Peria merupakan antara makanan yang sangat baik dan bagus untuk kesihatan. Lebih sedap lagi jika ia dapat makan peria goreng yang rangup dan bau yang menarik selera.
Meskipun peria rasanya agak pahit dan kelat tetapi ia mengandungi bahan yang mampu mengurangkan kadar gula dalam darah. Lebih baik jika tidak dimasak terlalu lama untuk mengekalkan rasa kepahitan dan kekelatan pada peria tersebut.
Ia juga supaya dapat mengekalkan nutrisi yang sedia ada. Beikut merupakan 3 resepi peria goreng menggunakan resepi yang berbeza.
Peria Goreng Ikan Bilis
Bahan-bahannya :
- 1 batang peria dihiris nipis
- 2 sudu ikan bilis ditumbuk (kuantiti mengikut citarasa)
- Sedikit garam mengikut citarasa
- 2 sudu besar bawang yang telah dikisar (bawang merah, bawang putih dan bawang besar)
- Sedikit minyak masak untuk ditumis
- Cili padi beberapa batang (mengikut tahap kepedasan sendiri ataupun tak mahu letak pun tidak apa)
Cara-cara untuk memasak peria goreng ikan bilis:
- Panaskan sedikit minyak didalam kuali. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan ikan bilis yang telah ditumbuk sebentar tadi.
- Setelah bawang dan ikan bilis sudah sedikit garing dan naik bau wangi, masukkan peria yang dah dihiris sebentar tadi dan gaul sehingga sebati.
- Setelah peria kelihatan lembut didalam kuali ,anda boleh tutup api
- Kemudian hidangkan peria yang sudah siap dimasak diatas pinggan
- Jika ingin rasa pedas sikit boleh tambah cili padi mengikut tahap kepedasan yang anda mahu. Kalau nak pedas boleh letak banyak , kalua nak sikit boleh letak sikit. Kalau taknak letak pun tidak apa.
Peria Goreng Bertelur
Bahan-bahannya:
- Bawang putih sebanyak 3 ulas – hendaklah diketuk dan dicincang
- Bawang besar sebanyak sebiji dihiris
- Sebiji buah tomato (dipotong empat)
- 1 batang peria (dihiris dengan nipis)
- Sebiji telur
- Garam mengikut citarasa
- Beberapa cili merah (mengikut tahap kepedasan sendiri dihiris )
Cara-cara masak peria goreng telur:
- Pertama sekali hiris 1 batang peria yang telah dibeli dan kemudian rendam dengan sedikit garam.
- Selepas itu panaskan minyak dalam kuali. Lalu tumiskan bawang putih sehingga bertukar warna keperangan.
- Masukkan bawang besar yang telah dihiris dan tumis ia sehingga naik bau dan wangi.
- Kemudian, gaul dengan rata sehingga sebati semuanya dan masukkan pula tomato yang telah dipotong.
- Setelah itu, kacau sehingga bawang besar yang telah dimasukkan bersama tomato itu bertukar menjadi agak layu.
- Selanjutnya keluarkan peria dari air rendaman yang telah direndam sebentar tadi
- Lalu masukkan peria dan kacau rata didalam kuali sehinggalah peria bertukar menjadi agak lembut didalam kuali yang digaul tadi.
- Kemudian masukkan garam mengikut kadar kemahuan yang diinginkan dan masukkan juga telur yang disediakan. Lalu kacau sehingga sebati semuanya.
- Jika anda sukakan pedas, boleh masukkan cili padi yang telah dihiris. Biasanya kalua pedas lagi sedap. Tapi ikutlah tahap kepedasan anda.
- Kemudian setelah siap boleh tutup api dan siap untuk di hidangkan.
Peria Goreng Kunyit
Bahan untuk buat peria goreng kunyit:
- Satu batang peria dipotong dengan nipis
- Satu genggam ikan bilis (mestilah digoreng)
- Satu sudu serbuk kunyit
- Tiga ulas bawang putih dihiris nipis
- Lima biji bawang merah dihiris nipis
- 5 batang cili padi dibelah ataupun diketuk (ikut tahap kepedasan masing-masing)
- Dua biji telur (di
Cara untuk memasak peria goreng kunyit:
- Mula-mula tuangkan sedikit minyak dan panaskan ia untuk menumis bahan yang disediakan.
- Lalu tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga naik bau. Cili padi boleh mengikut tahap kepedasan masing-masing. Kalau nak lagi sedap lebih baik ada rasa pedas sikit.
- Kemudian masukkan 1 batang peria yang telah dipotong sebentar tadi bersama ikan bilis yang di goreng dan satu serbuk kunyit. Lalu gaul hingga sebati.
- Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa mengikut citarasa sendiri.
- Setelah itu masukkan 2 biji telur dan biarkan untuk seketika supaya ia tidak terlalu hancur selepas itu gaul hingga semuanya sebati.
- Tutup api dan jika rasa semuanya cukup maka sudah siap untuk dinikmati.
Peria meerupakan antara sayuran yang pahit dan rasanya memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia. Peria katak juga boleh digunakan untuk merawat penyakit eczema dna jangkita kulit. Ada juga sesetengah masyarakat yang menggunakan khasiat peria sebagai untuk ubati penyakit malaria dan demam.
Ada sesetengah masyarakat juga menjadikan ia sebagai ulam-ulaman. Sebagai contoh peria katak boleh memainkan peranan untuk dijadikan jus minuman harian kerana diyakini mempunyai penawar untuk penyakit diabetes.
Pada zaman purba juga peria banyak digunakan untuk merawat penyakit asma’ sembelit , malaria, demam , selsema dan banyak lagi.
Lepas melihat ketiga-tiga resepi mudah sahaja untuk membuat peria goreng menggunakan resepi berbeza malah sedap juga. Resepi yang hanya memerlukan sedikit bahan dan masa untuk disediakan dan dimasak. Boleh jadi sebagai lauk tambahan ketika maakan dengan nasi dan lauk lain.
Ataupun boleh juga untuk makan tanpa nasi dan lauk-lauk yang lain. Pelbagai resepi boleh dicuba dan juga pelbagai bahan juga boleh diletakkan mengikut citarasa sendiri. Bukan sahaja boleh dinikmati dengan sendirian malah boleh dapat dinikmati bersama keluarga selain peria.
Semoga setiap perkongsian memberikan manfaat untuk anda yang sedang membacanya dan memudahkan urusan anda semua untuk mencuba resepi yang baru . Selamat mencuba !
SUMBER:
https://www.aziekitchen.com/2016/05/peria-goreng-bertelur-yang-sedap-dan.html
http://yang-cottage.blogspot.com/2013/07/peria-goreng-kunyit.html
https://inspiringsharing.blogspot.com/2020/06/resepi-peria-goreng-ikan-bilis.html