 minit. Air rendaman jangan dibuang. Jika cendawan terlalu besar, boleh potong kecil-kecil.
2. Kemudian, panaskan kuali dengan api yang sederhana. Tumis bawang putih dan halia sedikit sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan cendawan yang telah direndam dan tumis selama 1 minit.
4. Tuangkan sos tiram, kicap manis, gula dan air rebusan ayam, kacau hingga sebati.
5. Setelah sos menggelegak, tuangkan campuran tepung jagung.
6. Apabila kuah telah pekat, angkat dari api dan taburkan dengan minyak bijan.
7. Hidangkan panas-panas. Siap untuk dinikmati.
2. Resepi Cendawan Shitake dengan Ayam
Jika anda menyediakan resepi ini dengan menghidangkan ayam disulam dengan cendawan shitake, ditambah pula dengan nasi goreng tetamu anda mungkin ingat hidangan ini dari restoran Cina!
Bahan-bahan:
- 1 cawan cendawan shiitake
- 1 sudu minyak sayuran
- 2 ulas bawang putih dicincang
- 2 inci halia yang dihiris kasar
- 2 dada ayam besar (atau 4 paha ayam), dipotong
- 8 oz cendawan shiitake segar
- 3 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar kicap
- 1 cawan stok cendawan
- 1 sudu tepung jagung
- 1 biji bawang besar dihiris bulat
Cara penyediaan:
1. Dalam mangkuk kecil, rendam cendawan dalam air mendidih selama 20 minit atau sehingga lembut.
2. Kemudian, keluarkan cendawan dari air dengan penapis dan tos sehingga kering. Simpan 1⁄4 air rebusan cendawan dan ketepikan (ini adalah stok cendawan).
3. Panaskan kuali di atas api sederhana. Masukkan 2 sudu minyak ke dalam kuali yang dipanaskan.
4. Selepas itu, masukkan bawang putih dan halia ke dalam minyak panas. Tumis lebih kurang 30 saat sehingga naik bau.
5. Masukkan ayam dan tumis lebih kurang satu minit.
6. Masukkan cendawan segar dan masak hingga lembut sehingga masakan menjadi sebati.
7. Baru masukkan cendawan yang telah direndam dan tumis sehingga 2 hingga 3 minit lagi sekali lagi.
8. Tuang sos tiram, kicap manis dan ringan, stok cendawan, dan campuran tepung jagung. Didihkan dan tumis hingga cendawan dilapisi dengan sos pekat.
9. Akhir sekali masukkan bawang besar dan kacau sehingga lembut.
10. Hidangkan segera dengan nasi goreng atau apa-apa hidangan utama yang lain.
Tips:
- Sekiranya anda tidak jumpa cendawan lain, cendawan shiitake segar adalah pilihan yang tepat.
- Boleh tak guna selain sos tiram? Cuba gunakan sos hoisin atau sos teriyaki. Kedua-duanya adalah pilihan yang bagus.
- Jika saiz cendawan terlalu besar, anda boleh memotongnya.
- Air jagung & air rebusan ayam digunakan untuk memekatkan sos. Pastikan ia dicampur hingga rata untuk mengelakkan gumpalan yang tidak diingini. Jika takut, boleh gunakan penapis untuk menapis gumpalan.
3. Resepi Pasta Cendawan Shitake
Sekiranya anda mencari resipi sos pasta cendawan shiitake yang ringkas dan enak, cuba ni. Sangat mudah, sedap dan siap dalam 15 minit!
Pasta cendawan shitake yang enak dan berkrim ini melengkapkan rasa daging dan anda sendiri dapat menikmati rasa cendawan shitake itu sendiri.
Cara terbaik untuk memasak cendawan shitake adalah dengan menumisnya dengan mentega atau minyak zaitun.
Dan, tentu saja, bahan untuk membuatnya mudah dan senang didapati di pasaran. Jom cuba!
Bahan-bahan:
- pasta (tagliatelle, rigatoni, fusilli, penne, atau pasta segar)
- cendawan shiitake (segar atau kering)
- bawang putih
- minyak zaitun
- daun pasli segar
- krim fraiche
- perahan lemon
- parut keju
Bahan-bahan tambahan yang lain:
- bayam
- daun bawang- dihiris halus
- labu- dipotong dadu
- ayam- dipotong dadu
- daun Thyme
- serbuk cili
Cara penyediaan:
1. Didihkan air dalam periuk besar. Masukkan pasta dan garam kemudian rebus sehingga lembut sehingga 8 minit.
2. Keluarkan (60 ml) air masak pasta dari periuk dan ketepikan.
3. Panaskan kuali dan tuang 2 sudu besar minyak zaitun. Perlahankan api. Tumis bawang putih dan tambahkan cendawan shiitake selama 10 minit atau sehingga masak, tambah sedikit air rebusan pasta jika perlu.
4. Kemudian, perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
5. Tos pasta dan masukkan ke dalam kuali dengan cendawan shitake. Selepas itu, tuangkan air masak yang telah disediakan, dan tumis semua bahan selama satu minit lagi.
4. Keluarkan kuali dan tutup api. Masukkan krim fraiche, serai lemon dan daun pasli cincang. Taburkan dengan parut keju jika anda suka.
5. Akhir sekali, perasakan dengan lada hitam dan hidangkan panas.
Macam mana? Selepas membaca ketiga-tiga resepi ini mana satu yang menjadi pilihan anda? Apa-apa pun selamat mencuba kami ucapkan!
sumber:
https://thecookingjar.com/mushrooms-in-oyster-sauce/
https://www.errenskitchen.com/chicken-chinese-mushrooms/
https://www.thepetitecook.com/shiitake-mushroom-tagliatelle/