Now Reading
3 Resepi Nasi Butter Yang Mudah Untuk Anda Cuba!

3 Resepi Nasi Butter Yang Mudah Untuk Anda Cuba!

nasi butter

Bagi anda yang sudah bosan dengan nasi putih biasa, apa kata anda cuba nasi butter atau nasi mentega. Ia sesuai dihidang bersama coleslaw kentang putar dan ayam panggang.

Untuk memasak nasi butter pun mudah sahaja dan hanya memerlukan sedikit bahan. Di sini kami ada kongsikan 3 resepi nasi butter yang simple untuk anda cuba. Teruskan membaca ya!

Resepi 1 – Nasi Mentega Bawang Putih

 Bahan-bahan:

  • Bawang putih dihiris sangat halus – 6 ke 8 ulas
  • Bawang putih dicincang – 2 1/2 sudu teh
  • Minyak sayuran – 2 ke 3 sudu
  • Mentega masin atau tanpa garam dipotong – 4 sudu besar
  • Beras putih – 1 1/2 cawan
  • Stok ayam – 2 1/2 cawan
  • Daun bawang dicincang halus – 1/2 batang
  • Garam – secukupnya
  • Lada putih – secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Goreng bawang putih yang dihiris dengan api sederhana. Kacau terus hingga bawang jadi keemasan.
  2. Angkat bawang dari kuali dan serap minyaknya dengan tisu. Letak tepi dahulu.
  3. Di periuk yang kosong, panaskan 2 sudu mentega hingga cair dan masukkan bawang putih. Masak hingga bawang jadi keemasan
  4. Masukkan beras dan gaul sebati.
  5. Masukkan stok ayam, tutup periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian, kecilkan api ke sederhana rendah.
  6. Masak selama 12 – 15 minit atau sehingga cairan diserap oleh beras.
  7. Matikan api dan rehatkan selama 10 minit tanpa membuka penutup periuk.
  8. Sudah boleh keluarkan dari periuk dan taburkan dengan bawang putih yang telah digoreng pada langkah 1. Boleh juga tambah garam dan lada.

Resepi 2 – Nasi Krim Dengan Susu Butter & Ayam

Bahan-bahan:

  • Mentega atau minyak zaitun atau minyak sayuran lain – 2 sudu besar
  • Beras gandum panjang (beras perang atau beras putih) – 1 cawan
  • Kuah stok ayam panas atau stok sayur – 2 cawan

Cara-cara memasak:

  1. Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana dan masukkan beras. Goreng beras selama 2-3 minit hingga kesuluruhan mentega telah diresap.
  2. Tambahkan kuah stok ayam dan didihkan. Kemudian tutup periuk dan kecilkan api.
  3. Biar mendidih selama 20 minit hingga nasi masak. Kemudian, angkat.
  4. Rehatkan nasi selama 5 minit. Siap!

Resepi 3 – Nasi Mentega Laut Mediterranean

Bahan-bahan:

  • Mentega tanpa garam – 3 sudu besar
  • Beras basmati putih yang belum dimasak dan sudah dibasuh – 1 cawan
  • Stok ayam atau sayur tanpa garam – 2 cawan
  • Garam – 1/4 sudu teh

Ciri-ciri memasak:

  1. Cairkan mentega dengan api sederhana.
  2. Masukkan beras dan kacau selama 30 saat supaya tiada gumpalan.
  3. Masukkan stok ayam dan garam. Kacau dan biar mendidih.
  4. Kecilkan api dan tutup periuk. Terukan masak hingga semua cairan diserap nasi iaitu kira-kira 15 minit. Boleh condongkan kuali untuk cek.
  5. Matikan api dan rehatkan selama 10 minit tanpa membuka penutup periuk.
  6. Buka periuk dan cucuk nasi dengan garfu. Biar beberapa minit lagi. Siap! 

Akhir sekali,

Nasi butter hanya memerlukan beberapa bahan untuk dimasak, jadi ia sangat berbaloi untuk anda cuba. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memasaknya. Selamat mencuba ya!

Sumber:

https://iluminasi.com/bm/resepi-nasi-butter-siap-dalam-30-minit.html

https://www.spendwithpennies.com/garlic-butter-rice

https://alwaysusebutter.com/seasoned-butter-rice

https://thebakeologie.com/mediterranean-butter-rice/

error: Content is protected !!