Now Reading
3 Resepi Nasi Air Yang Lazat dan Mudah

3 Resepi Nasi Air Yang Lazat dan Mudah

nasi air

Nasi Air merupakan hidangan yang terkenal di Kelantan. Nasi ini mempunyai sedikit perbezaan dengan sajian bubur kerana kauh sup serta bahan-bahan sampingan yang lain dihidangkan bersama dengannya.

Hidangan ini juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa waktu. Hidangan ini amat mengenyangkan dan cara penyediaannya juga mudah. Selamat mencuba !

Resepi Nasi Air Pertama:

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • Halia – sebesar ibu kaki dan dihiris
  • 1 uncang sup bunjut
  • Air yang secukupnya
  • Garam, gula dan serbuk perasa yang secukupnya
  • 1 kiub pati ayam

Cara penyediaan :

  1. Minyak dipanaskan dan bawang putih, bawang merah, halia dan sup bunjut ditumiskan sehingga wangi.
  2. Ayam dan 1 jug air dimasukkan. Ayam dibiarkan sehingga masak.
  3. Garam, gula perasa dan kiub pati ayam ditambahkan. Dikacau sebati dan api dimatikan.
  4. Ayam ditoskan dari kuah sop, dan isinya dicarikkan. Ketepikannya.

Bahan-bahan Nasi Air :

  • Beras secukupnya
  • Air – jumlahnya 2 kali ganda daripada air untuk menanak nasi biasa

Cara-cara penyediaan :

  1. Beras dibasuh sehingga bersih. Kemudian ditoskan dan dimasukkan ke dalam kuali. Digoreng tanpa minyak sehingga airnya kering.
  2. Beras dimasukkan ke dalam pengisar dan dikisar sehingga hancur.
  3. Beras kisar dimasukkan ke dalam periuk atau periuk nasi elektrik.
  4. Air ditambahkan. Jumlah air haruslah 2 kali ganda daripada sukatan air untuk menanak nasi biasa. Pastikan nasi air sentiasa dikacau sehingga masak dan lembut.
  5. Nasi disendukkan ke dalam mangkuk untuk dinikmati.
  6. Lauk sampingan dan juga kuah sup yang secukupnya diletakkan.
  7. Untuk menyedapkan rasa lagi, nikmatinya bersama dengan sambal.
  8. Mi kuning, kuetiau atau bihun juga boleh digantikan selain nasi.

Bahan -bahan lauk sampingan :

  • Isi ayam yang dicarik – ambil dari rebusan sup
  • ikan bilis goreng garing
  • Daging atau perut lembu rebus (jika digemari)
  • Tauge, kubis dan kangkong celur
  • Hirisan daun sup,daun ketumbar dan daun bawang
  • Hirisan limau nipis
  • Bawang goreng
  • Kacang goreng yang ditumbuk halus (jika digemari)
  • Minyak bawang putih (jika ada)

Bahan-bahan Sambal Penambah Rasa :

  • Sambal – dikisar dengan cili,cuka,garam,gula dan sedikit air
  • Sambal kicap – cili padi dipotong dan dimasukkan ke dalam campuran kicap manis dan cuka
  • Cili jeruk
  • Serbuk cili kering – boleh dibeli di pasar raya

Nasi Air Daging

Bahan-bahan :

Bubur nasi

  • 2 cawan beras
  • 2 liter air
  • 1/2 sudu kecil garam

Sup Daging Noxxa

  • 1/2 kilo tulang (anggaran)
  • 1 mangkuk daging (dipotong kecil)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 buncut rempah sup bunjut
  • 7 biji bunga cengkih
  • 1 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 4 liter air (anggaran)
  • 3 biji kentang dipotong 2 atau 4
  • 2 sudu kecil asam jawa Adabi
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 ikat daun sup (diracik halus)

Daging Goreng

  • 2 mangkuk daging (dihiris halus)
  • 1 sudu makan sos tiram*
  • 1 sudu makan kicap*
  • 1 sudu makan minyak bijan*
  • 1 sudu makan sos ikan*
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 5 biji cili padi (dihiris) – lebihkan jika suka pedas
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3-5 sudu makan kicap

Cara-cara penyediaan :

