Now Reading
3 Resepi Nasi Arab yang Mudah dan Sedap!

3 Resepi Nasi Arab yang Mudah dan Sedap!

nasi arab

Restoran Nasi Arab kini boleh ditemukan dimana-mana sahaja kerana Nasi Arab sememangnya menjadi salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Salah satu perkara yang menarik mengenai Nasi Arab adalah setiap hidangannya mempunyai portion yang sangat banyak dan puas dimakan.

Nasi Arab boleh dinikmati bersama lauk kesukaan seperti dalca, sambal, acar, dan sebagainya. Walau bagaimana pun, masih ramai yang masih ingin mencuba memasaknya sendiri di rumah.

Oleh itu, beberapa resepi hidangan Nasi Arab akan dikongsikan untuk rujukan anda mencuba sendiri masak Nasi Arab di rumah.

RESEPI NASI ARAB AYAM

Bahan-bahan ayam:

  • Ayam setengah ekor
  • Kiub ayam
  • Tomato belah 4 – 1 biji
  • Cili hijau 1 biji
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Jintan manis 1/2 sudu
  • Biji ketumbar 1/2 sudu
  • Lada hitam 1/2 sudu

Bahan-bahan nasi:

  • Minyak sapi atau mentega atau minyak masak
  • Beras basmathi 2 pot telah direndam selama 30 minit
  • Biji ketumbar 1/2 sudu
  • Jintan manis 1/2 sudu
  • Lada hitam 1/2 sudu

Cara-cara penyediaan ayam:

  1. Pertama sekali, rebuskan kesemua bahan-bahan rebusan bersama setengan ekor ayam selama 30 minit.
  2. Kemudian campurkan sesudu garam sebagai perasa.
  3. Setelah merebus, angkat ayam dan perap bersama serbuk kunyit, madu, dan garam.

Cara-cara penyediaan nasi:

  1. Pertama sekali, tumis bahan-bahan untuk nasi sehingga naik bau, setelah masukkan beras dan kacau selama seminit.
  2. Kemudian, pindahkan nasi tadi ke rice cooker, dan masukkan ayam yang telah diperap dan air rebusan ayam bersama.
  3. Sukatan air rebusan untuk memasak nasi adaalah sama seperti memasak nasi biasa.
  4. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar di atas ayam supaya menghasilkan aroma yang sedap dan wangi.

RESEPI NASI ARAB AYAM BERMADU

Bahan-bahan ayam:

  • 4 potong ayam
  • Air bersih 4 mangkuk
  • 1 kiub ayam
  • Tomato 1 biji
  • Bawang besar 1 biji
  • Lada hijau 2 biji
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Ketumbar 1/2 camca
  • Jintan manis 1/2 camca
  • 1/2 camca lada hitam 1/2 camca

Bahan-bahan perapan ayam:

  • Madu secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya

Bahan-bahan tumis:

  • Beras basmathi extra panjang 1 1/2 mangkuk
  • Ketumbar 1/2 camca
  • Jintan manis 1/2 camca
  • Lada hitam 1/2 camca
  • Daun pandan 1 helai

Cara-cara penyediaan:

  1. Selama 30 minit, rebus semua bahan-bahan rebusan yang telah dinyatakan dengan air secukupnya kemudian perasakan bersama garam, ajinomoto, atau cukup rasa.
  2. Setelah selesai, angkat ayam kemudian perapkan ayam bersama bahan perapan iaitu madu dan serbuk kunyit.
  3. Sementara itu, tumis bahan-bahan daun pandan, ketumbar, jintan manis, dan lada hitam sehingga naik bau. Kemudian, masukkan beras basmathi dan gaulkan bersama bahan tumisan selama 1 minit.
  4. Masukkan beras yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi. Kemudian masukkan air rebusan ayam, dan ayam di bahagian atas nasi.
  5. Tunggu sehingga nasi masak, kemudian bolehlah dihidang dan makan bersama keluarga.

RESEPI NASI ARAB BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • Ayam 2 ekor yang telah dipotong 2 atau 4 bahagian
  • Beras basmathi 5 cawan telah dibasuh dan ditoskan
  • Air secukupnya
  • Tomato 1 biji  telah dipotong
  • Bawang besar 2 biji  telah dipotong bulat
  • Lada hijau 2 tangkai telah dipotong

Bahan-bahan rempah – direbus:

  • Buah pelaga 5 biji
  • Bay leave 2 helai
  • Kulit kayu manis 3 batang
  • Bunga cengkih 5 biji
  • Serbuk ketumbar 1/2 sudu besar
  • Serbuk lada hitam 1/2 sudu kecil
  • Serbuk jintan putih 1/2 sudu besar

Bahan-bahan rempah – ditumis:

  • Serbuk zaffaran (kuning) 1/2 sudu besar
  • Serbuk mellah farolah 2 sudu besar
  • Minyak masak/minyak jagung/olive

Cara-cara penyediaan:

  1. Selama 30 minit, rebus semua bahan-bahan rebusan yang telah dinyatakan dengan air secukupnya kemudian perasakan bersama garam, ajinomoto, atau cukup rasa.
  2. Setelah selesai, angkat ayam kemudian perapkan ayam bersama bahan perapan iaitu madu dan serbuk kunyit.
  3. Sementara itu, tumis bahan-bahan daun pandan, ketumbar, jintan manis, dan lada hitam sehingga naik bau. Kemudian, masukkan beras basmathi dan gaulkan bersama bahan tumisan selama 1 minit.
  4. Masukkan beras yang ditumis tadi ke dalam periuk nasi. Kemudian masukkan air rebusan ayam, dan ayam di bahagian atas nasi.
  5. Tunggu sehingga nasi masak, kemudian bolehlah dihidang bersama keluarga.

RESEPI TAMBAHAN: SALAD SAYURAN

Resep: Salad / Salatoh pendamping nasi arab Lezat

Bahan-bahan:

  • Timun  
  • Tomato di potong dadu
  • Bawang besar racik halus
  • Garam dan perahan lemon

Cara-cara penyediaan:

  1. Sayur-sayuran yang telah dipotong bersama harus digaul bersama perahan lemon dan garam.

RESEPI TAMBAHAN: SAMBAL

Resep Sambal Nasi Mandhi/ Sambal Nasi Arab lainnya - Radea

Bahan-bahan:

  • Cili besar merah 3 batang
  • Cili padi merah 3 batang
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Perahan lemon
  • Garam / gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar cili, tomato dan daun ketumbar.
  2. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan perahan lemon.

Demikianlah resepi Nasi Arab yang dikongsikan, cara-cara penyediaannya memerlukan banyak proses dan agak lama. Namun hasilnya tidak akan mengecewakan kerana setelah masak anda boleh menikmatinya dengan puas bersama ahli keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-arab-paling-mudah-masak-guna-rice-cooker/

https://siraplimau.com/resepi-nasi-arab-simple-sedap-guna-beras-biasa/

https://www.aziekitchen.com/2012/05/nasi-arab-hadramaut.html

error: Content is protected !!