  1. Bubur Nasi : Beras dibasuh dan dimasukkan ke dalam periuk. Air dan jerang dimasukkan di atas api. Kemudiannya dikacau sebentar dan periuk ditutup.
  2. Tudung periuk dicondongkan sedikit apabila air telah membuak-buak, Kacau selang selama beberapa minit sehingga bubur pekat. Air ditambah jika perlu. Garam dimasukkan dan dikacau sebati setelah pekat. Api ditutup.
  3. Sup Daging : Periuk diset ke stir-fry dan suis ‘On’ ditekan. Minyak dimasukkan. Bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan ditumis sehingga layu.
  4. Air, sup bunjut dan tulang dimasukkan. Periuk ditutup dan laraskan tombol ke pressure. Periuk diset ke tekanan tinggi selama 45 minit. Suis ‘On’ ditekan.
  5. Setelah periuk berbunyi, stim dilepaskan dengan tombol dilaraskan ke stim sehingga wap hilang. Periuk dibuka dan dimasukkan kentang dan daging. Tutup kembali dan tombol dilaraskan ke tekanan. periuk disetkan ke HP selama 20 minit.
  6. Wap dilepaskan dan periuk disetkan ke stir-fry setelah periuk berbunyi, tomato, daun sup, garam dan perasa serta bahan-bahan lain yang disukai dimasukkan. Sup dibiarkan mereneh sebentar dan bolehlah dimatikan atau setkan ke warm.
  7. Daging goreng : (Bahan perap boleh disediakan sementara menunggu sup daging.) Daging diperap dengan bahan yang bertanda *.
  8. Minyak dipanaskan dan daging yang telah diperap digoreng sehingga airnya kering.
  9. Sos tiram, kicap, bahan tumbuk dan cili padi dimasukkan. Digoreng sehingga rata. Siap.
  10. Bubur dihidangkan bersama dengan sup, daging goreng, bawang goreng dan juga minyak bawang putih.

Nasi Air Pantai Timur

Bahan-bahan :

  • 6 ulas bawang putih ditumbuk hancur
  • 1 inci halia muda diketuk
  • Daging sebesar penumbuk dihiris nipis
  • Air
  • 1 kiub ayam
  • Garam
  • 2 sudu kicap
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 akar daun sup
  • 2 batang serai diketuk

Cara-cara penyediaan :

  1. Sedikit minyak dipanaskan dan bawang putih ditumis bersama halia yang diketuk tadi.
  2. Air dimasukkan.
  3. Daging yang telah dihiris dimasukkan.
  4. Serai dan akar daun sup dimasukkan.
  5. Perasa iaitu kiub ayam , garam, kicap dan sos ikan dimasukkan.
  6. Kuah sup nasi air direneh sehingga masak harum.

Nasi Lembik :

Nasi lembik ditanak menggunakan periuk nasi elektrik biasa sahaja. 2 cawan beras ditanak untuk hidangan 4 orang.

  • 2 cawan beras yang dibersihkan
  • 7 cawan air

Nasi dikacau sedikit apabila ditanak sehingga masak. Terus tutup suis dan sejukkan nasi lembik tadi apabila nasi masak,.

Bahan-bahan lain untuk nasi air :

  • 2 ketul isi ayam direbus. Kemudian isinya dicarik-carik. Diletak ke dalam 1 mangkuk
  • Lampung/ Paru yang telah dihiris nipis. Goreng garing.
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • 6 biji bawang putih yang dipotong dadu. Kemudian minyak dipanaskan, bawang putih digoreng untuk mendapatkan minyak bawang putih. Digoreng sekejap sehingga berbau harum bawang putih. Kemudian disejukkan di dalam mangkuk. Minyak bawang putih akan menyedapkan nasi air.
  • Hirisan limau nipis
  • Air Cili. 2 biji cili merah dikisar bersama 3 biji cili api, 1 sudu kecil garam, 2 sudu kecil gula dan 1 sudu besar cuka.
  • Jika ada cili jeruk, nasi air akan lebih sedap.

Mudah sahajakan? Jadi bolehlah anda mencuba resepi ini nanti.

SUMBER:

https://cookpad.com/my/recipes/12905462-nasi-air-kelantan

https://www.shalimaryusof.com/2021/02/resepi-nasi-air-pantai-timur-yang-sedap.html

https://www.rasa.my/enaknya-nasi-air-kelantan-simple-sangat-sedap/

error: Content is protected !!